29 | RAHSIA MAWAR

Start from the beginning
                                    

"AKU dah fikirkan benda ni. Aku nak bawa Nathan dan Mawar berpindah ke Perancis tahun depan."Di tengah kesunyian, Hayden tiba-tiba menyuarakan kehendaknya di depan penghuni Villa Salmonacreeks.

Mawar yang baru saja mahu menyuap makanan ke dalam mulut terus tergamam dan hanya membesarkan biji mata dalam diam. Sejak bila dia keputusan ini diputuskan? Rasanya, tidak pernah dia menyetujui keputusan Hayden itu.

Noora dan Datin Medina berpandangan pelik. Berubah cemberut muka Noora. Ini sangatlah tidak adil baginya sebagai isteri kedua.

"Sayang, apa maksud you ni? And, how about me? Papa? Mama? Your other siblings?"

"Aku amanahkan papa untuk jaga Salmonacreeks. Orang yang kedua aku amanahkan untuk jaga rumah ni kau Noora."

"Me?"Noora tuding jari telunjuk pada diri sendiri. Amanah apa ni, sial? Hayden dan Mawar bersenang-lenang hidup di Perancis dia pula diarahkan untuk jaga villa saja? Tak masuk akal!

"Ya. Kalau kau tak setuju, aku tak paksa kau. Pilihan dalam tangan kau sendiri. Samada itu pilihan kau atau bukan pilihan kau, aku tak kisah."

"Apa maksud you ni? Ofcourse lah I tak setuju. Jangan jadi bastard sangat boleh tak? I'm your wife! Kenapa you pilih jalan ni kalau you sendiri tak mampu nak berlaku adil? Papa, look. Semenjak Hayden bawa balik perempuan ni ke Salmonacreeks, semuanya dah berubah! Apa semua ni? You tipu I?"

Noora memberontak tidak malu di depan makanan makan mereka. Garfu dihentak pada pinggan menandakan dia sangat menyampah dengan segala tindakan Hayden.

"Noora, bersabar. Mungkin Hayden ada perancangan lain yang lebih bagus untuk kau."Ujar Datuk Raja Haidar. Muka Hayden dijeling. Hah, ini lah masalahnya. Rasa nak ketuk saja kepala Hayden sekarang ni.

"Perancangan lebih bagus apanya? Dia seolah-olah nak malukan Noora. Kalau papa dengan mama Noora tau benda macam mana? Hayden buat I ni macam slave!"Protes Noora.

"Slave? Kalau aku nak buat kau macam slave, buat apa aku nak nikah secara sah dengan kau? Sit down. Kalau kau nak bantah keputusan aku, aku tak kisah. Pintu keluar juga sentiasa terbuka untuk kau. Satu lagi, jangan biadap sangat depan orang tua aku. Mana adab kau?"Tegur Hayden.

"You berat sebelah, Hayden. Macam perempuan ni saja yang selalu you yang utamakan? Apa yang istimewa sangat perempuan ni?"

"Cukup!"Hayden menempik bingar.

"I bencilah macam ni! I hate you, Hayden! I hate you!"Noora pantas mencekau dinner napkin di atas meja. Pap! Dilempar kasar ke arah muka Hayden. Tanpa menunggu lagi, kakinya terus berjalan laju meninggalkan meja makan.

"Allright, siapa lagi yang tak puas hati dan nak campak dinner napkin dekat muka aku? Silakan."Soal Hayden kepada Datin Medina dan Hera setelah menarik nafas mengawal kemarahan di atas sikap tidak beradab Noora sebentar tadi.

Datin Medina dan Hera sekadar berpandangan. Menjuihkan bibir mereka dalam diam. Malas nak mahu melayan Hayden yang sengaja ingin menyimbahkan minyak ke dalam api.

"Jangan pandang aku. Aku lapar. Aku nak makan. Aku tak tau apa-apa. "Gumam Datuk Raja Haidar selepas menyedari mata Datin Medina asyik melekat padanya untuk melancarkan sebarang bom atom kepada Hayden.

Mawar bangkit tiba-tiba selepas kedinginan menguasai seluruh meja makan. Sakit hati kerana Hayden telah merosakkan suasana makan malam mereka. Pantang berdamai sikit, mesti salah seorang daripada mereka sengaja memulakan pergaduhan. Sepatutnya, Hayden harus peka. Isu sensitif seperti itu akan mengundang kesalahfahaman di meja makan. Memang padanlah muka jejaka itu dilempar dengan kain pencuci mulut!

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now