⸼ ᨓ 13

169 62 35
                                    

ORIGINAL POV

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

ORIGINAL POV

"Apa ? Hyunsuk dah takde ?" Habis fail kerja aku jatuh bertaburan atas lantai.

"Ben, aku kenal dia lama dari kau tahu. Jangan mereka cerita lah." Aku memandang Yoonbin dengan air mata bergenang di tubir mata.

Kemudian Yoonbin membuka rakaman suara di telefonnya.

"Hello,ini Yoonbin hyung kan ? Ini Junghwan. N-nak bagitau yang hiks Hyunsuk hyung dah takde."

"Apa ? Lepastu macam mana keadaan member - member kamu yang lain ?"

"Hiks diorang tengah berbincang dengan doktor. Tolong bagitahu noona tau. Tadi Junghwan telefon dia tak angkat."

"Okay Junghwan. Jaga diri elok - elok ya."

"Nae hyung"

Tit !

"Kau nak nafikan benda ni ke ? Aku tak pernah tipu kau Yura. Dah jangan menangis, petang nanti kita pergi kubur Hyunsuk."

Segera Yoonbin memeluk aku erat lalu dia mengusap belakang aku. Aku tak kuat.

Kami bersiap untuk ke kawasan perkuburan.


"Hyunsuk-ah, noona minta maaf sangat - sangat sebab tak dapat tunaikan permintaan Hyunsuk. Tapi, noona janji akan cari pesalah tersebut secepat mungkin."

Aku mengusap batu nisan yang tertera biodata milik Choi Hyunsuk. Yoonbin mengurut bahu supaya menenangkan hati aku.

"Yura, jangan lah sedih. Hyunsuk akan lagi sedih bila dia nampak kau macamni. Kau cakap nak cari pesalah yang bunuh dia, jadi jom kita buka semula kes ni."

Aku memandang Yoonbin. Dia tersenyum ke arah aku.

"B-betul ke ? Hiks terima kasih Ben." Aku segera memeluknya. Kemudian kami meninggalkan perkarangan kawasan kubur itu.

Kami bergerak menuju ke balai untuk membuka semula kes ni.

▬▬▬▬▬▬

Aku menapak masuk kedalam cafè Coffee Prince. Alangkah terkejutnya aku apabila kawasan cafè itu sudah pun kosong.

Tiba - tiba seseorang memegang bahu aku dari arah belakang.

"Noona, kami cadang nak tutup cafè ni sebab kami tak pandai nak uruskan cafè ni dan kami rasa lebih baik kami jual."

Rupanya Junkyu yang berada di belakang aku. Segera aku menarik lengannya keluar dari kawasan tersebut dan berjalan untuk mengambil angin.

Sudah masuk seminggu sejak kematian Hyunsuk, mereka masih tidak memikirkan masa hadapan terhadap cafè mereka.

Sekarang ni, apa yang diorang buat memang betul.

"Noona sokong je apa yang kamu semua buat sebab noona tahu, kamu semua boleh berdikari. Kalau kamu semua takde duit atau apa - apa, telefon je noona. Noona akan transfer duit kepada kamu semua."

Wajah Junkyu yang muram aku tenung. Dia nampak tidak bermaya.

"Eish noona ni, tak payah. Susahkan noona je." Aku menggeleng lalu segera aku menghulurkan beberapa wang kepadanya.

"Ambil ni, belanja housemate kamu." Aku tersenyum lalu meminta izin kepadanya untuk aku pulang ke rumah.

▬▬▬▬▬▬

TREASURE J-LINE SITUATION

Tepat pukul 11.00 malam, Yoshi, Mashiho, Asahi dan Haruto keluar untuk mencari makanan instant di kedai serbaneka yang berdekatan.

Mereka perlu berjalan melalui sebuah lorong gelap dan tiba - tiba Yoshi ditumbuk oleh seseorang.

"Akh ! Kau siapa ?" Tengking Yoshi yang terbaring lemah didalam gelap.

"Bbang !"

"Yoshi hyung !! Hyung dimana ?" Mashiho berjalan dengan perlahan takut dikesan oleh dia.

"Bbang!"

"Shiho hyung !!" Haruto dapat menyambut badan Mashiho yang tidak bernyawa.

"Jawab soalan aku siapa k— Bbang !"

Yoshi ditembak dan dia juga tidak bernyawa sama seperti Mashiho.

"Sahi hyung, Haruto takut." Bisik Haruto kepada Asahi. Mereka saling berpegang tangan antara satu sama lain.

"Tak apa, kita akan mati sama - sama." kata Asahi , kemudian mengusap bahu Haruto.

"Kalau itu yang korang berdua nak. Heh"

Lelaki itu tersenyum senang didalam gelap dan

"Bbang ! Bbang !"

Badan Asahi dan Haruto yang tidak bernyawa terbaring dilantai. Mereka masih berpegang tangan.

Lalu lelaki itu mendail nombor seseorang.

"Jihoon, J-line dah completed."

"Good job, tinggal 6 orang sahaja lagi."

Tit !

Lee Byounggon, ya lelaki yang menembak empat orang jejaka berdarah Jepun sehingga mati.

Dia membalut badan lelaki - lelaki itu lalu dimasukkan kedalam kereta.

Lalu kereta bersaiz besar itu meluncur laju keluar dari perkarangan taman ke tempat yang ingin ditujui.

TBC

✷ coffe𝙚 princ𝗲 メ̼ (𝗧𝗥𝗦𝗥)                Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang