“Kampung?” Berkerut sedikit dahi Rayyan.

Arya angguk kepala seperti burung belatuk.   “Kampung saya.  Kat Perak sana.  Rumah arwah parents saya.  Boleh?”

Rayyan diam sejenak.  Dia cuba menghadam setiap kata-kata isterinya.  “Tak naklah.  Aku tak suka kampung.  Rimas.  Banyak nyamuk.  Susah.” Selamba dia menjawab. 

Mata Arya membulat sedikit sebaik mendengar jawapan suaminya.  “Ala, bolehlah hubbyPlease...” Kedua tangan Rayyan digoncang.

No.  Dah, pergi tidur.  Aku nak sambung kerja.” Rayyan tarik tangannya daripada pegangan Arya. 

Hubby, please...” Arya masih tidak mahu mengalah.  Wajah sedih ditayang, mahu meraih simpati si suami. 

Rayyan buat tidak endah.  Dia kembali menumpukan perhatian pada kerja yang tertangguh dek melayan isterinya tadi.

Hubby...  Saya nak balik kampung...” Arya merengek kecil. 

“Tak dengar tak dengar.”

Arya ketap gigi.  Kecil besar kecil besar saja dia pandang suaminya ketika itu.  Dek kerana terlalu geram, dengan selamba lengan Rayyan digigitnya kuat. 

“Hoi!” Rayyan tolak kepala Arya menjauh.  Lengan yang terasa perit akibat digigit itu diusap.  Dasar vampire!

“Jangan cakap dengan saya lepas ni!  Saya merajuk!” bentak Arya.  Dia bingkas bangun daripada duduknya.  Bersama kaki yang sengaja menghentak lantai, dia melangkah ke arah pintu. 

Rayyan sekadar memandang dari tempat duduknya.  Melihat Arya sudah membuka daun pintu, bahunya dijongket sebelum dia menyambung semula kerjanya.  Biarkan.  Benda boleh biar.  Mudah kan?

Hubby!”

Bahu Rayyan terhinjut apabila jeritan nyaring itu tiba-tiba saja kedengaran.  Bebola mata yang sedang memandang skrin beralih seketika.  Berkerut dahinya apabila melihat Arya berdiri di muka pintu.  “Kau kenapa?  Bukan dah keluar ke tadi?”

Arya masuk semula ke dalam bilik.  “Kenapa tak pujuk saya?  Pujuklah saya!  Saya merajuk ni!” ujarnya sambil berpeluk tubuh.  Mencerlung matanya memandang wajah Rayyan.

“Huh?  Pujuk?”

“Yalah.  Pujuk saya!  Sekarang!” Tegas Arya. 

Rayyan buat wajah seposen.  “Daripada aku bazir masa pujuk kau, baik aku siapkan kerja,” ujarnya selamba. 

Hubby!”

“Keluar sana.  Syuh syuh.  Jangan ganggu.” Rayyan membuat gaya tangan seperti menghalau kucing. 

Arya gigit isi dalam pipinya.  “Bencilah!  Saya merajuk!” hamburnya lantas memusingkan tubuh.  Laju kakinya melangkah ke arah pintu.  Daun pintu sengaja dihempas kuat.  Geram!  Ada suami pun beku namatey!

****

ABANG!”

Rayyan yang sedang membelek fail yang bersusun di atas kabinet menoleh.  Melihat gerangan yang masuk ke dalam bilik pejabatnya itu, dia sambung semula kerjanya. 

“Abang, ni air.  Kakak suruh bagi kat abang tadi,” ujar Daniel lalu meletakkan mug berisi nescafe panas di atas meja kerja Rayyan.

Tingkah Rayyan terhenti sejenak.  Tubuhnya dipusingkan.  Mug di atas mejanya dipandang.  Kemudian wajah Daniel dipandang.  “Kenapa dia suruh kau?” soalnya pelik.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now