"Weh jom weh"ujar arash kepada the psycho untuk mengikut the rose

Barang barang mereka yang di keluarkan di pandang

Gambar the rose yang sudah rosak, mungkin barang mereka di lempar

Kay menahan marah

"Weh gambar kita "kata moon lalu mengambil gambar mereka berlima

"Sial, woi barang kitorang Bodo"kata ash kepada lelaki lelaki yang sedang memasukkan sofa ke baru ke dalam bilik khas itu

"Tak guna punya perempuan"kata kay

Jelas kelihatan mukanya menahan marah

"Weh iPad aku, woi korang kenapa dho, weh pecahhhhhh"ujar wawa

"Ha alang alang korang dah tahu, kami terpaksa buat semua ni sebab kamu semua tak nak bagi kerjasama"ujar cg mazlan

"Mana boleh macam ni cg, ni bilik kitorang, banyak lagi bilik lain"kata moon

"Memang lah banyak , tapi bilik ni paling besar"kata cg mazlan

Wawa menggeleng

"Woi korang keluar "kata rai kepada manusia manusia yang berada di dalam bilik itu

"Keluar lah bodoh , kau pikir ni bilik bapak kau ke bodo"jerit wawa

"Jaga mulut tu wawa ! "kata cgmazlan

"Eh orang tua , kau ni bodoh kd apa, kau buat sekolah ni macam sekolah kau"kata kay

Akhirnya dia mampu bersuara

"Woi, mulut kau tu jaga sikit"jerit hanna membela ayahnya

"Kau senyap perempuan, aku paling tak suka orang ambil hak aku"kata kay

"Kau nak sangat kau, kau amik ...."

indra sudah menjauh dari kay

"Kau orang tua... kau tunggu"kata kay

"Kau jaga sikit mulut Kau tu, aku tahu la mak bapak kau tak jaga kau"Kata hanna

Kay memandang ke arah indra

Tangan di gengam

Rai di sebelah sudah cuak

Kay bergerak ke arah hanna, hanna yang cuak terus berselindung di belakang cg mazlan

Tubuh mazlan yang kerepot itu di tolak kuat oleh kay sehingga cg itu jatuh

Rambut hanna di tarik kuat lalu di hempas ke arah cg mazlan

"kay!"jerit seorang lelaki.

Suara lelaki yang dirinduinya

Suara yang meninggalkannya selama lapan tahun

Suara yang dibencinya

Kay hanya kaku di situ.

"Abang karl"ujar rai

"Kay buat apa ni sayang?"soal suara perempuan yang di rinduinya juga

Mama.

Tangan kay di pegang lembut , namun kay menempis tangan itu

Wajah abang , papa dan mamanya di pandang

Wajah yang telah meninggalkannya seorang diri

Murid lain yang sedang melihat terkejut dengan tindakan kay

Kay memusingkan badannya lalu berlalu pergi..

"Adik!"panggil karl kepada adiknya

Pelajar lain sudah membisik sesama sendiri

"Kay ikut Atok masuk bilik , the rose yang lain pun sama"kata atok




_______________________



Bilik yang ber aircond itu sunyi , hanya ada the rose atuk, nenek,keluarga kayla

"Kay , dengar dulu ya apa atok nak cakap"kata atok

Kay mengangguk

"Sebenarnya selama ni , keluarga kay duduk dekat jepun , sebab ada business di sana"kata atuk

"Kay di tinggalkan dengan atuk dan nenek sebab mereka mahu makan minum kay terurus"kata atuk.

"So?"soal kay

"Sekarang ni mereka dan pindah di malaysia, mereka nak ambil kay duduk dengan mereka semula"ujar atuk

"Untuk apa?"soal kay

"Kay bagi mama peluang ya sayang, mama minta maaf"kata mama

"Untuk apa ?,kay boleh jaga diri  sendiri, selama kay hidup pun x pernah minta tolong korang kan"kata kay

"Kay cakap apa ni... kay anak kitorang"ujar papa pula..

"Ahahahahhaha, papa?...mama??....mak bapak apa yang tinggalkan anak dia macam tu je , ni , ni anak kesayangan korang ni " jari di tunjuk ke arah karl

"dari kecil korang belai dia , nak apa dapat je , aku ni mengemis dengan atuk , dengan nenda , mintak kasih sayang , aku nak itu , aku nak ini , semua nenda dengan atuk yang bagi, korang mana?,korang tak ada,lepastu korang datang balik nak jaga aku , untuk apa??.."ujar kayla

Airmatanya sudah membasahi pipi

"Maafkan kami kayla, kami tahu semua salah kami, kami terlalu leka , kami tak pernah merancang untuk ada anak perempuan sebelum ini, bagi kami tebus kesalahan kami ya sayang"ujar mama

Tanpa sedar ayat itu lebih mengguris hati kay

"Dah la , aku tak nak, aku tak perlu kan korang, lapan tahun lepas ,aku merayu dengan korang jangan tinggalkan aku, tapi korang tak pernah fikir apa yang aku rasa, rasa macam anak terbuang "luah kay.

"Duduk dengan papa am , kau tinggal kan aku mcm tu je dekat sini, aku dengan reen duduk dekat sana macam orang gaji, hari hari kene pukul"kata kay

Reen..hanya beberapa orang je tahu reen ni anak yatim

The rose yang lain sudah menahan sebak

Di luar bilik*..

"Kesiannya kay"ujar ash

"Kann"balas niel

Bersambung

Yoshhh lamanya tak update, ada lagi ke yang baca ni???

The Rose GirlsOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz