"Tapi kami... Tak ada tempat nak buat ritual ni. Mana kami nak dapatkan tulang naga?" Soal mereka membuatkan aku berat hati. Aku tak mahu mengorbankan sesiapa dan kalau boleh aku mahu jadikan tubuh aku sebagai pagar untuk mereka balik tapi sekarang pengikut aku perlukan aku. Aku tiada pilihan lain selain korbankan naga liar.

"Ada naga dewasa liar di gua tak jauh dari sini. Dia menyorok dari pemburu selepas serangannya yang lepas. Dia masih sedang pulihkan diri dari kecederaan. Kamu boleh gunakan tulang dia," ujarku sambil menggenggam penumbuk. Ya, aku tiada pilihan lain lagi selain itu.

"Tapi..." Gohan cuba mencelah namun aku terus memotong.

"Saya akan bertanggungjawab! Jangan risau, ini bukan peperangan kau semua. Kau semua sememangnya tak patut ada di sini pun sejak mula. Pergi balik kepada keluarga kau semua," balasku membelakangi mereka.

"Tuan muda, puak SpiUr telah dihapuskan sepenuhnya oleh heroes dari kerajaan Asiraid," kata Ailana yang secara tiba-tiba muncul di balik pohon dengan wajah sedih. Aku mengetap gigi menahan geram dan melihat tahapku semula. Tahap 700 di mana aku tak tahu jika ia adalah tahap tertinggi atau tahap biasa bagi humana tapi aku sememangnya perlu lawan mereka.

"S**l!!!! KAU BERHAK KE JADI PELINDUNG BILA YANG PALING PERCAYAKAN KAU MATI?! KENAPA AKU B*D*H SANGAT S**L!!!" jeritku marah pada diri sendiri. Mereka yang lain tersentak melihatku yang menjerit secara tiba-tiba.

"Mereka kini sudah sampai ke perangkap pertama, maknanya mereka mendekati dan tinggal hanya beberapa hari untuk sampai ke sini. Tak, tak mungkin macam mana jangkaan kita boleh salah? bagaimana mereka boleh sampai dengan cepat?" soalku cuba untuk bertenang.

"Kerajaan Asiraid dan kerajaan Sladith terkenal dengan heroes mereka yang kuat, saya yakin mereka ada harta karun yang berkuasa daripada pemburuan mereka malah mereka semua pernah mengalahkan demon lord," ujar salah seorang hero bercermin mata yang nampak seperti budak pintar di dalam kelasnya.

"Maksud kau [item]?" soalku semula.

"Bukan sekadar [item] mereka ada 5 [Mythic item] 20 [Lagendary item] 102 [Gold item] dan itu cuma yang tercatat tidak termasuk dengan [item] rahsia mereka. Mereka mungkin gunakan salah satu [gold item] iaitu skrol teleportasi," ujarnya memberi maklumat. 

"Itu lebih teruk dari yang saya jangka..." ujarku mula resah. Lari bukan satu pilihan, tempat ni hampir siap dibangunkan dan dah banyak puak jadikan tempat ni kelahiran mereka.

"Lawan mereka secara berdepan sememangnya membunuh diri walaupun Royu dan lain-lain berusaha untuk hilangkan kota ni dari mata manusia ia tetap tidak dapat mengalahkan [item] mereka. Mereka gunakan skrol gold mungkin mereka akan gunakan [item mythic-tier] juga. Rain, biar kami tolong kau," ujar Gohan cuba ingin membantu. Aku tersenyum pahit melihat kesungguhannya.

"Anggap semua ni mimpi Gohan. Kau tak bertanggungjawab untuk jaga dunia ni. Bila kau bangun kau takkan ingat tempat ni," ujarku membuatkan Gohan tersentak lalu aku memukul belakang tengkuknya menggunakan ekorku yang tiada siapa sedari muncul dan dia tidak sedarkan diri. Rakan kelasnya terus mendapatkannya.

"Tuan muda..." ucap Ixcel yang berpeluh kerana berkali-kali mengembalikan mana kepada pengguna ilusi.

"Kamu semua boleh berhenti, saya sendiri akan larikan tumpuan mereka," ucapku lalu menepuk salah seorang heroes yang turut berpeluh kerana tidak berhenti cuba menggunakan magik ilusinya untuk menghilangkan kota ini yang hanya berjaya 60% dari keseluruhannya.

"T-tapi..." hero itu cuba membangkang namun aku terus berjalan keluar dari kota itu.

"Tuan muda! biar kami ikut!" jerit Aegeus dan cuba mengejarku tapi aku terus mewujudkan kristal gergasi menutup kawasan itu menghalangnya dari mengekoriku. Mereka berudur ke belakang apabila tanah bergegar dan wujud lagi kristal hijau menghalang mereka dari terus mengekori. Sekurangnya mereka ada jalan bertentangan untuk melarikan diri dan mereka takkan bertembung dengan manusia. Ailana cuba melompat dan mendaki kristal itu namun aku buatkan kristal itu curam supaya sukar untuknya mendaki.

"TUAN MUDA!!!!" jerit mereka cuba ingin mengekoriku. Aku tak mahu banyak lagi yang terkorban dan menjadi bahan [exp] mereka. Sekurangnya kalau aku kalah sekalipun kematianku dapat menarik perhatian mereka dari terus mendekati kota tu.

"[Item] huh? Aku tak tahu kalau yang si Taik gunakan pada aku dulu [item] kategori apa. Kalau masih ada [item] begitu di tangan musuh, aku tak tahu berapa lama aku dapat bertahan. Aku patut jadi lebih kuat daripada duduk tanpa buat apa-apa dulu," ujarku sendirian. Aku terbang dan menjadi naga terus menuju ke tempat Tyra menyediakan perangkap. Dalam perjalanan, aku gunakan skil [Monarch] untuk mengarahkan orang-orangku berundur ke Lizardre tanpa bantahan.

"Aku bukan bijak tapi apa pun aku boleh gunakan logik," ujarku lalu aku sampai ke ribuan manusia yang dalam perjalanan ke Lizardre. Ada antara mereka yang aku cam dan ternyata mereka kelihatan memberi informasi kepada salah seorang yang berperisai mewah.

Mereka menyedari kedatanganku dan terus membuka strategi pertahanan dengan berkumpul di hadapan dan menyediakan magik perisai untuk menahan sebarang serangan dari aku. Aku memandang lama kepada pengkhianat yang berdiri di belakang mereka lalu aku memunculkan awan hitam di langit.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now