“Aku suka namanya.”

“Kau seorang yang aneh.”

Komander tergelak besar. “Bila agaknya aku boleh bertolak?”

“Aku akan usahakan secepat mungkin. Esok, atau lusa kau boleh berhijrah ke sana.”

“Terima kasih. Aku akan hubungi kau lagi esok. Aku harap ada khabar gembira untuk aku.”

“Baik.”

+++
“Tuan, ada maklumat terbaru berkenaan Komander.” Seorang pegawai polis muncul di skrin. Pesuruhjaya Azrul segera memberi isyarat supaya pegawai tersebut meneruskan kata-katanya.

“Kami mendapat laporan di balai polis Desa Indah. Pelapor merupakan seorang pemilik salun kecantikan. Pelapor memaklumkan bahawa Komander telah datang dan membuat rawatan menggelapkan kulit di tempatnya. Lejadian berlaku sebelum polis mengedarkan foto Komander.”

“Sudah tentu dia akan mengubah identiti, tetapi saya tidak terfikir pula bahawa dia akan membuat rawatan untuk menggelapkan kulit. Tambahan pula, perkhidmatan tersebut juga wujud di negara ini? Siapakah pelanggannya?”

“Kebiasaannya orang yang gemar menggelapkan kulit adalah orang yang berasal dari negara yang beriklim sejuk seperti di benua Eropah ataupun Amerika. Mereka mendambakan kulit berwarna perang seakan dibakar mentari dan sanggup berhabis untuk rawatan menggelapkan kulit. Manakala di negara kita dan kebanyakkan negara di Asia, penduduknya lebih mendambakan kulit yang cerah. Malahan, di tempat kita yang beriklim tropika ini, seseorang tidak perlu menjalani rawatan untuk menggelapkan kulit. Hanya perlu keluar rumah tanpa mengenakan losyen dan berjemur beberapa jam. Kulit akan mudah bertukar warna tanpa perlu sebarang kos perlu dikeluarkan.”

Sebaik sahaja pihak polis dapat menguasai Villa Biru Kundang tempohari, seluruh kompleks villa telah digeledah dan mereka menemui sejumlah besar senjata dalam stor yang tertimbus dengan tanah. Malahan terdapat juga makmal memproses Crystallize dibina di bawah villa tersebut. Meskipun ramai anggotanya yang dapat ditangkap, sebahagian besar pimpinan Vision berjaya melarikan diri melalui terowong bawah tanah. Pihak polis menghadapi masalah untuk mengenal pasti siapakah yang terlibat dalam kes tersebut, kerana jumlah yang terlalu ramai.

CAI villa yang hampir musnah segera dibaikpulih dengan bantuan jurutera rangkaian yang dihantar oleh Kumpulan Binari. Namun begitu, tidak banyak maklumat yang berjaya diperoleh.

“Tuan ada kurang daripada seminggu, sebelum mereka menghidupkan kembali kumpulan mereka.” Amaran daripada Tengku Amir menyebabkan pihak polis menggembleng sepenuh tenaga untuk menjejaki saki-baki kumpulan tersebut.

Kemudian, selang beberapa hari balai polis Bandar Bintang menerima sebuah bungkusan yang dialamatkan kepada Pesuruhjaya Azrul. Bungkusan yang tidak mempunyai nama penghantar itu mengandungi sebuah cip yang berisi semua maklumat serta butiran ahli Vision, lengkap dengan jawatan dan peranan mereka dalam kumpulan.

Maklumat tersebut dibandingkan dengan rekod risikan polis. Apabila ia telah disahkan dan boleh dipercayai, barulah pihak polis menjalankan usaha besar-besaran menangkap ahli kumpulan tersebut.

+++

Sebaik sahaja sampai gilirannya, lelaki itu segera menghulurkan pasport kepada pegawai wanita yang menjaga kaunter imigresen itu. “Selamat pagi, puan,” ujarnya penuh sopan.

“Selamat pagi. Hendak melancongkah? Berapa hari di negara jiran?”

“Tidak lama puan. Tiga hari dua malam sahaja.”

Pasport tersebut diimbas bagi mengesahkan ketulenannya. “Kamarul Adli Muhammad Ali?” Soal pegawai tersebut.

"Ya." Lelaki itu berkulit gelap dan berkaca mata bingkai hitam. Rambut yang panjang, diikat kemas ke belakang dengan sedikit hujung rambut dibiarkan berjuntaian menutupi dahi. “Ada masalahkah puan?”

Virus L-2Where stories live. Discover now