“Mana Daniel ni?  Lamanya pergi tandas.” Arya mengomel tiba-tiba.

Rayyan menoleh ke arah isterinya.  Kemudian dia kerling jam di pergelangan tangannya.  Satu keluhan kecil dilepaskan.  “Jomlah.  Aku hantar kau ke kereta.  Lepastu aku pergi cari Daniel sekejap.  Boleh?”

Arya diam sejenak.  Beberapa saat kemudian, dia angguk kecil.  Penat juga jika mahu tercegat di situ.  Sudahlah ramai orang.

“Jom.” Rayyan meraih tangan kanan Arya.  Dipimpin isterinya itu sehinggalah mereka tiba di tepi kereta miliknya.  Pintu bahagian penumpang hadapan dibuka lalu ditolak tubuh Arya masuk ke dalamnya.  Kemudian Aidan diberikan kepada Arya.

Hubby cepat sikit tau.”

“Iya.  Duduk diam-diam.  Jangan keluar.  Faham?”

“Hmm...  Jangan lama-lama tau.  Kalau hubby lama, nanti saya...” Arya sengaja menggantungkan ayatnya.  Bibirnya dimuncungkan.

“Apa?” soal Rayyan bersama kening terjongket sebelah. 

“Nanti saya rindu.  Hehe.” Arya tersengih tayang gigi. 

Mengecil terus mata Rayyan.  Hidung Arya ditarik.  “Mengada.”

“Hehe.  Dah, pergilah.  Jangan menggatal dengan perempuan lain pulak.  Kalau tak, saya mandulkan hubby.  Faham?”

Rayyan buat tidak dengar dengan apa yang dikatakan oleh Arya.  Dia terus melangkah meninggalkan anak dan isterinya di dalam kereta.  Sambil melangkah, dia membelek telefon bimbit di tangan. 

Buk!

Langkah Rayyan automatik termati.  Dia memandang ke bawah.  Berkerut dahinya apabila melihat sebiji bola berada di hujung kakinya.  Daripada mana pula datangnya bola di dalam bangunan itu?

My ball.”

Mendengar suara halus itu, Rayyan alih pandangan.  Seorang gadis kecil berdiri tidak jauh daripadanya.  Gadis kecil itu dipandang bergilir dengan bola di hujung kakinya itu.  Rayyan menundukkan sedikit tubuhnya.  Bola bercorak Hello Kitty itu diambilnya.  “Your ball?”

Yes.” Terkedek-kedek gadis kecil itu berlari ke arah Rayyan.

“Nah.” Rayyan hulurkan bola di tangannya kepada gadis kecil di hadapannya itu. 

Bersama senyuman, gadis kecil itu menyambut.  “Thank you.”  

Welcome,” balas Rayyan, lembut.

Sorry tadi bola ni kena uncle.” Petah gadis kecil itu berbicara.

Dahi Rayyan berkerut sedikit.  Tidak lari matanya daripada memandang wajah comel itu.  Bukan berwajah Melayu, tetapi pandai cakap Melayu?  Petah pula tu.  Yang lagi pelik, selamba saja gadis kecil itu bercakap dengannya dalam bahasa Melayu walhal dia sendiri bukan berwajah Melayu.  Mungkin dia berfikiran semua manusia tinggal di bumi Malaysia itu pandai berbahasa Melayu.  Pening sekejap.

Uncle?”

Rayyan tersentak sedikit apabila tangannya disentuh.  Dia berdehem kecil, cover macho. “Hmm, yes.”

Sorry okay?” Gadis kecil itu kelip kelopak matanya berkali-kali. 

Rayyan yang melihatnya tergelak.  Kepala gadis kecil itu diusap.  “Where's your parents?”

Mummy dengan daddy ada...”

“Elsa!”

Jeritan nyaring itu memintas ayat yang mahu dikatakan oleh gadis kecil itu.  Rayyan terus memandang ke arah gerangan yang menjerit itu.  Seorang wanita bertudung sambil mendukung seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun. 

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now