"Baik bos." Arya terus mengambil Aidan daripada dukungan suaminya. Belakang badan Aidan ditepuk lembut, tidak mahu anaknya itu terjaga. Setelah itu, Arya terus masuk ke dalam bilik itu. Bilik arwah orang tuanya.

Katil besi bersaiz queen yang terletak di tengah-tengah bilik itu dihampiri. Sebelum tubuh Aidan dibaringkan, dia mengibas terlebih dahulu tilam itu bagi menghilangkan habuk. Setelah itu, barulah tubuh kecil Aidan dibaringkan di atas tilam itu. Kemudian Arya melabuhkan punggungnya di birai katil. Segenap ruang bilik itu dijelajah oleh bebola matanya. Tiada apa yang berubah. Sama saja. Bibirnya ukir senyum, namun tubir mata bergenang dengan air. Perasaannya bercampur-baur ketika itu. Ada rasa gembira, ada juga rasa sedih. Rindu orang tuanya. Terbayang wajah dua insan itu di ruang matanya. Suara mereka juga terngiang-ngiang di telinga. Rindu pada orang yang sudah tiada itu memang menyakitkan.

"Arya..."

Lamunan Arya terhenti apabila suara garau itu menyebut namanya. Dia menoleh ke arah pintu. Melihat susuk tubuh Rayyan di situ, dahinya berkerut halus. "Ya hubby, kenapa?"

"Daniel tanya tandas kat mana. Yang kat dapur tu bilik air je," ujar Rayyan seraya melangkah masuk ke dalam bilik bersama beg pakaian di tangan kiri dan kanan.

"Tandas kat luar rumah. Yang macam pondok tu. Tulah tandas. Mana ada tandas dalam rumah," jelas Arya.

"Seriuslah tu tandas? Kalau nak berak kat situ?" soal Rayyan bersama wajah tidak percaya.

"Yalah. Tulah tandas. Kenapa? Takut?" Arya jongket kening seakan mengejek.

Rayyan berdehem kecil. "Bukan Rayyan Louise kalau penakut. Aku bagitahu kat Daniel sekejap." Sejurus itu Rayyan terus keluar semula dari bilik itu.

Arya tergelak kecil. Dia bangun daripada duduknya. Beg pakaian yang diletakkan oleh Rayyan di atas lantai diangkat dan dibawa ke almari. Baru saja dia hendak membuka pintu almari, jeritan nyaring seseorang kuat menyapa pendengarannya. Bergegas Arya melangkah ke arah tingkap. Selak di bahagian atas dibuka lalu dikuak sedikit daun tingkap itu. Dia menjengah ke luar rumah. "Kenapa tu?"

Rayyan, Daniel dan Isyraf yang berada di luar tandas itu menoleh kepala masing-masing.

"Err, entah. Tiba-tiba je dia jerit." Isyraf menjawab.

Arya terangguk kecil. Matanya memandang ke arah tandas. Pintu tandas yang tadinya tertutup rapat dibuka kasar. Susuk tubuh seseorang keluar daripada dalam tandas. "Tuan Rafiq okay ke tu?"

"Banyak lipaslah dalam tandas ni. Taguna betul! Menakutkan orang!" hambur Rafiq.

"What? Lipas?" soal Daniel. Riak wajahnya sudah berubah cuak.

"Iya iyalah. Ada ke patut dia keluar daripada lubang tandas tu. Gila!" omel Rafiq. Peluh yang merenik di dahinya diseka kasar. Dasar lipas tak guna! Terbantut niatnya mahu melepaskan hajat.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Rafiq, Rayyan, Daniel dan Isyraf saling berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing menelan liur. Lipas...

Arya yang masih berdiri di tepi tingkap itu mula jongket kening. Pelik apabila melihat wajah empat lelaki itu. Wajah takut. Beberapa saat kemudian, tawanya kedengaran.

"Yang kau ketawa ni kenapa? Fikir lawak ke?" soal Rafiq bersama wajah tidak puas hati.

"Takut lipas ke tu?" Selamba Arya memerli. Terherot senyuman mengejek di bibirnya.

"Diam!" Serentak Rayyan, Daniel, Rafiq dan Isyraf bersuara.

Semakin galak Arya ketawa. Sedikit pun dia tidak takut dengan pandangan tajam daripada empat lelaki itu. "Muka je hot, badan tough, tapi takut lipas rupanya. Kasihan... Bikin malu kaum lelaki," ujarnya selamba.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now