" Tak salah ?! Dah terang-terang Taeha mati sebab dia, kan ? Taeha mati sebab Jungkook ! Apa lagi yang Taeha nak kesian kan dia  ! "

" Panjang kisah dia oppa. Terlalu panjang untuk Taeha cerita. Oppa masih  simpan buku diari Taeha ? "

Taehyung menarik nafas sedalam - dalamnya. Hati dia tak keruan. Kenapa Jungkook harus dibela sedangkan adik dia mati sebabkan Jungkook !

" Oppa bacalah diari tu. Taeha halalkan. Semuanya dah tertulis disitu. Siapa Jungkook, dimana Taeha kenal dia dan siapa Jungkook dihati Taeha semua Taeha dah cerita dalam tu."

" Nanti oppa akan tahu kenapa semua ni terjadi. Taeha minta maaf..."

" Siapa pun Jungkook tu, oppa tetap takkan maafkan dia! oppa masih marah dengan appa yang dia buat dekat Taeha. Kenapa Taeha masih nak bela Jungkook?! "

Taehyung berpaling ke arah Taeha namun bayangnya sudah menghilang.

Arghh !
Dalaman hatinya menjerit lantang.

***

" Hari ni Jiyoon datang,mommy. Mommy apa khabar ?"

Jiyoon mengusap batu nisan itu dan dikucup lembut.

"Lama kan Jiyoon tak datang . Takpe, mulai hari ini Jiyoon akan selalu datang tengok mommy. "

" Jiyoon rindu mommy tau..."

Jiyoon duduk lalu meletakkan sejambak bunga ros merah diatas pusara mendiang mommynya itu. Senyuman nipis terukir dari bibirnya.

" Hari ni Jiyoon datang sorang je. Sebab Jungkook takde. Dia pergi berbulan madu dengan isteri dia ,menantu mommy. "

" Mommy mesti tak percaya yang anak lelaki mommy yang paling manja tu dah jadi suami orang,kan ? Jiyoon lagi lah tak percaya. Tengoklah dia, sampai sekarang pun masih tak matang-matang. "

Ketawanya dalam bercerita.

" Hmm,Jiyoon rindu sangat dengan mommy. Kesian daddy, hari-hari dia cakap dia rindu mommy. Mommy dekat sana jangan lupakan daddy tau. Sampai ke hari ni daddy masih setia dengan mommy. "

Sesekali Jiyoon menyeka airmatanya . Tapi dia tetap tersenyum . Dia tahu mommynya sedang memerhatikan dia ketika ini.

Jadi dia perlu kelihatan kuat.

***

Taehyung yang sudah selesai melawat pusara omma dan adiknya itu melalui satu jalan yang merupakan jalan pintas untuk cepat ke keretanya.

Saat melalui satu pusara, dia berpaling sekilas ke arah sosok tubuh gadis yang sedang duduk sambil mengusap airmata itu.

" Kalau tengok dari belakang tu macam kenal..."
Taehyung cuba untuk mengecam siapakah gerangan gadis itu.

" Eo ? Jiyoon~ssi ? "
Panggil Taehyung dengan wajah yang sudah tersenyum memandang ke arah Jiyoon.

Jiyoon berpaling ke arah suara yang tiba-tiba menegurnya.

" Taehyung~ssi ? "
Sekejap sahaja hati Jiyoon berbunga saat dirinya dinotice oleh seseorang yang kacak yang dia pernah jumpa selepas daddynya itu.

Auch !

Taehyung menghadiahkan senyuman khas buat Jiyoon. Dan Jiyoon hampir terduduk.

Orang tak pernah jatuh cinta macam Jiyoon boleh jadi sasau sebab Taehyung ni.

So, hati-hatilah kepada si Taehyung tahyul. Anda jangan memberikan harapan palsu ya selepas ini.

***

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Onde histórias criam vida. Descubra agora