Chapter 1 : Flotilla Yang Hilang

18 0 0
                                    


Scene bermula dengan Upin dan Ipin tak dapat tidur malam disebabkan Ipin menangis kerana melihat gambar abah mereka.Kak Ros dan Opah terkejut dan cuba menenangkan Ipin.

Opah : Kenapa Ipin menangis ni? 

Ipin : Ipin teringat pasal mak dan abah, macamana diorg tinggalkan Ipin ya Opah?

Opah : Baiklah, kamu pun dah besar dah Upin... Ipin... Memang Opah nak cerita tapi Opah takut kamu tak faham. Kalau kamu dah sedia nak dengar, mari sini dekat Opah.

Upin dan Ipin pun segera merapatkan tubuh mereka di riba Opah sambil berkata

Upin & Ipin : Ceritalah Opah, ceritalah Opah!

******

Scene bertukar, kepada 10 tahun dahulu... kepada Kapal Frigate berlayar megah dan tertera "KD Raja Mahadi"

Seorang pemuda berpangkat Bintara Kanan berlari-lari menuju ke Dek kawalan.

Pemuda : Kepten, kepten! Kami dah jumpa serpihan kapal! Nampak dari "Port Quarter" tuan!

Kepten kapal yang tertera nama "Kepten Omar" segera memberikan arahan.

Kepten Omar : Komander Kamal, tukar bearing menuju ke sisa yang baru ditemui cepat. Komander Kamal segera mengarahkan kelasi-kelasi lain untuk mengubah arah pelayaran Frigate KD Raja Mahadi dengan segera.

Sudah 14 hari Frigate KD Raja Mahadi menjalankan kerja-kerja menjejaki Flotilla "Harapan Pembebasan". Flotilla ini membawa bantuan-bantuan kemanusiaan namun terputus hubungan setelah melalui perairan Aden. Ada yang mengaitkan dengan rampasan lanun-lanun di Lautan Hindi tak kurang juga yang berteori Flotilla tersebut tenggelam dibadai ribut.

"Mana mungkin Flotilla yang mempunyai 8 kapal gabungan dari NGO kemanusiaan Malaysia dan Indonesia boleh hilang begitu sahaja" desis hati Kepten Omar.

Bintara Kanan : Kepten, ini ialah serpihan kapal Mercy! Salah satu kapal Flotilla! 

Kepten Omar, Komander Kamal dan kelasi terkesima. Kepten Omar terpaku lama sehingga ditegur oleh Komander Kamal. "Tuan, kita kena laporkan segera kepada Command", bisik Komander Kamal. 

Melihatkan wajah Kepten Omar terus sugul, Komander Kamal menambah.

Komander Kamal : Mar, ko kena kuat. Kita masih belum tahu apa2 lagi tentang keadaan kapal-kapal lain. Aku yakin ada survivor jika kita terus mencari. Yakinlah, InshaaAllah. Aku yakin Dr Zarina selamat...

*****

Kepten Omar tunduk. Beliau mengimbas tentang perbualan dengan isteri beliau. "Zarina, abang tak sedap hati kamu nak ikut Flotilla kemanusiaan kali ini", ujar Kepten Omar kepada seorang wanita yang sedang mendukung bayi.

Dr Zarina tersenyum sambil dan meletakkan bayi tersebut di tilam dan berkata.

Dr Zarina : Upin, kamu dengar tak apa yang abah kamu cakap? Dia takut mak pergi berlayar sedangkan abah selalu berlayar berbulan-bulan!.

Kepten Omar : Zarina, janganlah main-main. Destinasi layaran kali ni penuh risiko! Tak sama macam kamu berlayar ke Aykab dahulu, ini bukan seperti Myanmar.

Dr Zarina : Abang, abang berlayar selama ini kerana melindungi negara bukan? Samalah seperti Za, Flotilla kali ni sangat penting, tempat yang kami akan pergi telah 3 bulan ditimpa perang, keadaan perlarian di sana menyedihkan!

Tiba-tiba Kepten Omar dan Dr Zarina disapa anak kecil, "Mak abah, Ipin menangis" "Eyyhhh busuk baunya!", tambah lagi anak kecil tersebut.

Dr Zarina tersenyum dan menyambut bayi dari anak kecil tersebut "Ros, ros. Ini kan adik kamu. Kan kamu nak adik sangat, nah sekali dua dapat!" ketawa Dr Zarina. Ros menarik muka, wajah kecilnya geram namun segera ditenteramkan oleh ayahnya. "Ros kamu kakak, kenalah bantu nenek kamu jaga adik-adik. Ingat mak kamu akan pergi selama dua minggu tahu!"

Sebelum Ros sempat membalas, Kapten Omar segera memeluk anak sulungnya dan Ros tersenyum sambil memeluk kembali ayahnya.

Kepten!

Kepten Omar tersentak, beliau segera memalingkan pandangan kepada Komander Kamal. Komander Kamal segera menunjukkan radar bacaan di skrin, "Tuan, berdasarkan bacaan ini, kemungkinan serpihan tersebut dihanyutkan dari Laut Merah!" Timbul tanda tanya, kapten Omar merasa hairan, Flotilla tersebut sepatutnya berlabuh di Djibouti. Namun terputus hubungan dan tiada sebarang maklumat dari pihak Persekutuan Republik Somalia tentang Flotilla tersebut. Hilang dari radar!

Frigate KD Raja Mahadi telah dikerahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia untuk mencari Flotilla tersebut. Usaha dan kerjasama negara-negara Asean menghantar kapal-kapal untuk gerakan mencari di Lautan Hindi. Pelik lagi ganjil, bagaimana Flotilla antarabangsa tersebut boleh hilang begitu sahaja.Kepten Omar mengeluarkan gambar dari poket beliau, beliau tersenyum dan menahan kesedihan. Sudah lebih 3 minggu, beliau meninggalkan anak-anak di rumah ibunya.

"Sabarlah anakku, abah akan cari ibu kamu sehingga berjaya" desis Kepten Omar dalam hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mak dan Abah (Upin & Ipin Fanfiction)Where stories live. Discover now