"Rain... mama tahu kamu cuma ingin tahu apa yang ada di luar sana tapi... di luar sana bahaya tau dan banyak makhluk yang suka makan anak naga dan terutamanya apes, mereka suka menangkap naga muda dan jadikan mereka makhluk perang," ujar mama penuh risau.

"Jadi sebelum apa-apa terjadi pada kamu, mama dan papa akan latih kamu terlebih dahulu," ujar papa dengan tegas. Aku hanya menggangguk faham tidak mahu hal ini berterusan. Mereka berdua menghembus nafas berat lalu kembali bertenang.

"Tapi papa masih pelik... kenapa kamu bertindak pelik tadi dan tiba-tiba kembali seperti biasa sekarang," soal papa ragu.

"Mungkin... disebabkan buah pelik yang saya makan," ujarku sambil tersengih kambing. Aku tak tahu lah berapa banyak kali aku menipu dalam hidup kali ini uhuk maaf papa.

"Hmm... buah pelik? Mama tak tahu pula ada sebarang buah pelik yang boleh buatkan naga jadi begitu... Hmm... Kalau begitu mama akan cuba lihat jika ada buah yang berbahaya berdekatan," ujar mama mula ingin keluar dari gua. Ya, pergi mama, mama tak kan jumpa pun... ahahaha.

"Kamu pasti cuma disebabkan buah?" soal papa dengan wajah ragu.

"Y-ya... saya memang pasti itu sebabnya sebab itu sahaja benda yang terakhir saya makan dan ingat," balasku gugup dengan senyuman kambing. Papa memandangku sambil mengecilkan matanya dengan lama. Aku pula berpeluh dingin apabila dia terus merenungku dengan wajah sangsi.

"Hmmm... baiklah papa percaya pada kamu buat masa ni tapi kamu jangan sesekali tinggalkan kawasan papa," ujar papa lagi membuatkan aku hanya mengangguk setuju. Aku menghembus nafas lega apabila papa kembali keluar untuk melihat kawasan.

Mereka yang lain mengintai untuk melihat keadaan dan masuk kembali ke dalam gua apabila mereka pasti bahawa mama dan papa sudah keluar. Mereka hanya melihatku yang hanya duduk bermalasan dan mengeluh sendirian.

"Uiii Rain... kau buat masalah lagi ke?" soal Volcano sambil menyapaku.

"Ya... mama dan papa kata aku pelik. Arghh!! Aku patut lebih hati-hati lepas ni. Kenapa aku selalu cuai? Uhuk..." keluhku sendirian.

"Sudah sudah... Jangan risau, Rain dari dilahirkan lagi memang pelik jadi ia sesuatu yang biasa," ujar Snowy sambil mengusap kepalaku.

"Yep! betul kata Snowy. Ia macam... Ia pelik kalau Rain tak pelik," sambut Blizzard menyokong Snowy. Mereka berdua ni memang muka nampak seperti budak tak bersalah tapi mulut mereka ni memang kadang-kadang boleh tahan.

"Pfff... 'pelik kalau Rain tak pelik' hahahak! Tepat sekali Blizzard buahahaaha..." balas Volcano sambil tergelak besar.

"HAHAHHA!! Betul kan?! Ingat tak masa papa bawa daging troll dulu macam mana muka dia buat? Dia kata 'Arghh!! benda tak masak saya tak makan benda mentah!!' Daging mana boleh masak hahahhahha!!" sambut Tornado sambil membuat muka jijik dan menyambung ketawa.

"Lepas tu kau ingat tak macam mana Leavy pujuk nak ajak dia makan?" soal Volcano.

"Daging ni dah masak, kalau daging tak masak dia warna hijau. HAHAHHAHAHHAH!!!" sebut mereka berdua serentak dan mereka semua tergelak besar termasuklah Leavy. Aku hanya memandang mereka dengan wajah tidak berperasaan. Mereka tak tahu bahawa daging boleh dimasak dan mereka fikir 'masak' yang aku sebutkan sama seperti buah. Menyedihkan. Aku hanya mampu menggulingkan mata sambil mendengar mereka semua gelak dengan kuat.

"Alolo... Jangan merajuk Rain... Kami gurau je...," pujuk Snowy sekali lagi mengusap kepalaku.

"Ceh apa-apa sahajalah. Haih... Oh ya? Bagaimana dengan latihan kau semua?" soalku ingin tahu. Melihat dari tahap mereka, ia tidak jauh berbeza dari sebelum ni.

"Tak banyak makhluk dalam kawasan papa... Papa pun mesti dapat tingkatkan tahap di luar kawasan ni. Makhluk kat kawasan ni selalu menyorok," keluh Blizzard.

"Aku cuma dapat buru makhluk yang biasa kita makan paling-paling pun slime je aku jumpa," balas Volcano kecewa. Mereka yang lain turut mengeluh berat seakan menghadapi masalah yang sama.

Aku mula terfikir lama dan memandang ke arah kawasan yang lebih dalam di dalam gua itu. Aku tak tahu mengapa tapi papa tak pernah memburu haiwan yang ada dalam gua ini yang aku yakin ia lebih banyak. Dia lebih gemar memburu di luar daripada kawasan dalam gua ini membuatkan aku tertanya-tanya apa beza makhluk di dalam dengan yang luar.

"Oi kau semua," panggilku dan mereka semua terus mengangkat wajah.

"Apa kata kita buru makhluk yang ada dalam gua ni?" soalku memberi cadangan sambil menunding ke arah kawasan gelap gua yang tidak dapat dilihat penghujungnya.

"Boleh ke? tapi sejak dari kecil papa dan mama tak benarkan kita keluar dari kawasan ni selain di luar gua," balas Snowy resah membuatkan aku mendagu.

"Hei... aku rasa mungkin papa sorokkan makhluk istimewa untuk kita di dalam sana dan tunggu masa yang sesuai untuk beri kejutan pada kita," celah Volcano. Nice cover Volcano...

"Hmmm... tak mungkin. Tak ingat ke dulu Hell Hound datang dari sana?" balas Leavy mula resah.

"Jangan risau kita sekarang dah kuat," Balas Tornado yakin. 

"Setakat Hellhound tu heh! Celah gigi je sekarang ni," balas Volcano yakin.

"Yakin ke nak pergi? Kalau papa marah lagi macam mana Rain?" soal Blizzard kepadaku. Mereka semua terdiam dan memandangku lama. Aku mula teringat semula kejadian yang baru berlaku tadi.

"Erk... aku rasa lebih baik kita tak pergi," balasku membuatkan mereka mengeluh lagi. Huwaaa... tapi aku memang nak pergi. Aku nak tahu apa yang ada di dalam gua ni. Kami tinggal di dalam gua ni tapi tak pernah tinggalkan kawasan ni untuk mengembara lebih dalam. Mungkin, aku patut pergi seorang diri.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now