"Siapa yang mahu kembali ke dunia di mana kau bukannya sesiapa dan perlu bekerja menjadi hamba di sana? Ia tak ada beza," soal lelaki itu kembali.

"... Apa maksud kau?" soalku semula tidak percaya dengan apa yang dikatakannya.

"Dunia tu... hanya untuk mereka yang dilahirkan kaya dan kuat. Di sana semuanya boleh terjadi disebabkan duit kan? Di sini aku dapat jadi orang yang berbeza, kenapa pula aku mahu kembali ke tempat yang halang aku jadi apa yang aku suka?" ujarnya lalu mengeluarkan pisau belati yang berbentuk unik.

"Macam mana dengan keluarga kau? Mak ayah kau yang tunggu di sana? Kau tak fikir ke?" soalku semula.

"Heh! Kenapa aku nak fikir semua sialan tu? Mereka tak penting bila semua yang aku nak aku dapat dalam dunia ni," ujarnya lagi membuatkan aku terkedu. Aku putus asa, mereka yang berfikiran begini sememangnya tak guna untuk dibincangkan lagi.

"Sekarang... berikan aku tubuh kau untuk pisau aku yang baru," ucapnya dan laju mendekati aku. Walaupun aku tak dapat gunakan magik, aku tetap boleh gunakan skil yang aku ada. Aku bertukar menjadi gagak dan menggandakan tubuhku menjadi ribuan gagak membuatkan serangannya tidak mengena.

Aku terpaksa menyerang mereka dengan serangan fizikal namun lelaki itu tersenyum apabila aku terbang ke langit. Salah seorang dari mereka mengangkat tangan ke udara dan mengenggam secara tiba-tiba. Belakangku yang masih tertikam pisau belati menjadi berat dan aku jatuh menghentam tanah. Aku kembali menjadi naga dengan klonku semua menjadi asap.

"Macam mana?..." soalku sendirian. Mungkin sebab ini mereka berjaya membunuh Demon Lord? Kerjasama mereka sememangnya sangat tinggi. Setiap serangan aku sentiasa dibalas dengan bijak. Aku sememangnya jauh daripada sedia untuk melawan mereka.

"[Ring of Abyss] activate," ucap lelaki itu lagi lalu cincin yang dipakai di jarinya menyala merah dan sekelilingku bertukar merah seakan berdarah. Langit yang biru bertukar merah dan bulan tiba-tiba muncul yang sepatutnya hari masih cerah dengan cahaya matahari membuatkan aku rasa seolah berada di dalam mimpi ngeri. Semua alatan aku diberikan kepada orang-orang aku, ini sememangnya kekalahan paling bodoh yang aku pernah lalui.

Kalau aku dilahirkan sebagai naga di dunia ini jadi aku akan bertindak seperti naga. Cahaya biru di tubuhku mula bercahaya terang dan lautan merah mula menjauhi cahaya biru dengan corak di tubuhku. Aku bangkit semula dari jatuhku dan cuba melawan rantai yang perlahan merantai seluruh tubuhku.

[Berserk activate]

[Host unable to control itself]
[Host destroy everything in sight]
[Pain resistance 100%]
[Attack increase ten fold]

Aku menghentak-hentak ekorku dan berpusing liar kelihatan seakan dalam terdesak cuba melepaskan diri dari rantai yang mula memakan dagingku dan ia mula berpintal di tubuhku membuatkan tubuhku semakin luka parah. Anak panah magik tidak berhenti menyerangku untuk melemahkanku.

"Kurangkan serangan yang boleh rosakkan sisiknya! Serang di kawasan organ penting!" arah salah seorang dari mereka lalu satu anak panah mengenai mataku membuatkan mataku tercedera dan aku tidak dapat melihat dengan sebelah mataku.

"ARRGHHH!!!" jeritku sehingga menggoyangkan pohon-pohon di sekelilingku. Aku terus menggunakan ekorku melibas ke semua arah menghalang mereka dari menghampiri. Salah seorang dari mereka memotong ekorku sehingga terbelah dan darah merecik sehingga membasahi tanah.

