Ali to the rescue!

Start from the beginning
                                    

Setelah beberapa lama,Ali berjaya mendarat dekat taman tempat selalu dia berjoging dengan selamat.Dekat atas bukit tu. Ali menghela nafas lega bila kaki dia dapat cecah tanah.

Ali:Kita dah selamat...

BoBoiBoy turun dari motobike tu dan terus terbaring atas tanah.

Ali:BoBoiBoy..?*risau**duduk dekat sebelah*

BoBoiBoy:*tired chuckle* Kau memang tak tahu erti mengalah kan..?

Ali:*gelak* Aku belajar dari kau.*baring sebelah BoBoiBoy* Kau okay..?

BoBoiBoy;Haha..Kau rasa...?

Ali:*gelak* Aku rasa ya..

BoBoiBoy: At the end mesti kau yang selamatkan aku...*toleh ke Ali**smile* Terima kasih..* fistbumb*

Ali: *smile**fistbumb*Haha..Kalau kau pun akan buat benda yang sama..Cuma bezanya kau akan dapat jumpa aku tak sampai satu hari pun.*yawn*

BoBoiBoy:*deep breath* Nah,aku rasa aku dah musnahkan Bangunan Perdana tu dulu baru aku pergi cari kau.

Ali dan BoBoiBoy tergelak sama-sama,macam tak ada apa yang jadi tadi.Apa yang penting,BoBoiBoy pun dah selamat dan mereka pun dah jauh dari markas Uno tu.

Last-last tertidur dekat situ sebab penat.

.

.

.

Time Skip~

.

.

.

Let just say,bila Ali bukak mata lepas tidur tu,dia dah ada dekat Akademi MATA.

Ali:*sweatdropped* Habislah aku...

Ali bangun dari tidur dia dan gosok mata.Dia sekarang berada dekat infirmary Akademi.Mentor-mentor berdiri lepas nampak dia bangun.

Ali:Er..hehe..Hai Uncle..*sweatdropped**gosok belakang kepala*

Uncle Bakar hanya mengeluh sebelum menggosok kasar kepala Ali.

U.Bakar:Ali,boleh tak lain kali tolong jangan buat macam ni lagi? Uncle macam nak gugur jantung bila dapat tahu yang kau tak ada dekat rumah semalam.*peluk Ali*

Ali hanya tergelak kecil sebelum memeluk Uncle Bakar.

Ali:Macam mana Uncle boleh jumpa saya?

E.Geetha:Ada berita tergempar pagi tadi ada motor canggih melawan arus di lebih raya.

Ali:*sweatdropped* Er..Heheh..Eh,kejap..Mana BoBoiBoy?

Semua mentor berpandangan sesama sendiri.

E.Leon:BoBoiBoy tak dihantar kesini. Ejen yang ditugaskan untuk mencari kamu berdua disuruh untuk bawa BoBoiBoy ke HQ MATA.

Ali: Oh...Macam tu..*yawn*

E.Karya:Ali,kamu kena ubah sikap kamu yang suka bertindak sendiri. Ia boleh membahayakan diri kamu.

E.Leon:Kamu lupa ke kamu pun sasaran musuh juga? Macam mana kalau kamu pun ditangkap sama?

Ali:*sigh* Saya minta maaf,tapi saya tak boleh duduk diam saja! Kalau saya tak dapat mesej BoBoiBoy semalam,mesti rancangan dia nak lepaskan diri tak berhasil semalam..

Balasan Ali mendapat perhatian mentor.

E.Leon:Apa maksud kamu?

Ali:Er..Semalam saya tak balik rumah,jadi saya duduk dekat taman.Saya pakai IRIS and then IRIS ada tunjukkan morse code.

E.Karya:Morse code?

Ali:*angguk* Ha'ah.BoBoiBoy lupa nak bagi ATLAS dekat saya semula lepas misi jadi ATLAS tu ada dengan dia. Saya tak tahulah macam mana dia boleh terfikir nak hantar morse code hanya guna ATLAS. Jadi dipendekkan cerita,saya cuba jejak BoBoiBoy melalui ATLAS,saya sesat,tak sengaja terkeluarkan motobike BoBoiBoy,saya jumpa BoBoiBoy,kitaorang terbabas dekat lebuh raya and lastly kitaorang tertidur dekat taman tu.

Mentor-mentor hanya mengangguk setelah mendengar cerita Ali.

E.Geetha: Nasib baik tak ada apa-apa yang serius berlaku pada kamu dan juga BoBoiBoy.Tapi kamu masih kena ubah sikap kamu yang satu tu.

Ali:*sweatdropped* Er..Maaf..Saya akan cuba..

E.Karya:Seperti yang dijangkakan,Elemental selalu ada cara dia tersendiri yang menggagumkan.

Ali:Oh,bila BoBoiBoy boleh datang Akademi?Boleh mentor bagitahu?*pleading face*

E.Leon:Kami akan maklumkan pada kamu selepas kami dapat notifikasi dari HQ.

Ali:*angguk**relieved sigh* Terima kasih Ejen Leon.

.

.

.

Di HQ MATA BoBoiBoy tersentak bangun dari tidur dia. Melihatkan suasana bilik yang familiar bagi dirinya,BoBoiBoy mula bertenang.

BoBoiBoy:*relieved sigh* Nasib baik...*baring semula*

Dia sekarang berada di bilik rawatan HQ MATA.Dia tahu sebab dia dah banyak kali dihantar kesini selepas misi.

BoBoiBoy:*tengok tangan berbalut* Dah berapa lama aku dekat sini?

...:Lebih kurang lapan jam. 

BoBoiBoy terus terbangun bila mendengar suara dalam wadnya.Dia tengok dekat pintu dan nampak Ejen Zain bersandar dimuka pintu.

BoBoiBoy:*tunduk* Ejen Zain. Apa Ejen Zain buat dekat sini?

Ejen Zain melangkah masuk kedalam wad BoBoiBoy dan duduk dikerusi sebelah katil BoBoiBoy.

E.Zain:Macam mana keadaan kamu?Baik?

BoBoiBoy:*regangkan tangan* Saya baik. Penat sikit. Er..Macam mana saya boleh sampai sini?

E.Zain: Ejen Bakar laporkan yang Ali tak ada dekat rumah.Dan melihatkan dari perangai dia,kami dapat tahu yang dia keluar cari kamu. Jadi mentor-mentor cuba cari dia guna pengesan IRIS tapi kemudian kehilangan jejak dia.

BoBoiBoy:*tilt head* Lepas tu?

E.Zain: Bila dah pagi tu,ada masuk berita yang ada motor memecut lawan arus dilebuh raya tapi hilang secara tiba-tiba selepas tu.

BoBoiBoy:*sweatdropped**chuckle* Haha..Ya,kamilah tu.

Ejen Zain menggeleng kepala perlahan sebelum memandang BoBoiBoy serius.

E.Zain:BoBoiBoy,boleh kamu ceritakan semua,apa yang dah berlaku sepanjang tiga hari kamu ditangkap?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

~TBC~

You asked for it and you shall receive it my potato- :3

Stream Permission To Dance y'all :3

Hope you like it!

Author Kim_Ezra

Ejen Elemental(BoBoiBoy & Ejen Ali)Where stories live. Discover now