Rayyan toleh sedikit. Kemudian dia pandang semula ke wajah Arya. "Diorang nak ikut sekali. Boleh?" soalnya terus.

Dahi Arya berkerut halus. "Ikut? Balik kampung saya?"

"Yes."

"Seriuslah? Kenapa nak ikut pula..." gumam Arya sambil garu keningnya. Pelik pula.

"Nak rasa suasana kampung. Biar jelah. Sekurangnya aku ada kawan nanti. Tak adalah krik krik je kat sana." Selamba Rayyan menjawab. Tidak menunggu balasan daripada Arya, dia terus masuk ke dalam perut kereta.

Sementara Arya masih lagi tercegat di tempatnya. Tidak lari matanya daripada memandang ke arah kereta berwarna merah itu.

"Arya, masuk! Nak gerak ni!"

Mendengar suara Rayyan, Arya hela nafasnya. Malas mahu memikirkan apa-apa, dia masuk ke dalam kereta.

"Dah? Ada apa-apa tinggal?" soal Rayyan menginginkan kepastian.

"Tak ada. Semua dah cukup," balas Arya. Tali pinggang keselamatan dipakai.

Rayyan angguk kecil. Melalui pantulan cermin pandang belakang, dia memandang Daniel. "Kau, ada apa-apa tinggal tak?" soalnya kepada si adik.

Daniel yang sedang melayan Aidan melihat kartun di telefon bimbit angkat wajah. "Abang tanya apa?"

"Ada barang tinggal? Kalau ada, pergi ambil. Aku malas nak patah balik nanti," jelas Rayyan.

Daniel diam sejenak. Beberapa saat kemudian, dia geleng kepala. "Semua cukup dah."

"Good. Boleh gerak?"

"Sure! Let's go! Balik kampung!" Arya menjerit teruja.

Tergeleng kepala Rayyan melihat telatah si isteri. Dia toleh ke kanan. Menggunakan bahasa isyarat, dia berbicara dengan Rafiq yang berada di dalam kereta di sebelah keretanya itu. Setelah itu, barulah keretanya dipandu keluar daripada perkarangan rumah agam itu.

"Hubby..."

Rayyan berdehem pendek menjawab panggilan daripada Arya. Pandangannya ditumpukan pada jalan raya.

"Hmm, saya lupa nak cakap. Rumah kampung saya tu ada dua bilik je tau."

Dahi Rayyan berkerut sedikit. Sekilas dia menoleh ke arah Arya. "Dua bilik?"

"Iyalah. Saya mana ada adik beradik lain. Jadi, dua bilik jelah. Satu bilik arwah parents saya, satu lagi bilik saya," jelas Arya.

Rayyan terangguk-angguk kecil. "Jadi, apa masalahnya dengan dua bilik?"

Arya mengiringkan sedikit tubuhnya menghadap Rayyan. "Jadi, Daniel kena kongsi bilik dengan Tuan Rafiq dan Isyraf lah. Kita tidur bilik arwah parents saya. Daniel bilik saya. Tapi, biliknya kecil. Kalau diorang tak nak kongsi bilik, tidur kat ruang tamu jelah. Bentang toto," jelasnya.

Rayyan diam sejenak. "Daniel..."

"Yes?" Daniel menyahut tanpa memandang ke arah abangnya.

"Kau dengar apa Arya cakap?" soal Rayyan. Dia memandang sesaat ke belakang.

"Apanya?" soal Daniel dengan wajah blur. Kali ini, barulah dia memandang wajah abangnya.

Rayyan mengeluh kecil. "Kat kampung Arya, kau kena kongsi bilik dengan King, dengan Raf. Boleh?"

"Kongsi bilik?"

"Ya. Rumah saya tu bilik tak banyak. Ada dua je. Awak kongsi dengan Tuan Rafiq dan Isyraf." Arya mencelah.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن