"Mereka masih bising macam dulu hah? leganya..." ucapku perlahan penuh lega lalu mengunyah daging itu tanpa sedar. Kejap! Aku makan daging tu ke? Arghh!! Bluerk.

"Oh Rain! Kamu dah mula makan daging tu? Macam mana? Sedap bukan? Papa akan kunyah lebih teliti supaya kamu boleh telan dengan lebih mudah," ucapnya namun aku rasa macam pernah dengar ayat tu. Bluerk! tapi rasa dia memang sedap. Arrrrhhh!!! Tidak!!

...

2 bulan kemudian,

Akhirnya kami dapat berburu sendiri dan aku dapat banyak skil unik hasil dari kerja kerasku. Mulai hari aku dilahirkan semula, aku tidak lagi memandang tinggi tahapku. Aku fokuskan kepada kedua-dua magik dan skil yang ada pada aku. Hari ini adalah hari di mana Leavy akan masuk ke Taman pari-pari dan mencuri salah satu dari bunga mereka. Aku terus terbang ke hutan pari-pari dan membiarkan Slime yang sepatutnya menjadi mangsaku terlepas memandangkan aku sudahpun mendapat skil darinya malah [item] daripadanya sememangnya tidak berguna.

Aku dapat melihat tapak kaki Leavy yang semakin menghampiri ke tengah taman itu membuatkan aku terus bergegas merapati taman itu. Kalau aku biarkan dia ambil bunga tu, manusia akan menghampiri kawasan ni nanti dan satu kejadian yang aku tak mahu terjadi lagi bakal terjadi. Aku dapat melihat Leavy mengangakan mulutnya dan menutup rapat memakan cahaya kecil di hadapannya dan mengejarnya seolah anak anjing menangkap rama-rama. WTH?!!! Dia makan pari-pari sebab itulah pari-pari takut dengan naga!

"Leavy!!!" jeritku cemas apabila dia terus mengejar cahaya itu dan hampir tiba ke arah bunga yang berkumpul di tengahnya. Panggilanku menangkap perhatiannya membuatkannya berhenti dan memandangku sambil menyengetkan kepala.

"Ya? Rain nak apa?" soal Leavy sambil menggoyangkan ekor masih aktif dalam permainannya dan mungkin dia fikir aku ingin mengajaknya atau turut bermain dengannya.

"Aaaa... erk... Ha?! Saya nampak humana! Kita perlu lapor pada papa!" jeritku bersungguh dan dia terdiam.

"Humana? apa tu?" soalnya semula dengan wajah keliru. Aku lupa bahawa mereka semua masih belum pernah bersemuka dengan mereka membuatkan mereka masih tak tahu kewujudan mereka.

"Ia... Ia makhluk bahaya! mereka makan naga!" ucapku penuh bersungguh cuba menarik perhatiannya yang hampir lari ingin mencari cahaya pari-pari dan aku terus melompat ke hadapannya yang mula bertukar arah.

"Bahaya? Sama seperti Hellhound?" soal Leavy separa terkejut dan mula teringat kumpulan anjing dari dalam gua yang menemui sarang kami semasa mama dan papa keluar mencari makanan. Kami bernasib baik kerana mama dapat merasai anaknya yang di dalam bahaya hanya melalui nalurinya dan dia ada berdekatan.

"Ya! Lebih bahaya dari mereka!" ucapku bersungguh membuatkan wajah ketakutan mula terbentuk di wajahnya.

"Hah! Kita perlu beritahu papa segera!" ucapnya terkejut dan terus bergegas keluar dari hutan itu.

"Fuhh... berjaya," ucapku lalu memalingkan wajahku ke belakang dan askar pari-pari kelihatan masih berwaspada denganku namun aku membalas dengan keluhan berat dan senyuman pahit.

"Maafkan kakak saya semua," ucapku lalu menunduk kesal dan meninggalkan hutan serta pari-pari yang kelihatan keliru. Kami berdua segera sampai ke sarang dan Leavy menungguku untuk melaporkan apa yang aku nampak.

