20

53 1 0
                                    

Hi.

Terima kasih kerana sudi sambung baca kisah si loser yang masih belum move on dari cinta pertama zaman kanak-kanak dia ni.

Loser?

Aku lebih suka digelar setia.

Walaupun nampak macam bodoh, tapi siapa je yang mudah dapat lupakan cinta pertama?

~~~~~

Aku parkir kereta di kawasan parkir awam. Kena menapak jauh sedikit untuk sampai ke lobi utama. Aku capai pelitup muka dan botol kecil hand sanitizer. Dua benda ini menjadi item penting setiap kali aku keluar dari rumah.

Sejak dunia digemparkan dengan virus COVID-19, hospital ini jadi jauh lebih sesak dari sebelumnya. Hampir setiap hari kedengaran siren ambulans berkejaran di Bahagian Kecemasan. Warga tua, orang dewasa, kanak-kanak malahan bayi turut terkesan dengan pandemik luar biasa kali ini.

Aku melangkah menuju kantin. Nasib aku agak baik kerana tak ramai orang yang berada di kantin pada waktu begini. Boleh lah aku pilih meja mana yang lebih sesuai. Tisu basah dikeluarkan dari beg dan aku mula mengelap meja - membersih dan menyahkuman. Ada dua tiga pasang mata yang memandang tetapi mereka kemudiannya membiarkan aku sendirian.

Aku senyum senang. Dulu, setahun yang lepas, sekiranya aku mengelap meja sebegini, pasti aku digelar 'perfectionist' dari mata-mata yang memerhati. Ada juga soksek-soksek kedengaran yang mengutuk malah memfitnah aku sebagai orang yang mengada-mengada dan konon pembersih sangat.

Apa yang salah dengan membersihkan meja sebelum duduk makan?

Ah, kalau nak difikir akan orang, sampai kiamat juga masih belum habis.

Tiffin saiz kecil dengan empat bahagian aku letak di atas meja. Aku buka satu persatu, meletakkan bahagian atas sekali yang berisi telur dadar, bahagian kedua sayur campur dengan isi udang, bahagian ketiga nasi putih, dan paling bawah semangkuk ayam masak merah.

Semua ini aku yang masak. Hari ini hari minggu. Aku cuti tapi aku isikan masa di sebelah petang untuk datang ke sini.

Iya, aku tak sepatutnya datang. Besar risiko terkena jangkitan virus. Apatah lagi dengan keadaan hospital yang kritikal dan ketidakmampuan menerima pesakit yang semakin hari semakin ramai.

Tapi aku ke sini hanya untuk ini. Untuk memastikan dia makan.


"Awak... dah lama sampai?". Suara itu. Suara kepunyaan dia. Senyum terbit dari bibir aku.

"Baru je. Meh duduk. Makan." aku pelawa ringkas namun nada aku jelas berharap agar dia sudi duduk berhadapan aku.

"Orang tak boleh lama. Patient ramai" dia seperti serba salah.

Aku bukan budak-budak yang perlu dipujuk dengan sentuhan atau belaian. Riak wajah dia cukup membuat aku faham akan keadaan dan kekangan yang dia hadapi.

"Tak apa. Nanti makan" aku kembali meletak tiffin ke aturannya. Ayam, nasi, sayur, telur; dan aku tekan biar terkunci rapat.

"Jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan lupa makan" aku hulur tiffin itu ke tangan dia.

"Sorry" ringkas ucapnya namun ia melegakan hati aku. Aku faham kerjaya dia. Betapa sibuknya hari dia. Urusan kerja yang takkan pernah habis.

Mangkuk tingkat bertukar tangan. Aku senyum segaris. Harapnya dia akan makan. Aku tahu kadang dia tak sempat makan. Sebab itu aku seboleh-bolehnya nak hantar makanan pada bila-bila masa yang aku mampu. Especially hari cuti aku.

Sebab apa?

Sebab aku tahu aku takkan ada peluang nak ajak dia keluar.

Dan sampai hari ini, walaupun dah setahun berlalu, aku masih belum berani nak ajak dia keluar.
Cukup sekadar maksimum setengah jam, makan di kantin ini sambil berborak isu ringan, buat lawak agar dia ketawa untuk mengurangkan stress kerja dia.

Itu dah mencukupi bagi aku.


"Orang gerak dulu. Jangan buat muka macam tu... lagi sakit patient bila tengok" gurauan sebegini selalu aku buat agar kurang rasa bersalah dalam hati dia.

Dia mencebik geram kerana diusik. Kemudian dia pandang aku. "Thanks bawakkan makanan".

Aku yang sepatutnya ucap terima kasih pada dia. Sebab masih cuba adakan masa berjumpa dengan aku. Sekurang-kurangnya terubat rindu aku.

"Jumpa lagi bila-bila awak free" aku bangun dari tempat duduk.

"Nanti orang bagitau. Tiffin ni macam mana?"

"Macam biasa." aku melambai dan melangkah keluar dari kantin.

'Macam biasa' itu maksudnya selepas makan dan cuci, dia akan tinggalkan bekas itu di kedai serbaneka yang terletak bersebelahan lobi hospital. Dan aku akan datang untuk ambil semula keesokan harinya.

Akak pekedai itu pun dah kenal aku. Kadang sengaja aku beli sedikit makanan dan tinggalkan pesan - jika dia datang tumpang letak mangkuk tingkat, berikan makanan ini pada dia. Akak dapat sales, dia dapat makanan, aku pun happy.

Win-win-win situation.

Dan aku akan tersenyum sendiri bila nota ringkas balasan terima kasih diselit bersama dalam tiffin carrier.


'Terima kasih daun keladi, gulai ayam tadi sedap nanti hantar lagi' - April 25

'Makan tak kenyang tidur tak lena tipu belaka... lepas makan rasa mengantuk pula.. food coma' - March 21

'Harini tak habis makan sebab busy. Tapi kawan-kawan nampak lepas tu makan sekali. Terus habis licin semua yang tinggal cuma lidi' - March 4

'Sedap. Tapi nasi banyak sangat. Nak panggil kenduri ke?' - February 7

'Lain kali tak payah susah-susah hantar. Kesian awak. Terima kasih. Orang kenyang. Kenyang gila'- January 24

'Orang segan awak hantar makanan macam ni. Tapi sebab sedap, orang dah tak segan lagi' - January 10


Di tahun ke 20 menyayangi seseorang.




DUA PULUHWhere stories live. Discover now