26 | I CAN SMELL THE BLOOD

Start from the beginning
                                    

"Kau tak pernah berubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau tak pernah berubah. Aku ingat lepas kau culik Nathan sampai ke Turki sikap kebudak-budakan kau tu kau dah lempar jauh. But—"

"Kebudakan? Salahkah saya nak defend diri saya sendiri? Awak? Awak nak defend saya?"Mawar bergerak ke arah Hayden selepas lelaki itu mengutarakan sikap kebudakannya.

"Kau kena ingat satu benda, Mawar. Dengan siapa kau bercakap sekarang ni? Kau kena jaga air muka aku sekalipun kau pahit untuk telan dalam anak tekak kau!"Hayden berang. Bingkas berdiri menghampiri Mawar.

"Bukan saya yang cetuskan pergaduhan semalam. Awak asyik nak salahkan saya semua benda. Saya ada hak nak lindungi diri saya sendiri. Saya ada hak bersuara. Saya tak takut lagi dengan golongan besar kepala macam korang ni!"

"Aku dah cakap aku tak pernah sebelahkan Noora. Tapi aku nak kau jaga sikap kau, Mawar. Makin lama aku tengok kau ni yang makin besar kepala."

"Kenapa? Awak nak jaga hati Noora? Noora tu siapa? Datin Ammara tu siapa? Datin Ammara hampir nak pukul saya. Awak nak saya buat apa? Diamkan diri? Awak ingat saya ni apa? Awak siapa?!"Tengking Mawar dengan besar depan muka Hayden. Dada lelaki itu dijadikan sasaran. Ditolak ke belakang secara kuat.

"Okey, okey!"Hayden mengalah.

"Okey. Calm down."Buku lima Mawar yang tangkas dan lincah menumbuk dadanya ditangkap teguh.

"Datin Ammara nak pukul saya! Awak masih nak sebelahkan mereka sebab kejadian semalam tu, kenapa? Saya dah cakap saya tak akan jumpa mereka untuk minta maaf. Awak paksa untuk minta maaf sebab nak jaga air muka awak. Saya tak akan minta maaf!"

"Bertenang, Mawar."

"Saya tak benarkan mereka pijak maruah saya. Noora dah ambil suami saya dan awak dah serahkan penjagaan Nathan sepenuhnya dekat dia. Sampai bila saya nak biarkan maruah saya kena pijak?!"

"Okey, fine. Aku berpihak dekat kau sekarang ni. Aku dah tutup mulut dan sekarang ni, aku nak kau tutup mulut. Tutup mulut kau!"Tegas Hayden.

"Kali ni, saya tak akan tutup mulut lagi! Saya tak bodoh lagi! Saya tak akan diam lagi macam sebelum ni! Ya, saya tak ada sesiapa dalam dunia ni. Mama saya dah tinggalkan saya. Kakak saya dah tinggalkan saya! Yang tinggal cuma ayah saya yang sedarkan diri lagi. Kos rawatan ayah saya yang koma dekat hospital awak yang bayar. Saya kena berdiam sebab kena jaga muka awak. Kalau tak, saya akan dihukum! Awak ketepikan hak saya nak jaga Nathan!"

"Sekarang ni—"Mawar berpaling ke arah pintu pejabat yang tertutup rapat. Berkunci atau tidak, dia tetap mahu meloloskan diri sangkar neraka Hayden.

"Saya nak pergi."Cetus suara Mawar selang beberapa minit. Mendalam. Air mata yang hampir jatuh dilap. Langkah terus dihayun tanpa peduli Hayden yang terpaku tapi meruap bengang.

"No. Kau tak boleh pergi kalau urusan kita belum selesai!" Kuasa veto Hayden mendadak keluar selepas Mawar kelihatan terkocoh-kocoh hendak meninggalkan ruangan pejabat.

"Awak dah dapat Nathan. Pernikahan awak dengan Noora dah sah. Apa lagi yang awak nak dari saya? Cukuplah kurung saya macam binatang. Saya akan buat tuntutan cerai dekat mahkamah!"Mawar menarik geram pergelangan tangannya dari rentapan Hayden yang kuat.

"Cerai, cerai, cerai! Memang tak perkataan lain yang lebih bagus lagi keluar dari mulut kau, perempuan? Aku tak akan ceraikan selagi perkara yang aku nak dari kau aku belum dapat lagi!"Hayden ketap rahang.

"You're scary person!"Jerit Mawar.
Gila apa syarat bodoh Hayden itu. Syarat tak boleh pakai. Syarat yang merendah-rendahkan dirinya. Tidak sedar kerana ingin melarikan diri,  Mawar telanggar sebuah meja di depan pintu.

Prang! Sebuah pingat yang diperbuat dari kaca terus pecah berderai di atas lantai. Pantas ,tangan Mawar menyambar beberapa bilah serpihan pingat tadi untuk mempertahankan diri dari Hayden yang ingin memeluk tubuhnya.

"Aku tak akan menakutkan kalau kau tak langgar syarat apa yang aku dah tetapkan sebelum ni. I'm a good person, Mawar. You don't know me well..." Hayden tangkap permukaan tajam pingat tadi dalam tangan Mawar yang hampir menikam anak matanya.

"Hayden,"

"Tangan awak."

"Tangan awak berdarah."Bak terjaga dari satu mimpi, Mawar segera melepaskan serpihan kaca tajam tersebut tatkala matanya menangkap lelehan berwarna merah keluar dari genggaman Hayden.

"Sekarang pilihan ada dalam diri kau sendiri. You want to stay or want to leave... "Getus Hayden.

"Hayden, tangan awak luka teruk. Saya—"Mawar berputar pada topik tapak tangan Hayden yang terkoyak. Darah galak menitis-nitis galak ke lantai akan tetapi, lelaki itu masih nampak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Kau yakin nak tinggalkan Nathan? Kau yakin nak tinggalkan aku? What if you fall in love with this scary person?"

Mawar kelu. Tubuh terasa dipaku keras di depan Hayden. Terasa tangan berdarah Hayden mengusap lembut permukaan kulit pipinya dan terus lari ke bibirnya. Sedar tidak sedar, bibir hangat Hayden kini sudah menjelajah bibirnya. Kucupan yang lembut itu membuai Mawar seketika. 

"Don't leave me."Suara garau Hayden memecah hening. Berbisik perlahan di pendengaran wanita itu.

Mawar hampir terlena di dalam dakapan Hayden dan elusan syahdu Hayden pada ubun-ubunnya membuatkan adrenalinnya kembali tenang.

Ktak! Tiba-tiba, bunyi seutas gari dan kekekan jahat Hayden berdendang membuatkan Mawar terjaga dari mimpi siang hari. Sedar-sedar,kedua belah tangannya siap digari ke belakang.

"Hayden?"Mawar terpinga sendiri. Terkebil-kebil melihat Hayden yang sedang mengelap selamba darah likat pada tapak tangan dengan sehelai tisu.

*****
01.06.2021
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now