"Rain! Rain! Cepat beritahu papa!" jeritnya mula cemas. Aku mengeringkan tekak dan terus turut mengukir wajah cemas.

"Ya! tadi saya nampak makhluk berkaki dua yang pelik dan ia menuju ke sini! Mereka berjalan ke sini macam ni dan mereka besar dan nampak bahaya," jelasku dan menunjukkan cara mereka berjalan. Leavy, Snowy, Blizzard dan lain-lain semua melakarkan wajah ketakutan.

"Me-mereka tak akan jumpa tempat kita!" ucap Volcano penuh yakin.

"Kau yakin Vol? Mungkin sebab warna cerah pada badan kau yang tarik mereka ke sini," balas Tornado.

"Ha? Warna ni? Ini kekacakan dan ke'hot'an aku! Bukan salah aku kalau mereka tertarik dengan aku! Entah-entah sebab kau suka tembak puting beliung dan bakar hutan ikut suka hati kau menarik mereka ke sini," bangkang Volcano dan kembali menuduh Tornado. Mereka terus bergaduh seperti biasa sehingga mama terpaksa meleraikan mereka.

"Mereka akan bunuh kita ke?" soal Blizzard mula resah.

"Hahahahaha!! Jangan risau kamu semua! Biar papa uruskan. Mereka tidak sekuat yang kamu semua sangka dan mereka dipanggil Apes. Dulu pun ada sekumpulan Apes yang cuba masuk ke wilayah papa tapi papa makan mereka dan kamu turut dapat rasa daging mereka walaupun bercampur dengan daging BullBeraz," ucapnya dengan penuh bangga. Ya... ya... teruskan berbangga papa... Kejap! dulu? Bullberaz? 

"Bullberaz? Apa maksud papa?!" soalku semula rasa terkejut.

"Oh mungkin kamu tak ingat tapi ia daging yang pertama kamu makan selepas berhari-hari kamu makan buah. Mungkin ia pembuka selera kamu memakan daging... hm hm hm daging kali ini mesti akan memuaskan kamu. Dulu ia terlalu sikit dan tak cukup memuaskan kamu berlima," jelasnya membuatkan aku rasa rohku mula keluar dari tubuh dan sekali lagi aku termuntah apabila mendengarnya. Air mataku mengalir deras merasakan bahawa aku dikhianati. Adakah aku kini kanibal? Adakah aku berdosa memakan manusia? Oh tidakkkk...

"Apes? tapi Rain kata mer-" Leavy cuba ingin memberitahu pada papa panggilan yang aku berikan membuatkan aku terus menekup mulutnya.

"Saya cuma panggil mereka sesuka hati, kakak tak perlu beritahu tentang tu pada papa," bisikku membuatkan dia menggangguk faham.

"Hah... Baiklah papa akan pergi kalahkan penceroboh. Rain kamu nantikan daging istimewa yang papa akan bawa kali ni ya," ujar papa dengan wajah lembut.

"Tak!! Saya tak mahu makan mereka!!" ucapku tegas.

"Hehe... Jangan risau, papa kuat mereka takkan dapat kalahkan papa," ucapnya salah faham dengan apa yang aku katakan. 

"Bukan sebab itulah!!" jeritku apabila dia fikir bahawa aku cuba menghalangnya daripada mendapatkan mereka.

"Hahaha... selamat tinggal. Papa akan kembali tak lama nanti," ucapnya lalu terbang pergi. Kami semua mengucap kata selamat. Aku tak tahu samada papa dapat mengalahkan mereka atau tidak, memandangkan dulu naga sage yang muncul menyerang mereka kerana menganggu tidurnya.

Bagaimana pula dengan kali ini? Naga sage tu masih ada di dalam tasik itu ke? Skil [Monarch] masih ada pada aku menunjukkan bahawa mungkin naga sage itu tidak lagi wujud tapi aku kembali pada waktu aku dilahirkan semula jadi mungkin ia akan muncul kembali. Apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya menunggu dan melihat.

bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now