Intro

10 1 7
                                        

KLIA 2 | 11:00a.m

"Angah hati-hati duk sana. Jangan tinggal solat. Kalau ada apa-apa taktau tanya je mak. Nanti dah duduk sana jangan lupa call ayah".

"Ya yah. Ni adik gerak dulu lah, takut lambat pulak. Dah sampai nanti adik call ayah".

"Ha yelah. Hati-hati jangan lupa baca doa".

"Ya ya, ayah pun hati-hati jugak. Gerak dulu lah ayah. Assalamualaikum".

"waalaikumsalam".

Setelah bersalaman dengan keluargaku yang telah menghantar aku di lapangan terbang ini, aku bergerak menyusuri celahan manusia yang bersaiz agak besar berbandingku.

Tiba sahaja di destinasi terakhir iaitu di 'boarding gate' aku melabuhkan duduk di kerusi berhampiran. Sambil menunggu aku terfikir untuk membeli sedikit makanan untuk mengalas perut.
Namun tak ada yang menarik perhatian aku.

15 minit kemudian, aku terdengar pengumuman daripada pekerja wanita yang memakai blazer dan skirt hitam meminta kami bersedia untuk bergerak.

Disebabkan aku pergi pada minggu cuti, barisan di situ agak panjang. Ada yang membawa keluarga. Ada juga yang mungkin baru berkahwin dan ingin 'berhoneymoon' siapa tahu. Dan ada juga yang seperti aku, seorang diri.

Tiba giliran aku, aku menyerahkan boarding pass dan passport kepada pekerja wanita tersebut. Setelah selesai, aku bergerak masuk ke dalam kapal terbang. Aku meletakkan beg sandang aku di bahagian penyimpanan dan duduk di bahagian tingkap. Aku termenung sebentar memikirkan bahawa aku akan meninggalkan tanah air ini dalam beberapa minit sahaja lagi.

Kapal terbang pun bergerak meninggalkan kawasan tersebut begitu juga aku yang sudah belayar ke pulau kapuk.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jun 18, 2021 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

How to Unlike YouDonde viven las historias. Descúbrelo ahora