ERT TUGASAN 3

198 11 7
                                    

Assalamualaikum semua, terima kasih bagi peserta yang telah memberi kerjasama dan menghasilkan bahagian di dalam Evitras Rose Contest ini.

Sebelum itu, pihak kami ingin mengucapkam tahniah kepada para peserta yang berjaya meneruskan pertandingan ini.

Jadi tanpa membuang masa, kami akan mengemukakan tugasan ketiga yang harus anda semua siapkan sehingga durasi yang telah ditetapkan iaitu:

[2 April - 5 April]

Kami berharap anda dapat melakukan yang terbaik dan selamat
maju jaya kami ucapkan.

_____________***_____________

TUGASAN 1

1) LOGO'S CREATION

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah logo berdasarkan maklumat yang telah ditetapkan:

Tittle : I-Band
Theme : Light or dark
Quotes: We play the Music with our heart
Details:
-Ilustrasi berkaitan dengan Muzik dan Orkestra
- tidak mahu gambar manusia yang sebenar.

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

***

2) COVER & BANNER

Ingat pada tugasan 1 & 2 anda sebelum ini? Anda gunakan wajah seorang manusia sebenar kan? Jadi, pada hari ini ada tugasan yang lebih mencabar.

Anda dikehendaki membuat 3D mock up cover untuk dua buah buku. Untuk kali ini banner tidak perlu dibuat. Anda perlu menghasilkan karya mengikut kriteria yang dikehendaki!

1. Tiada gambar orang!
2. Hanya tulisan!
3. Latar belakang yang menarik
3. 3D mock up book . Sila google untuk ketahui apa itu mock up book.
4. Cover yang lebih kurang seperti buku di pasaran.

Buku 1

Tittle : Suami Kiriman Tuhan 
Author: erynasabella
Theme: light and islamic
Detail: seperti di atas

Buku 2

Tittle :Takdir Menanti Bahagia .
Author: Miss_Izzz
Theme: light or dark
Detail: seperti di atas

Diingatkan kepada peserta. Anda tidak boleh menggunakan cover yang telah dihantar untuk tugasan 1 dan tugasan 2 kerana detail kali ini sangat berbeza.

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

***

3) Cover Style Novel

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah cover buku seperti novel yang mempunyai Cover dan sinopsis seperti maklumat yang telah diberikan :

Tittle: Kasyaf
Author: BlackSailors
Genre: Horror
Quotes: 
''Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Thaghut (Berhala atau Syaitan), sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.''
Surah An-Nisaa' (Ayat 76)

Theme: Dark & Bloody

Detail:
1) Lelaki pakai hoodie hitam bermata merah
2) Background hutan dengan langit warna merah
3) Ada bayangan syaitan kat belakang kanan lelaki pakai hoodie hitam tu.
4) Ada bayangan orang pakai jubah hitam kat belakang kiri lelaki pakai hoodie hitam tu.

Blurb/Sinopsis

Kasyaf? Apa itu Kasyaf?

Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan batinnya terbuka dan juga deria tubuh badannya berfungsi berkali ganda lebih hebat daripada manusia biasa. Namun, orang yang mendapat kelebihan ini kebiasaannya tidak suka dan menganggapnya sebagai satu malapetaka kerana ianya adalah satu kelebihan yang tidak boleh dikawal ataupun 'ditutup'.

Jadi, adakah Kasyaf ini adalah rahmat atau petaka?

Jawapannya, sudah pastilah ianya adalah rahmat iaitu satu kurniaan yang baik untuk seseorang hamba itu. Apakah tujuannya? Wallahuaklam, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang pasti, manusia hanya perlu yakin dan bersangka baik dengan takdir yang Allah SWT sudah susun untuk semua para hamba-Nya.

Kelebihan Kasyaf juga menjadi pelbagai persoalan dan tanda-tanya kepada ramai orang terutama sekali para ulama kerana kelebihan ini terlalu jarang sama sekali untuk seseorang itu nak dapatkannya kerana ianya hanya akan diberikan kepada seseorang itu dengan izin Allah SWT sahaja.

Persoalannya, mengapakah tuhan memberikan kelebihan ini kepada seseorang itu dan mengapa ianya tidak diberikan kepada semua para hamba-Nya?

Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia yang mendapat kelebihan ini akan menyalahgunakan kelebihan ini untuk tujuan kejahatan dan kejahilan?

Mari kita lihat kisah ini...

''Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Thaghut (Berhala atau Syaitan), sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.''
Surah An-Nisaa' (Ayat 76)

Terima kasih kepada author BlackSailors kerana membenarkan salah satu katya anda untuk dijadikan sebagai tugasan di dalam Evitras Rose Contest ini.

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

***
4) Invitation Card Design

Para peserta dikehendaki menghasilkan satu kad jemputan majlis iftar ramadhan berdasarkan maklumat di bawah :

TUGASAN KAD JEMPUTAN MAJLIS IFTAR RAMADHAN 1441H

Para peserta dikehendaki menghasilkan satu kad jemputan majlis iftar ramadhan  berdasarkan maklumat di bawah :

Nama majlis : Majlis Iftar Ramadhan 1441H
Tarikh : Selasa,13 April 2021
Masa : 6.30 pm - 9.30 pm
Tema : Light & Islamic
Saiz : Potrait 2598(width)×3464(height)

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

___________* * * ___________

PERINGATAN

- Setiap hasil kerja anda mestilah asli menggunakan idea dan kreativiti anda sendiri. Sekiranya anda didapati menciplak hasil kerja orang lain atau meniru mana-mana grafik yang dihasilkan oleh peserta lain, tindakan tegas akan diambil.

-Setiap hasil kerja anda boleh dihantar melalui 3 cara:

1. Buku khas [tags:ainthebest]
2. Whatsapp [pm kami untuk dapatkan number yang anda perlu hubungi]
3. Telegram [username: NrAinaa]

Jadi, sampai di sini sahaja makluman kami pada hari ini. Semoga anda dapat menghasilkan hasil kerja yang menarik dan kreatif. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua peserta.

SEKIAN DARIPADA KAMI
TERIMA KASIH

Evitras Rose Contest 2021Where stories live. Discover now