Bab 3

2.8K 169 4
                                    

Haiser pandang Hasya lama. Keluhan berat dilepaskan. Doktor cakap Hasya tak cukup air dalam tubuh. Hasya juga susah nak makan, kerana itu Hasya cepat sakit. Tak pernah Haiser risau sampai begini sekali. Padahal dia baru saja bertemu dengan perempuan ini. Apa yang Hasya telah lakukan padanya?

" Darling, bangunlah..." Haiser mengusap lembut pipi Hasya.

Tubuh kecil Hasya selamba badak dipeluknya.

" Darling..."

Tak ada jawapan daripada Hasya. Nafas Hasya saja memberi jawapan akan seruan itu. Haiser muncung mulut dengan raut wajah sedih. Hasya tak nak bangun lagi ke?

" Darling, bangunlah. Iser nak cakap sesuatu ni." rengek Haiser manja.

Haiser bermain dengan baju Hasya. Tak henti bibir itu menyebut nama Hasya. Kerutan dahi Hasya menampak apabila nafas hangat Haiser dekat dengannya. Hasya celik mata perlahan. Terbuntang mata Hasya melihat senyuman Haiser.

" Darling..."

Tak dan-dan Haiser mencium pipi Hasya. Tergamam Hasya. Terkerdip-kerdip mata Hasya. Apa yang berlaku? Kenapa dia dicium?

" Iser risaukan darling. Nasib baik dah bangun. Anyway, jom makan. Nak?" Haiser bangun dari baringnya.

Haiser mencium dahi Hasya sekilas dan Haiser terus keluar dari bilik. Tak sempat Hasya turun katil, Haiser kembali semula dengan makanan di tangan. Haiser melabuhkan duduk di sebelah Hasya.

" Iser dah belikan nasi goreng ayam untuk Hasya."

Hasya pandang setiap perbuatan Haiser. Dari ambil nasi sehingga menyuap nasi padanya. Hasya menelan tanpa banyak songeh. Lagipun Hasya lapar. Tak sanggup kalau biarkan perutnya kosong. Dengan Hasya ada sakit gastrik. Kalau tak makan, mahu perutnya buat ragam malam ini.

" Sa-saya minta maaf."

Terhenti Haiser dari menyuap Hasya. Giginya diketap geram. Haiser tahu Hasya meminta maaf kerana kejadian malam itu. Tapi kenapa? Kenapa perlu meminta maaf sedangkan Haiser sukakan kejadian yang telah berlaku antara dia dan Hasya?

" Darling makan ya, Iser nak buat kerja."

" Awak..."

Haiser duduk semula di sebelah Hasya. Keluhan berat dilepaskan. Airmata Hasya diseka lembut. Hasya selalu buat dia jadi tak tentu arah. Kenapa menangis?

" I hate tears, please don't cry. I'm sorry. Okay?"  Haiser meminta maaf lembut. Walaupun dia tak tahu apa salahnya. Tapi Haiser ringankan juga bibirnya meminta maaf. Tak sanggup Haiser tengok airmata itu jatuh kerananya.

" Sa-saya nak balik."

" Kalau nak balik, mesti makan dulu. Okay?" pujuk Haiser dengan senyum manis.

Hasya menggeleng.

" Saya dah kenyang. Saya nak balik."

Hasya berura-ura nak bangun. Terjerit Hasya apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat duduk atas paha Haiser. Berona merah muka Hasya. Malunya melebihi segala-galanya.

" Darling nak habiskan atau nak Iser suap melalui ni." Haiser sentuh bibirnya.

Muka Hasya kian merah. Haiser tertawa kecil. Ketika inilah Haiser boleh mengusik Hasya. Kalau tidak, Hasya pasti akan mengelak darinya lagi.

" Iser ada kenal bidadari cantik tau."

Tangan kanan Haiser elok melilit pada perut Hasya. Rontaan Hasya diendahkan. Sebelah tangan lagi mengusap lembut tangan halus itu.

The Haiser's Obsession ( IN EDITING)Where stories live. Discover now