"Clean cut!" jeritnya bangga apabila senjata langkanya dapat memotong ekorku yang dipenuhi sisik yang tebal. Mereka terus menyerang sehingga akhirnya satu pedang menikam tepat ke jantungku membuatkan aku terus berhenti menyerang dan rebah ke tanah.

'Tak... aku tak mahu mati lagi...' ucapku sendirian dan aku dapat melihat bayangan Leavy dan yang lain tiba-tiba muncul dan cuba melawan mereka dengan ganas. Namun mereka turut kalah dengan mudah kerana tahap mereka yang masih rendah malah mereka berlawan dengan ramai manusia. Mungkin mereka datang ke sini selepas mendengar jeritan aku.

Pandangan aku mula kabur dan aku mula sedar bahawa tubuhku perlahan-lahan mengecil dan membentuk manusia membuatkan semua pemburu terkejut dengan penukaranku yang sepatutnya mustahil. Aku sendiri pun tak tahu mengapa tapi... aku lega mereka takkan dapat apa-apa yang menguatkan kuasa mereka walaupun selepas membunuh aku.

[Mission Failed! Reset!]
[Mission Reset!]
[Mission Restart]

Ha? Apa ni? Ini mimpi ke? Tolonglah aku tak mahu melalui benda yang sama lagi. Tak lama kemudian, aku dengar bunyi telur pecah dan aku tersedar. Leavy, Snowy, Blizzard, Tornado dan Volcano memandangku sambil menggoyangkan ekor mereka. Aku hanya terkedu sambil melihat mereka dalam kekeliruan.

Satu lidah besar menjilat wajahku membuatkan perhatianku terarah kepadanya yang memandangku tenang, mama dan papa. Mereka memandangku dengan penuh bangga melihat telur terakhirnya menetas.

"Walaupun kamu lambat, tahniah Rain. Kamu lahir ke dunia naga," ucap papa merapatkan wajahnya ke wajahku dan turut menjilatku. Aku dapat mendengar bunyi hujan yang mendarat ke tanah walaupun ia tidak lebat. Aku mendongakkan kepala ke atas dan hari gelap ditemani dengan hujan yang renyai dan tenang.

"Wahhh!!! Tengok tubuh dia nampak macam langit di malam hari dan nampak macam ada bintang!" ucap Leavy sambil berdiri cuba melihatku yang masih berada di dalam telur.

"Aku lagi hot dan cantik," ujar Volcano dengan wajah cemburunya.

"Wuhuu!!! Ahhahahaha... malangnya badan kau sangat kecil Rain! Abang ni akan ajar kau macam mana nak jadi kuat," ucap Tornado dengan wajah setannya sememangnya niatnya untuk membuliku sangat ketara.

"Fuh... selamat saya," ucap Blizzard lega apabila sasaran pembulian Tornado bertukar kepadaku.

"Tahniah adik! Saya Snowy... kakak awak, awak Rain... Rain maksudnya hujan," ucap Snowy riang sambil menggoyangkan ekornya laju. Aku masih senyap seakan tidak percaya lalu aku perlahan keluar dari telurku.

"Tengok si berani ni. Hahahhahaaha! Papa tak perlu risau tentang kamu... Oh lihat kaki kecil tu, Papa harap dapat peluk kamu kuat-kuat. Hmmm tak sabarnya!" ujarnya lalu menyentuhku dengan kukunya dengan penuh hati-hati.

"Saiznya agak merisaukan... dia akan okey ke?" soal Mama resah.

"HAHAHAHA... tak ada yang dirisaukan tengok dia tak menangis. Dia sangat berani..." ujar Papa dengan gembira sambil Snowy dan Leavy menjilatku manakala Tornado terus bercakap yang dia akan memukulku. Volcano pula memeriksa tubuhku dan dibandingkan dengannya sambil terus memuji dirinya sendiri.

Hmmm... misi ha? Aku fikir aku dah mati tapi aku kembali ke sini. Arghhh!!! 5 tahun tu berlalu dengan sia-sia. Semua usaha aku membangunkan penempatan untuk semua makhluk musnah begitu saja. Haih... Apa misi aku sebenarnya? Tanpa menunggu aku ucap perlahan perkataan 'Mission' sebagai tekaan. Seperti biasa skrin biru yang hanya aku seorang nampak muncul.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now