Chap.1

37 7 16
                                    

Dua bulan sebelum kejadian Elliya di library.

"Hai korang! Aku kan ada plan tau sempena cuti sekolah nanti. Siapa nak join?" Ujar Minjae lalu duduk bersama kawan-kawannya iaitu Heejin, Suzy, Han, Eby, Ericka dan Elliya.

"Wuishh apa tuuuu" Heejin bersorak riang kerana sudah lama dia menantikan cuti sekolah. Final exam amat memenatkan.

"Ni mesti pasal sejarah kan? Kau ni Minjae banyak sangat baca buku entah apa-apa. Merapu je tau" Ericka membebel berbakul-bakul. Manakan tidaknya.. Sebelum ini, Minjae mengaku bahawa dia berkawan dengan spesies lain selain manusia. Gila gamaknya..

"Eh eh kau ni Ericka janganlah cakap macamtu!" Balas Minjae.

Eby dan Han sibuk bermain game namun tetap fokus dengan apa yang mahu diceritakan oleh Minjae.

"Elli? Kau taknak tahu ke?" Tanya Suzy. "Ouh aku tak percaya benda-benda karut yang Minjae cakap tu, jadi kalau korang nak ikut dia, ikutlah. Aku taknak" jawab Elliya lalu memasang kembali earpod di telinganya.

Minjae kelihatan agak geram dengan tingkah laku Elliya namun dia memendam sahaja.

"Okay guys! Esok kita jumpa dekat hutan belakang rumah aku. Jangan risau, abang ak ada untuk tengokkan kita" Kata Minjae. Elliya meneka bahawa Minjae akan membuat sesuatu yang extrem nanti dan berhasrat untuk mengikuti mereka secara diam-diam.

———

Keesokan hari,

Semua sudah berkumpul di belakang rumah Minjae dan Minjae pun sudah siap menceritakan apakah plannya itu. Sementara itu, abang Minjae, Juyeon terlelap di jendala rumah.. katanya mahu tengok-

"Hurm Elli betul-betul tak datang eh?" Tanya Eby. Suzy menggelengkan kepalanya. "Oklah moh kita start!" Ujar Ericka.

"Okay macam ni, aku terjumpa satu buku ni. Misteri tau! Dia menceritakan tentang kisah anak-anak muda yang sesat di dunia silam-" sebelum Minjae habis berbicara, Heejin mencelah. "Jap!! Dunia silam tu dunia kita or dunia orang lain?" .

"Shh biar Minjae terangkan dulu" Han mengetuk kepala Heejin.

"Okay sambung. Dunia tu bukan dunia kita, tapi dunia misterius, dunia berbagai makhluk. Contohnya, serigala, ahli sihir, vampire dan sebagainya. Lepastu, dalam buku tu ada kata lagi, jika kita masuk dekat sana, kita boleh interaksi dengan diorang" Semua sedang fokus dengan Minjae.

"Habistu apa yang kau nak kitorang buat?" Tanya Ericka. "Kau jangan cakap kau nak masuk sana Minjae!" Suzy bangun dari kerusi tanda tidak setuju.

"Alah korang tolong bukakan portal tu untuk aku je. Aku memang nak masuk wei! Aku sebenarnya.."

"Kau nak apa Minjae? Kau nak masuk sana? Kau gila ke? Mana wujud" Elliya muncul secara drastis. "Eh Elli cakap taknak datang-" Ericka memandang sinis wajah Elliya.

"Diam" Muka Elliya menunjukkan bahawa dia sangatlah marah dengan keputusan Minjae.

"Inilah masanya.." Minjae bermonolog di dalam hatinya. Dengan pantas, Minjae lari bersama buku itu dan masuk ke dalam hutan. Yang lain mengikuti Minjae kerana bimbang.

Elliya hanya berdiri dan bermasam muka sahaja lalu bunyi dentuman yang kuat menarik perhatiannya.

"Kawan-kawan.." Muka Elliya kelihatan resah gelisah.

Kemanakah kawan-kawannya pergi?

vote & comment
stay safe!

chosen | tbz Where stories live. Discover now