Watak/Karakter - Peluang Kedua

1.5K 43 21
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


WATAK UTAMA – PELUANG KEDUA

HANIF

Nama sebenar Hanif ialah Muhammad Hanif bin Mazlan merupakan seorang bekas banduan yang telah menghabiskan masa 10 tahun di dalam penjara. Kini Hanif yang berumur 26 tahun meneruskan misinya untuk mencari semula Mama dan adik kandungnya, Hasif. Hanif merupakan seorang lelaki yang ceria, comel, tinggi, warna kulit yang putih dan mempunyai keperibadian yang menarik membuatkan dirinya sentiasa diminati oleh orang disekelilingnya. Namun kisah silam penuh keperitan telah mematangkan diri Hanif untuk terus kuat menghadapi segala cabaran walaupun terpaksa berkorban demi keluarganya.

HASIF

Nama sebenar Hasif ialah Muhammad Hasif bin Mazlan merupakan adik kandung kepada Hanif. Hasif berusia 22 tahun telah bekerja di syarikat ayah tirinya yang juga merupakan seorang usahawan ternama, Dato' Hisham. Namun disebabkan sikap egonya membuatkan Hasif sentiasa mengabaikan tugasannya di pejabat mahupun tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada keluarga. Berperwatakan panas baran, pendendam dan degil membuatkan Hasif sentiasa memberontak kepada keluarga mahupun abangnya sendiri, Hanif. Namun begitu, hatinya tidak pernah menipu yang dia betul-betul menyayangi seorang lelaki bernama Hakim.

HAKIM

Nama sebenar Hakim ialah Muhammad Hakim bin Yusuf merupakan anak kepada usahawan terkenal di Kuala Lumpur, Dato' Yusuf. Seorang lelaki bertubuh maskulin, tegap dan berkulit sawo matang. Personaliti Hakim yang sentiasa tampil yakin dan kemas itu membuatkan ramai orang meminati lelaki ini. Senyuman Hakim yang menawan pastinya akan membuat sesiapa pun cair apabila melihatnya. Walau bagaimanapun, cinta Hakim hanyalah satu kepada Hanif dan sehingga kini ianya tidak berubah sama sekali.

FENDI

Nama sebenar Fendi ialah Muhammad Fendi bin Zulkifli merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang telah membuka sebuah firma sendiri, Affendi & Co. Fendi turut mengembangkan kariernya dalam bidang perniagaan apabila berjaya membuka tiga cawangan restoran di sekitar Kuala Lumpur yang diberi nama Sanggar Cafe. Susuk tubuh badannya yang menarik dan tinggi membuatkan ramai orang tergila-gilakan dirinya. Namun begitu, Fendi hanya setia mencintai Hanif walaupun dia terpaksa berdepan dengan risiko cintanya yang tak berbalas.


Nota :

Tinggal berbaki 5 Bab sahaja sebelum tirai "Peluang Kedua" ditutup.  Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca novel ini.  Author love you guys.


- Peluang Kedua -

"Ikhlas dalam pengorbanan demi kebahagiaan yang tiada sempadan"

Peluang Kedua (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang