NOVEL WATTPAD: BUNGAH-JAVENESE (TERUJA)
Indah khabar dari rupa,
Bilang rasa hilang duka,
Kecewa bukan untuk dirinya,
Teruja dia bernama Kysara.
🌼
PAGI bersulam panas kedinginan membuatkan dirinya bangun dari lena yang indah apabila cahaya menerobos masuk ke dalam biliknya. Dia menggeliat ke kanan ke kiri tubuhnya agar dalam keadaan yang selesa. Dia melihat jam di sebelah meja lampunya yang berdekatan dengan katil, Ah awal lagi. Lantas dia membawa dirinya ke bilik air. Ya dia hampir terlupa tentang hari ini, hari istimewa buatnya. Hampir terlupa akan itu....
TUK! "Kysara! Kamu bangun dah ke belum?" panggil Puan Kaila merupakan ibu kepada Kysara.
"Ya ibu! Sara tengah bersiap ni" Balas Kysara sambil menyiapkan dirinya di hadapan cermin agar dia dapat melihat sepenuhnya penampilan dirinya itu. Yes dah siap!
"Lawanya anak ibu. Jom turun, bakal mertua kamu dah tunggu kamu dekat ruang makan" Ujar Puan Kaila kepada anak tunggalnya itu yang asyik matanya tidak lepas memandang ke wajah anaknya.
"Ibu, Sara malu lah ibu pandang Sara macam tu." Ujar Kysara apabila ibunya itu menyimpan senyum.
"Anak ibu ni cantik sangat! Ibu harap menantu ibu pandai jaga kamu Sara" Balas Puan Kaila menahan sebak di dada. Lagipun ini juga sebahagian rancangan darinya untuk mengahwinkan Kysara di usia yang muda. 20 tahun? Muda ke?
Kysara hanya memberikan senyuman manis buat ibunya. Penampilannya hanya biasa-biasa sahaja tetapi bagi Puan Kaila anaknya sungguh cantik luar biasa. Biarlah mahu memuji anaknya itu. Tidak salah bukan?
🌼
"SARA!"
Namanya dipanggil oleh seseorang, lantas dia telah jatuh di dalam pelukan seorang wanita tua. Kysara membalas pelukan itu. Kemudian wajahnya dibelek-belek dengan tangan kasar wanita tua itu.
Siapa lagi kalau bukan keluarga mertuanya. Tetapi dia tidak berapa ingat dengan wanita tua itu. Secara amnya dia mana kenal sangat dengan keluarga mertuanya, apatah lagi bakal suaminya itu. Jodoh dari mak ayah lah kata kan?
"SubhanAllah, lawanya kamu Sara. Mak Tok teringin sangat nak jumpa kamu. Sekarang kamu dah besar panjang. Dulu Mak Tok tengok kamu kecik ja sekarang montel sikit ya. Tapi tetap comel!" kata Mak Tok panjang lebar sehinggakan tetamu yang lain sudah bergelak tawa melihat gelagat orang tua itu bersama Kysara.
Apa ni? Malu aku....
"Meh duduk dengan Mak Tok" Ajak Mak Tok yang tidak segan silu mengajaknya duduk bersama di meja makan.
Kysara hanya membalas dengan memberikan senyuman.
Tetapi ada sepasang mata yang memerhatinya dari jauh dan kini Kysara berada di hadapannya.
Cantik! Tetapi montel..... dan comel!
"Edhan, ini lah Kysara bakal isteri kamu" ujar Mak Tok kepada cucunya. Manakala Edhan hanya memberikan senyuman yang manis buat Kysara. Cuma Kysara sahaja yang rasa janggal dengan lelaki itu bukan lelaki itu sahaja tetapi kesemua ahli keluarga lelaki itu dia berasa awkward?
Sebenarnya Edhan dah lama tahu tentang akan itu...
Tidak dia sangka lelaki di hadapannya itu sungguhlah tampan dan mesra orangnya. Cara dari gaya lelaki itu mudah bergaul dan cool apabila ahli keluarganya bertanyakan bermacam-macam soalan kepada lelaki itu. Tersangatlah profesional bukan?
YOU ARE READING
BUNGAH
Teen FictionB U N G A H 🌼 Siapa yang tidak teruja bila ada seseorang yang suka dekat kita kan? Tambahan seseorang itu betul-betul mahu menjadikan kita sebagai permaisuri hati. Tetapi bagi dirinya sendiri mempunyai kelemahan yang dia tidak ada seperti wanita la...
