PROLOG : Takdir yang tertulis

4 2 0
                                    

TANGISAN BAYI itu begitu meruntun hati. Tangisan perpisahan yang dia sendiri tidak faham. Tangan bertukar tangan dan serta-merta tangisan itu reda sendiri.

"Dato' tak menyesal?" Dan kali ke tiga pertanyaa itu diujarkan lagi. Darus kini berbelah bahagi.

"Tidak." Nada suaranya tegas. Dia sangat yakin dengan keputusannya. Manakala mata tuanya memandang seseorang yang sudah nampak ceria.

Genangan air di birai mata mulai ada. Sebak mula menguasai diri. Darus memandang jua seseorang itu. Anak gadis Dato' Bahrom yang sudah mulai tersenyum. Keluhan terluah jua.

Dato' Bahrom menepuk perlahan bahu Darus. "Saya mahu awak jaga baik-baik cucu saya tu. Hanya inilah caranya untuk Zuraina pulih."

Darus pula mengangguk. Dia faham dan tahu itu. Pengorbanan ini bukan satu perkara yang mudah. Demi seorang anak, Dato' Bahrom terpaksa dan dia sebagai seorang pekerja yang setia turut dituntut pengorbanan.

"Saya akan jaga Rykal baik-baik. Ini saja pengorbanan saya untuk membalas jasa baik Dato' sekeluarga terhadap saya dan arwah isteri." Tersekat-sekat suaranya. Hati meredakan itu kini.

Dia akan jaga baik-baik Rykal seperti anak sendiri. Akan diberikan kasih sayang secukupnya. Kasihan Zuraina yang

sekarang hidup dalam bayangan arwah anak perempuan dan suaminya. Namun telah kehilangan ingatan tentang seorang lagi anak kembar tu iaitu Rykal.

Dan kemungkinan Rykal tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu atau kemungkinan terjadinya deraan fizikal dan mental, Darus rela menjaga si kecil yang tidak berdosa.

Dato' Bahrom, walaupun seorang yang berada dan kaya, dia sendiri takut untuk memelihara Rykal. Bimbang diapa-apakan Zuraina jika dia atau pembantu lain sedikit terleka. Jalan terbaik adalah, memisahkan terus si kecil dengan si ibu yang telah hidup dalam dunianya sendiri. Ya itulah yang sebaik-baiknya.

"Bagi saya peluk cuim untuk kali terakhir cucu saya, Rykal." Sebak menggunung. Pilu bertalu mengetuk hati. Dato' Bahrom pasrah.

Mereka... sama-sama terpaksa berkorban. Mereka... tidak mahu itu terjadi. Namun mereka terpaksa walaupun bakal merubah masa depan seorang bayi. Mungkinkah nanti akan ada sinar bahagia untuk semua. InsyaaAllah...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RYKAL HIDAYAT, KASANOVA TERBILANGWhere stories live. Discover now