"Jangan makan, tu aku punya-"

Belum sempat Fushiguro ingin membalas kata, Itadori atau Sukuna yang sudah memgambil alih kini berada di belakang guru albinonya itu. "Sensei, belakang!"

Laju saja Gojou elak serangan Sukuna.

"Student aku tengok ni.. kau tak kesah kan kalau aku show off sikit?" Kata Gojou lalu membuat counter attack. Dengan tenaga sumpahan yang diletakkan pada tangannya, ia terus menumbuk Sukuna. Habis terpelanting Sukuna dibuatnya.

Si raja sumpahan itu sudah berdecit sambil lehernya dibunyi-bunyikan. "Aku tak tahu sekarang ni era apa.. tapi satu hal yang aku tahu- ahli jujutsu macam korang ni sangat menyusahkan" Katanya lalu melemparkan batu-batu besar kearah Gojou. Senyuman sinis dia tayangkan, namun senyumannya mati pabila melihat Gojou masih berdiri teguh dihadapannya.

"7" Gojou mula mengira, memberikan signal kepada Itadori untuk mengambil alih badannya semula.

"7" Gojou mula mengira, memberikan signal kepada Itadori untuk mengambil alih badannya semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sukuna yang ingin melakukan serangan kedua tiba-tiba terhenti. Matanya pula sudah membulat.

"8"

Bukan disebabkan Itadori yang bakal mengambil alih. Dan bukan juga disebabkan kuasa Gojou Satoru yang kuat, tetapi-

"9"

"Hime.."

"Dah sampai masa" Kata Gojou sambil memetikkan jari. Dan di saat yang ke sepuluh, Sukuna pun hilang kawalan. Mengembalikan warna kulit Itadori seperti asal, tanpa tattoo dan lebihan mata.

"Oh- semua okay ke?" Soal Itadori sebaik sahaja dia kembali. Gojou sudah bersiul sambil menepuk-nepuk bahunya. "Wow, kau memang boleh kawal sukuna"

"Ya tapi dia- ah aku masih boleh dengar suara dia" Itadori terus memukul-mukul kepalanya sendiri, menyuruh Sukuna untuk diam. "Hime hime dia kat-"

Tanpa memberikan Itadori berkata lebih, Gojou terus menyentuh dahinya menggunakan dua jari. Dengan serta mertanya ia pengsan, jatuh tepat ke arah si albino.

"Berat" Gojou meletakkan (melepaskan saja) badan Itadori ke atas lantai sebelum berputar ke belakang. "Dan.. kau siapa?" Soalnya, memandang tepat kearah perempuan berambut ungu itu.

Perempuan itu tidak menjawab dan terus saja merenung mereka, atau lebih tepat lagi kearah Itadori yang kini dibuai mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perempuan itu tidak menjawab dan terus saja merenung mereka, atau lebih tepat lagi kearah Itadori yang kini dibuai mimpi.

Fushiguro mula mengecilkan mata, melihat perempuan itu atas dan bawah. Apa yang dia tahu, perempuan itu bukanlah satu sumpahan dek pakaiannya yang menunjukkan uniform sekolah disitu. "Sensei, saya rasa dia ni bukan sumpahan tapi-"

"Seorang vessel" Potong Gojou. Menurut pandangan six eyes nya, makhluk yang berada di dalam tubuh perempuan itu bukanlah seekor sumpahan. Tapi.. "..lebih kepada roh pelindung?" Gojou sudah memegang dagunya. Roh pelindung? tak pernah dengar ada yang ber'vessel' itu. Mungkin dia patut rujuk pada Yaga selepas ini.

"Kenapa dia diam je..?" kata Fushiguro dengan peluh kecil di pipi. Dari tadi diam saja si gadis itu, tidak berganjak mahupun bersuara.

"hmm mungkin sebab aku hensem"

"Ape sensei mengarut-"

Buk!

"Pengsan..?" Kata Fushiguro sambil melihat perempuan itu jatuh terbaring di atas lantai.

Gojou terus bertepuk tangan. "Yosh Megumi-kun! kita bawak dia sekali"

"Ha?" Berkerut terus dahi Fushiguro.

Sementara si albino sudah tersenyum sinis. Interesting. "Seems perempuan ni ada connection dengan Sukuna"

TBC

event mula dari episode 1. and fyi, aku tulis ni sambil rujuk manga so maafkan beta jika ada tersalah dan tersilap kerana versi manga lain dari anime dan kadang aku pun bengong2 sikit pandai tersalah dialog siapa punya haa begitulah-

*gomen = sorry/maaf
*sensei = cikgu/guru

|| edited on 4/4/22. kepada reader lama, chapter 2 ada perubahan sikit! actually scene tambahan-

𝐘𝐎𝐔𝐑𝐒 | ɪᴛᴀᴅᴏʀɪ ʏᴜᴜᴊɪ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now