33 | AUDITORY HALLUCINATION

Start bij het begin
                                    

"Aku nak bagitahu kau satu benda. You're beautiful woman, Mawar. Aku tak boleh nafi yang kau perempuan paling cantik yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Malah kau jauh lebih indah dari Rossa."

"Sudahlah, Hayden! Saya nak balik. Saya tak nak tinggal sini. Ceraikan saya. Awak dah dapat apa yang awak nak selama ni." Mawar tepis kasar tangan Hayden ingin menyentuh gunung kembarnya di sebalik selimut yang sedang menutupi tubuh.

Layanan buruk Mawar sebentar tadi membuat Hayden bingkas dari katil sambil melepaskan keluhan paling bosan ketika Mawar juga mula teresak-esak sedih membelakanginya. Sehelai baju T hitam dikenakan ke badan. Sepucuk pistol Glock-17 yang selalu jadi peneman juga disisip di belakang seluar jeans.

"Saya nak duit."Gumam Mawar.

Hayden yang ingin menuju ke pintu bilik terus membatu di sekerat jalan. Duit? Seulas senyuman menguntum mekar pada bibir Hayden. Tak hairan, benda ini sangat tipikal. Bayaran akan dikenakan mengikut anggaran servis. Agaknya sudah lama dia tidak melakukan upacara ini. Kali terakhir semasa parti terakhir semasa dia masih menuntut sebagai pelajar tahun akhir dalam sebuah kolej di Boston dulu.

"Anything for you, honey. Kau perlu berapa ribu?"Hayden mara semula mendekati Mawar.

"Saya nak 5K."

"5K? Kenapa tak minta 50K?"Tanya Hayden juga digamit rasa pelik serta syak wasangka yang tidak baik terhadap Mawar.

"Saya perlu 5K. Saya tak perlu 50K."

"Okey. Kau nak pakai duit tu? Supaya senang aku uruskan secepat yang mungkin."

"Nafkah zahir awak untuk saya."

Hayden mengangguk setuju setelah terkilan lama dengan ayat Mawar. Terkilan terhadap diri sendiri kerana baru menyedari nafkah zahir kepada Mawar memang dia seratus-peratus culas selama ini.

"Kau boleh minta lebih dari itu sebab aku tahu aku memang tak pernah bagi kau nafkah zahir selama ni. Aku rasa 5K saja tak berbaloi untuk kau."

"Saya dah cakap yang saya tak perlu 50K, 500K atau 5 juta sekalipun. Saya hanya nak 5K. Kenapa awak masih tak faham?"Aju Mawar bernada dingin.

"Saya nak by cash. Bukan cheque atau melalui perbankan."Sambung Mawar. Mata ditaut erat bersama mata hazel milik Hayden.

"Okey, tak ada masalah. Aku akan maklumkan benda ni pada David nanti. Jangan cuba merayap keluar. I'll be back again."Tiada bantahan lagi, Hayden setuju dengan permintaan Mawar.

"Aku akan buat apa saja demi kau asalkan bukan cerai. Jangan bercerai sebab nanti Tuhan marah kita tau. Allright?"Ubun-ubun Mawar dikucup lama penuh ikhlas.

"I'm sorry. For everything."Bibir Hayden berirama dingin.

Badan Hayden yang sudahpun menghilang keluar pintu diperhati dengan sejumlah linangan air mata. Maaf? Untuk apa perkataan maaf itu Raja Hayden Behzad? Nasi telah menjadi bubur. Maruahnya sudah tercalar, hatinya sudah retak menjadi keping-kepingan saja.

4 tahun yang lepas

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

4 tahun yang lepas...

"I RINDU YOU, Hayden. Rindu sangat-sangat. I perlukan you sekarang ni. Lebih dari keluarga you perlukan I. Lebih dari Gambino perlukan you."Terasa tangan Rossa melingkar di pinggangnya. Melepaskan kerinduan dengan pelukan erat di belakang.

"I miss you too."Ujar Hayden. Pendek dan penuh makna. Tangan Rossa digenggam erat lalu dikucup sarat dengan rasa cintanya.

"I pregnant."

Senyuman Hayden mati. Tubuh diputar menala Rossa. Rossa hamil?

"Pregnant?"Seakan satu mimpi, senyuman Hayden berbunga kembali. Kenapa dia tidak pernah tahu berita ni? Adakah ketibaan Rossa di Perancis semata-mata mahu menyampaikan berita gembira ini?

"I pregnant. Baby you-"Rossa ambil perlahan tangan kasar Hayden. Diusapkan manja pada permukaan perutnya yang kempis.

"Kenapa Rossa tak pernah bagitahu semua ni? Kenapa sekarang nak bagitahu? Rossa datang sini semata-mata nak bagitau benda ni ke? Rossa-"

"Shhhh.... Ya, I datang sebab nak buat suprise dekat you. Are you happy, honey?"Melihat mata Hayden yang telah berkaca-kaca, Rossa cantumkan hidungnya pada hidung mancung Hayden.

"Of course, i'm happy. I'm so grateful. I'm so lucky. How old is it?"Hayden teruja. Perut Rossa dikucup bertalu-talu.

"1 month."

"Thankyou, God! I love you. I love so much, Rossa. I Love you, honey."Tubuh Rossa dibawa erat ke dalam pelukan. Bibirnya ditaut lama bersama bibir Rossa, wanita yang dia paling cinta dunia akhirat.

Waktu itu, bayu musim panas di French Riviera menjadi saksi. Perahu-perahu layar yang menghiasi lautan menjadi mata-mata dan telinga.

Senyuman tenang terlakar nipis pada bibirnya sebelum tangan bertindak memulas tombol wad Hades. Sekujur tubuh terbaring lemah berbekalkan bantuan oksigen menjadi santapan mata.

Hades selak kelopak mata ekoran telinganya menangkap derapan kasut seseorang sedang menghampiri katil. Perlahan. Samar-samar bayangan seorang lelaki berjaket kulit hitam bermain-main di pandangan.

"Hay-den?"Teka Hades tika merasakan muncung pistol menyentuh tepi keningnya. Sejuk.

"Shhh-"

"Keluar."Halau Hades. Serak dan perit rasa kerongkongnya. Tulang juga lemah tidak bermaya. Nak melawan tak ada daya. Memang sial!

Hayden kedengaran mengekek jahat di tepi telinga.

"Aku kesian dengan kau ni. Pukul sikit je dah pakai mesin oksigen. Nasib kau baik semalam sebab kau gagal nak larikan isteri aku. Kau boleh bodohkan aku sekali tapi tak kali ini. Aku bukan adik tiri kau yang bodoh macam empat tahun yang lepas."

"Kau nak apa?"

"Cuma nak borak sikit dengan kau."

"Apa maksud kau?"Hades jeling muka Hayden dengan mata sebelah saja. Sebelah lagi tidak dapat dibuka kerana lebam teruk.

Hayden lepaskan nafas. Lubang pistol dilanyak dengan lebih kuat lagi pada kening Hades.

"Tak ada maksud apa-apa. Tak lama lagi kita akan tahu siapa benar-benar cintakan Rossa, siapa yang Rossa benar-benar cinta dan siapa yang bunuh Rossa... "Hayden jungkit kening. Menghulur seulas senyuman kepada Hades.

****
17.06.2021
-Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu