CHAPTER 1

1.4K 50 5
                                    

Dahlia

Saya perhatikan Camelia bekerja dengan tekun menghantar minuman yang telah dipesan oleh pelanggan di kelab Ruby. Saya sangat bahagia memiliki anak seperti Camelia. Hari ini genap umurnya 22 tahun. Saya tidak sabar mahu menyambut hari jadi anak gadis saya. Semua sudah dirancang selama 1 minggu awal dan sudah tiba waktunya untuk meraihkannya.

"Cam.. Cepat sini tolong mama angkat minuman ne ke bilik no. 1"

"Ok ma. Eh.. Ada V.I.P ne malamkah?"

"Ya sayang. Cepat pergi sana. Mama mau tolong Aunty Nita dulu urus budak baru masuk."

"Budak baru? Siapa, Ma? Masih mudakah? Lelaki? Perempuan?"

"Ini budak.. Sana.. Jangan banyak tanya."

Saya terpaksa bohongi Camelia. Pantang dengar ada budak baru masuk. Budak baru ne bermaksud pekerja baru. Biasa kalau budak baru, mesti Camelia suka . Kelab ne bukan kelab biasa. Kelab ne bernama Ruby dan yang paling terkenal di kawasan bandar Honolulu, Hawaii. Saya ne salah satu pengurus di sini dan Camelia pula bekerja sebagai pelayan.

Saya sebenarnya melarang Camelia berkerja di sini sebab bekerja di sebuah kelab malam pasti akan dipandang buruk oleh masyarakat. Sudahlah kelab ne turut menyediakan perkhidmatan kupu-kupu malam, pasti makin serong pemikiran orang-orang yang ada di sekeliling Camelia kalau tahu dia bekerja di sini. Saya tidak ingin melihat orang memandang serong terhadap anak saya.

Walaupun di siang hari penampilannya amat berbeza di waktu malam, saya tetap tidak senang hati Camelia bekerja di Kelab Ruby. Saya mahu yang terbaik untuk anak perempuan saya dan biarlah dia menjalani kehidupan yang biasa-biasa saja.

Cukuplah sewaktu dia sekolah dahulu, selalu kena hina dan kena tuduh macam-macam sebab saya pernah menjadi kupu-kupu malam. Bukan saya suka pun jadi kupu-kupu malam. Saya telah dijual oleh keluarga angkat saya dan dalam perjanjian tersebut, saya perlu menjadi kupu-kupu malam untuk tempoh 15 tahun. Lamakan tapi ini kehidupan saya. Untung ada Camelia menyerikan hidup saya.

Ok cukup kisah menyedihkan. Sekarang mesti mahu tumpuhkan perhatikan. Anak mata saya mengikuti pergerakan Camelia. Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik tersebut, dengan pantas saya memanggil Anita.

"Nita.. Sudah siapkah? Cam dah masuk dalam bilik tu. Kita mesti cepat. Troy pasti tidak dapat menahan Camelia lama-lama di dalam bilik tu."

Troy (salah satu kupu-kupu malam dan juga kawan baik Camelia. Troy ne pondan orangnya dan sudah ubah 100% termasuk jantinanya. Jadi dia ne memang cantik macam miss world. Sentiasa jadi rebutan di Kelab Ruby sebab dia pandai melayan pelanggan yang melanggannya.)

"Tenang Lia. Siap dah. Saya atur di bilik No.5. Kau jangan takutlah. Saya pun mahu pastikan yang perfect untuk anak saya juga."

"Eh.. Memandai kau sana. Dia anak sayalah."

"Anak kita berdualah. Hahaha.."
(Anita gelak sambil memeluk saya).

Saya tersenyum sambil membalas pelukkan sahabat baik saya ne. Saya mengimbas kembali kenangan 22 tahun lalu.

Ketika itu saya baru saja selesai melakukan pekerjaan sebagai seorang kupi-kupu malam di sebuah hotel yang terkenal di pusat bandar. Setiba di pintu masuk rumah, saya terdengar suara tangisan bayi menangis yang kuat sekali. Kan malam, sudah semestinya saya takut. Maklum saja kawasan perumahan saya ne bukannya mewah. Jadi saya pun takutlah dan dengan pantas saya menelefon sahabat saya, Anita untuk keluar dari rumah sebentar.

Sebaik saja melihat kelibat Anita, dengan sepantas kilat saya menarik tangan Anita sambil menunjuk ke arah kawasan semak samun.

"Nita. . Cuba kau dengar macam ada suara bayi menangiskan atau itu suara hantu?"

A Sense of LoveWhere stories live. Discover now