[Spartial Ring]

Use by a former hero from a long time ago. Have a lot of ancient weapons and books.
The dragon sage keep it as treasure and memories from former hero.

"Sage pernah mengenali hero sebelum ni?" soalku ingin tahu.

"Panggil beta Rufus, itu nama yang diberikan oleh hero yang dapat pekerjaan sebagai [dragon tamer]. Beta diambilnya dan menjadi naga terkuat kerananya. Jaga ia baik-baik, ia adalah harta karun beta walaupun barang-barang di dalamnya beta tak dapat guna," katanya dengan tenang.

"Rufus? Nama hero yang menjaga Rufus pula apa?" soalku masih ingin tahu.

"Takeda Asahi. Beta tak pernah lagi menerima sebarang kontrak dari mana-mana [dragon tamer] selepas dia pergi," balasnya dengan mata yang kosong seperti dalam kesedihan. Aku mahu bertanya lagi tapi melihat reaksinya nampaknya aku tak boleh teruskan.

"Cukup dengan itu, mari kita mulakan," ujarnya lalu aku mengangguk. Sama seperti sebelum ini, badanku mula terapung dan awan mula mendung. Air mula bergolak buas dan cahaya mula mengelilingi aku. Sama seperti dulu... aku terus tidak sedarkan diri.

[ You have received sage bones]
[ Portal ingredients have been complete]
[ You can create portal to other dimension]
[ You have received sage blessing]
[ Your have level up tremendously] 
[You have received sage spirit] 

[ Now you can change your appearance to semi-human] 
[ Now you can swap your spirit with the sage dragon]

Sebaik sahaja aku bangun, aku berada di tempat yang asing di mana kawasan ini agak gelap mungkin kerana sudah larut malam. Aku keluar dari sarangku yang berada di puncak pohon yang besar dan aku mengintai ke bawah. Terdapat banyak perumahan yang diperbuat dari dedaunan di setiap pohon dan berpuluh manusia bersisik dan bersayap naga sedang berjalan dengan tenang dan mereka hanya akan melompat dan terbang untuk ke tempat yang lebih tinggi. Di darat ternyata kosong tanpa apa-apa. Jika manusia datang ke sini agak mustahil untuk mereka ke atas ini melainkan menggunakan magik atau terbang.

"Aku kat mana ni?" soalku sendirian.

'Sarang Dragonia Kingdom'
'Pusat Dragonia Kingdom'
'Istana Dragonia Kingdom'

Balasan yang aku terima secara bertalu itu terus mengelirukan aku dan membuatkan aku menutup telinga. Aku melihat sekeliling namun tiada siapa yang berada berhampiran.

"Itu bisikan dari tumbuhan. Kebanyakan magis kamu sudah berada di tahap tertinggi jadi... kamu boleh dengar bisikan mereka kadang-kadang," jawab sage yang secara tiba-tiba muncul di belakangku membuatkan aku terkejut.

"Arghh! bu-bukan ke Sage dah mati?!!" jeritku.

"Diam dungu... hanya kamu yang boleh lihat beta sekarang dan beta sudah beritahu panggil beta Rufus," ujarnya sambil baring dengan selamba.

"Y-ya... Baiklah... Jadi... ini istana Dragonia?" ujarku lalu kembali melihat ke bawah.

"Kalau kamu tak mahu masalah, jangan tinggalkan pohon ni sehingga Evelyn pulang," ujar Rufus sambil membaca buku dengan selamba.

"Kenapa?" soalku semula kembali mengintai mereka. Mereka menyedari bahawa aku sudah sedar dan aku dapat kesan aura membunuh di kalangan mereka apabila kami bertentangan mata.

Legend Beast ✅ [Complete]Место, где живут истории. Откройте их для себя