"Kau terasa hati dengan ayahanda kau kan?" Tebak Drago setelah lama berdiam diri.

"Hmmm"

"Oi, Kaito! Dengarlah apa yang aku cakap ni! " Panggil Drago bersungguh-sungguh.

"Ayahanda selalu macam tu aku dah biasa," Balas Kaito selamba sekaligus merupakan balasan untuk menutup hatinya yang terluka.

"Janganlah macam tu. Mesti ada sebab ayahanda kau buat macam tu," Pujuk Drago sebagai teman rapat Kaito sejak kecil lagi.

"Kalau ada pun.. sebab apa? Aku tahu aku tak cukup berbakat macam Raito," Keluh Kaito.

"Jangan cakap macam tu. Ayah mana yang tak sayangkan anak? Tuanku mesti ada sebab dia tersendiri... nanti aku tolong kau carikan sebab dia tu apa," Ujar Drago memujuk lagi.

Kaito tersenyum saja. Dia tahu kekurangan dirinya dan sebab mengapa ayahandanya tidak begitu mengambil berat tentang dirinya. Dia cukup tahu mengenai perihal itu.

.
.
.
.
.

Tiga hari selepas itu, sepertimana yang telah dijanjikan. Terlihat di lapangan luas di kawasan rumah Kirito berdirinya dia dan Kaito yang saling bertatap mata. Kirito dengan riak dinginnya dan Kaito yang tak menunjukkan riaknya.

"Tunjukkan apa yang kau ada budak," Ujar Kirito menantang.

"Jangan menyesal apa yang kau pinta," Balas Kaito lalu membelah angin sekaligus menujah penumbuknya tepat ke wajah Kirito.

Kirito tersenyum nipis melihat serangan itu. Cukup pantas untuk budak seusia Kaito.

TAP!

Penumbuk Kaito di tangkap lalu di tarik tangannya hingga merapat. Sempat Kirito menghadiahkan senyuman sinisnya apabila mata mereka berlaga. Lalu, laju jemarinya di susun lantas menghentak rusuk Kaito sedikit kuat untuk menolak lelaki itu ke kiri.

"GAHH!" Sempat Kaito memuntahkan air liurnya apabila mendapat serangan pantas daripada lelaki di hadapan.

"Dia kuat," Gumam Kaito.

ZAP!

SREKK!

BAM!

Tiga jam setelah latihan di jalankan, kedengaran bunyi tubuh Kaito menghentam tanah. Remaja bermata merah itu tampak kalah melawan ayahnya sendiri.

"Uhuk! Uhuk!" Ujar Kaito yang terbatuk kerana senak yang dirasakan pada perut terutamanya.

"Masih tak mengaku kalah?"

"Belum lagi!" Tengking Kaito sekaligus telah menghidupkan api kegelapan di sekelilingnya.

"A.. api hitam?" Soal Miyako yang di kawal oleh pengawal peribadinya.

"Mana budak tu dapat kuasa yang sama dengan Kirito?" Soal Asmodeus pula yang turut memerhati perlawanan anak beranak itu.

Tampak seisis rumah yang mendiami rumah Kirito terkejut dengan kehadiran kekuatan Kaito yang sama seperti Kirito.

"Hoo.. mari kita tengok," Provok Kirito.

TAP! TAP! TAP!

BOM!

SREKK!

Beberapa berbola api hitam di lontarkan ke arah Kirito namun tampak lelaki itu tenang menepis manakala Kaito terlihat semakin kelelahan. Wajahnya juga semakin pucat.

"Dah.. cukup budak," Ujar Kirito yang menggakat telunjuknya sekali gus menghentikan lontaran berbola api tadi.

"Hah! Hah! Kenapa? Dah menyerah?" Soal Kaito yang termengah-mengah kerana berlebihan menggunakan kuasa yang dia sendiri belum tahu mengontrolnya.

Kirito menghela nafas perlahan setelah melihat reaksi anak lelakinya itu.

"Cukup untuk hari ni," Ujarnya.

"Hu–" Tiba-tiba tatapan mata Kaito menghitam dan tidak lama selepas itu tubuhnya melorot jatuh ke tanah.

"Oi budak!" Panggil Kirito. Pantas dia  mendakap tubuh Kaito sebelum jatuh menyembah tanah.

"Lahh... dia pengsan," Keluh Kirito lagi setelah memeriksa keadaan anaknya itu.

Tubuh lemah Kaito yang sudah tidak sedarkan diri di dukung lalu dibawa masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tubuh lemah Kaito yang sudah tidak sedarkan diri di dukung lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Tanpa menghiraukan tatapan mata yang memandang, Kirito masuk ke dalam bilik milik Kaito lalu di letakkan tubuh itu di atas futon yang telah dilentangkan.

"Kenapa dengan dia?"

"Oi, budak tu okey tak?"

"Psst! Tuanku bagi taulah kita orang!"

Bisik Shiki, Ichiro dan Asmodeus yang sedang mengintip di pintu bilik.

"Tubuh dia terkejut sebab dah lama tak guna kuasa yang ada dalam badan." Jawab Kirito sambil menutup perlahan pintu bilik anaknya.

Shiki mengangguk faham.

"Dia okey jadi korang tak payah menyibuk dekat bilik ni," Halau Kirito selamba.

"Kita orang risau je. Tapi macam mana budak tu ada kuasa kau?" Soal Shiki mewakili sesisi rumah.

"Aahh! Tak payah tahulah. Nanti-nanti korang tahu sendiri," Balas Kirito lalu meninggalkan kerumunan manusia yang merisaukan keadaan Kaito.

Sampai di ruang tamu, Miyako yang berada di situ segera menerpa ke arah Kirito dengan riak wajah yang tak kalah risaunya.

"Dia tak apa-apa kan?" Soalnya risau.

Kirito mengangguk perlahan sambil mengusap kepala Miyako.

"Dia letih. Itu je," Ujarnya menenangkan gadis musang berekor sembilan.

"Saya risau kalau dia luka," Luah Miyako jujur.

Kirito menghela nafas perlahan.

"Kau tak perlu risaukan dia. Dia kuat," Pujuknya seraya memeluk tubuh kenit di hadapan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now