Hajatku wahai langit merah

613 0 0
                                    

Menatap wajahmu berlatarkan merah sinaran mentari,

Aku memasang hajat,

Oh langit,

Tolong hentikan masa ketika ini.

Sememangnya dirimu,

memikul penderitaan di belakang,

sambil maju ke hadapan dengan penuh keazaman,

Jikaku mampu, kuakan mengejarmu di laluan penuh renjau.

Meskipun, awan berarak pergi jauh,

Walaupun ia hanya tuk seketika,

Ku hanya ingin di sisimu,

Kerana pancaran mentari di sudut hatiku kekal hangat,

Percayalah, pada hubungan kita...

Padaku, apabila mula menyoal,

Ia akan dapat menghentikan tangisanku,

Jadi kutabah berdiam diri, dalam kegelapan malam,

Sambil merenung langit.

Tak kira, apa jua takdir menimpaku, kutakkan menyesal,

Selagi, aku mampu tuk berada di sisimu,

dan didakap dadamu dalam mimpi-mimpiku.

Meskipun, langit kian pudar menghilang,

Walaupun, musim seringkali merubah  warna seluruh pemandangan,

Kukan kekal di sini,

Kuakan selalu berpegang pada cinta mekarku dari hati,

Dalam dakapanku,

Walaupun hidupku musnah.

Dalam merah senjakala,

Burung berterbangan di balik gunung,

Aaa...aku juga, tak kira berapa lama,

sudi menjadi tempat untukmu kembali...

sehingga ke akhirnya.....

Hajatku wahai langit merahWhere stories live. Discover now