24 | VICTORIAN-ERA NIGHT

Start from the beginning
                                    

"Loire' Valley? Saya tak pernah dengar nama chateau tu. Sorry, saya tak berapa ingat sangat chateau yang Gambino ada di Perancis."

"Sekali sekala kau bawa suami kau ziarah dan sama-sama tuai anggur."

Mawar mengekek tawanya. Dalam mimpi lah Hayden nak bawa dia ke Perancis untuk tuai anggur. Nak bermain kejar-kejar cinta dalam kebun anggur pun mungkin mustahil.

"Awak macam dah lama kenal saya. Awak pernah nampak saya dalam villa ni?"

"Tahun lepas, papa ada hantar gambar wedding kau dengan Hayden. Aku tak pernah kau nampak secara depan macam ni. Kau cantik sama macam dalam foto."

"I knew your sister."

"Oh, jadi awak kenal dengan arwah Rossa?"

"Aku pernah nampak arwah dua kali aje."

Mawar kemam bibir. Bertumpu mata dengan Hades. Diam.

"I'm sorry for your loss, Madam. Tuhan lebih sayangkan dia."Simpati Hades.

"Saya redha, Hades."

"Aku tak nampak kau dekat masjid pagi tadi. Kau tak datang ke?"

Mawar sengih tawar. Kalaulah lelaki ini tahu bahawa dia telah dilarang dari ke masjid untuk melihat akad nikah oleh si setan itu... Semalam, awal-awal lagi Hayden sudah melarang keras dia menginjak kaki ke masjid. Asbabnya Mawar tak tahu. Tapi, apa Mawar peduli? Tak penting.

"Saya memang tak ada plan nak pergi. Saya memang plan pergi malam ni aje."Sela wanita itu.

Hades senyum halus. Tak ada plan atau ada krisis peribadi dengan anak haram itu? Pada pandangan dia, Mawar seorang wanita yang kuat tapi sedikit dungu. Malah, mudah sangat didekati.

"Allright, jomlah masuk. Majlis dah nak start tak lama lagi."Hades bawa Mawar masuk ke dalam ballroom yang telah dipenuhi orang ramai.

Tepukan gemuruh memenuhi suasana diselangseli suara pengerusi majlis. Ada dua mempelai sedang menuruni tangga. Mawar kaku. Hayden sangat segak menggayakan suits cravats Perancis Era Victoria.

"Kalau kau tak selesa, aku boleh bawa kau jauh dari sini."Bisik Hades sebelah telinga Mawar. Mustahil Mawar kuat melihat persandingan sang suami dengan wanita lain atau Mawar ini hatinya memang sudah beku?

"Saya selesa dekat sini."

"You're beautiful woman with strong heart."Hades jeling muka cantik Mawar.

Mawar menguntum lorekan nipis di bibir. Kuat? Separuh kuat, separuh rapuh. Hayden tetap dengan keputusannya untuk mengahwini Noora.

"Cara awak layan saya macam kita ni dah lama kenal."Mawar menyipu malu.

"Kalau begitu jom kita kahwin. Aku janji tak buat hal macam suami kau kahwin banyak isteri."Seloroh Hades nakal.

Mawar sengih kekok dengan gurauan Hades. Anak mata dililau takut ada sesiapa terdengar perbualan mereka. Mampuslah kalau ada sesiapa dengar. Boleh menimbulkan fitnah! Ish, memang tak lah!

"Where is David?"Suara garau nada serius menyapa Mawar dan Hades yang sedang bergurau senda dan sakan bergelak tawa.

"Relax , bro. Aku boleh handle isteri kau ni malam ni."Biadab, Hades bisik sesuatu dalam telinga Hayden. Tubuh Hayden dipeluk. Ketawa sinis terburai.

"Congratulations."Bahu Hayden ditepuk.

"Thank you and I didn't fucking ask you."Hayden tolak sopan tubuh Hades bersama air muka dingin dan jelingan tajam.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now