Aku melekapkan tanganku pada permukaan ais itu dan rekahan berlaku lalu memecahkan dinding ais. Melihat dari keadaan Blizzard yang cedera parah dan darahnya membuatkan air tasik itu menjadi merah aku terus menggunakan kuasa penyembuhku kepadanya. Dia masih tidak sedarkan diri walaupun aku gunakan kuasa penyembuhan itu memaksaku membawanya ke daratan. Setibanya aku di daratan, Snowy dan Leavy terus bergegas mendapatkan kami.

"Blizzard!! Bangun!!" jerit Snowy resah menolakku ke tepi dan cuba membangun Blizzard. Kawasan ini masih sejuk namun dengan kehadiran Leavy kawasan ini hanya sejuk tanpa salji. Blizzard mula perlahan-lahan bangun dari pengsannya dan memandang Snowy.

"Snowy... itu kamu?" soalnya dalam keadaan separa sedar. Snowy mengangguk laju sambil menangis dan kelihatan lega apabila Blizzard mengenalinya.

"Master... saya perlu selamatkan dia," ucap Blizzard dan cuba bangun dari baringnya. Melihatnya dapat berdiri dengan baik meyakinkan aku bahawa dia tidak apa-apa.

"Tuan kau selamat cuma... kerajaan di mana tempat tuan kau tinggal dah dimusnahkan. Aku tak tahu ke mana penduduk yang lain dan tuan kau pergi. Mungkin mereka ke kerajaan jiran," balasku memberi informasi membuatkan aku berasa bersalah.

"Maksud kamu mereka sekarang mungkin menjadi pelarian?" soal pula Leavy.

"Kita tak boleh berada lama di sini... mereka mungkin sudah mengesan saya di sini, sebahagian dari mereka cuba mendapatkan tulang dari saya dan salah seorang dari mereka adalah 'dragon slayer'," balas Blizzard dengan resah.

"Ya, kamu semua perlu pergi ke tempat yang selamat dan aku perlu kembali ke kampung untuk lindungi penduduk aku dan juga heroes," balasku mula serius.

"Lindungi dari siapa?" Soal Snowy.

"Saya dengar dari alam semasa dalam perjalanan ke sini. Apes cuba memburu kita, naga lagenda. Mungkin mereka juga menyasarkan papa dan adik beradik kita yang lain," ujar Leavy. Leavy boleh mendengar berita penting melalui tumbuhan selagi tumbuhan hidup di kawasan tersebut. Mungkin dia mendengar berita tentang Blizzard sebab itu dia bergegas ke sini.

"Bagaimana dengan mama?" Soalku turut resah. Mereka bukan sahaja menyasarkan aku tapi semua keturunan naga lagenda. Mungkin mereka cuba menyeru dan buka portal ke dunia aku secara besar-besaran.

"Kita tak perlu risau tentang mama, kumpulannya akan lindungi mama malah mereka dapat mengesan bahaya lebih cepat dari naga lain," terang Leavy lagi.

"Kakak ada dengar berita tentang mana-mana Demon Lord?" Soalku lagi.

"Demon Lord... Biar kakak tanya," balas Leavy lalu menghadap salah satu pokok di hadapan kami. Tiba-tiba sahaja pokok-pokok di sekelilingnya bergoyang seakan menjawab soalan itu.

"Ya... Ada tiga Demon Lord yang telah ditumpaskan. Seekor dari hutan Darkwood, Lord Venera yang ditumpaskan oleh kumpulan hero dari kerajaan Sladith. Seekor dari Phantom Abyss, Lord Dravil ditumpaskan oleh kumpulan hero dari kerajaan Thohasian dan seekor dari hutan Audra, Lord Noaa ditumpaskan oleh kumpulan hero dari kerajaan Asiraid," terang Leavy membuatkan aku terkedu. Apa yang dikatakannya sememangnya di luar jangkaan aku. Di luar sana, masih ada kumpulan hero? Berapa ramai yang diseru lagi ke dunia ni?

"Kakak mengesan beberapa apes yang menuju ke sini. Mari ikut kakak sembunyi," ujar Leavy lalu mewujudkan satu lubang di bawah tanah.

"Saya... Perlu kembali ke kampung dengan segera," ujarku lalu terus meninggalkan mereka dan bergegas pergi. Walaupun mereka memanggilku, aku abaikan mereka kerana fikiranku mula kacau memikirkan keselamatan kampung. Kalau askar yang dihantar dengan kumpulan heroes yang lain. Ia memang satu berita buruk.

Aku terlalu ambil mudah dan salah jangka. Aku patut fikir tentang kemungkinan yang bukan mereka sahaja heroes yang berada dalam dunia ini. Apa aku boleh buat kalau mereka tiba dahulu?

Sementara itu,

"Macam mana tempat ni boleh penuh dengan SpiUr?" Soal salah seorang hero yang baru menikam seekor SpiUr. Terdapat banyak lagi mayat SpiUr yang dibunuh oleh tiga orang heroes tersebut.

"Aku tak tahu... Haih aku nak cepat-cepat dapat habuan skil dari naga lagenda tu. Ahhh... Kalau dia terlalu kuat sehingga panggil kumpulan hero dari kerajaan lain tentu habuannya turut besar," ujar seorang lagi hero.

"Agak-agaknya ia lebih kuat ke dari demon lord yang kita kalahkan? Ha Dagger9?" Soalnya kepada salah seorang hero yang memotong kaki SpiUr dan cuba menguji ketajamannya.

"Aku cuma mahu kuku atau giginya saja untuk jadikan pisau belati aku. Kalau dia lebih kuat dari demon lord, ya... Tentu menarik," ucapnya dengan wajah tidak berperasaan.

"Hahahha! Seperti yang kita jangka dari ketua kita. Mari kita laporkan yang laluan di sini selamat," balasnya lagi dan mereka meneruskan perjalanan mereka.

Di satu sudut, Tyra hampir tidak sedarkan diri dengan mayat pengikutnya di sekelilingnya. Kejadian itu dirasakan tidak ada beza semasa dia diserang humana sebelum ini. Dia diserang dengan beribu rasa bersalah dan kesal malah mengharapkan Rain datang menyelamatkannya sekali lagi.

"Maafkan patik, tuan muda. Kami gagal," ucapnya dengan air mata mengalir. Serangan itu tamat dalam sekelip mata dan mereka langsung tidak sangka hero bertahap tinggi menyerang mereka.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now