Tapak yang berlari di Tanah Edo

1.4K 15 1
                                    

                                                      Tapak yang berlari di Tanah Edo

            Kedengaran jelas bunyi hentakan ladam kuda yang berlari di bumi Yamato. Debu tanah merah berterbangan sebaik dilintasi kuda berbulu hitam berkilat yang matang itu. Kuda jantan itu ditunggang oleh seorang gadis yang mencapai usia dara.

           Gadis beryukata tanpa lengan memadankan haori dan seluar pendek paras bawah lutut berwarna hitam. Rambutnya berikat sunggul yang diklip serta bertopi jerami. Riak mukanya menunjukkan kegusaran. Kegusaran yang tak mampu diungkai dalam kata-kata.

          " Kenapa kau buat kerja gila ni? " sungutnya sendirian. Dia mengetap bibirnya. Direntap kuat tali ikatan tunggangannya hingga membuatkan kuda itu terkejut dan mengangkat kedua belah kaki hadapan sambil meringkik nyaring membelah kesunyian hutan.

~19 Julai 1868~Where stories live. Discover now