20 | 365 DAYS IN COURT

Start from the beginning
                                    

"Hayden, awak nak buat apa ni?"Mawar terpinga-pinga sejurus lubang pistol ditekan pada keningnya.

"Aku kena hapuskan kau sebab tak ada orang boleh gugat hubungan aku dengan Nathan."Tukas Hayden.

Mawar ternanar lama.

"Kau lebih suka mati dari hidup , betul tak? Aku dengar sendiri dari mulut kau semalam."

"Saya minta maaf, Hayden. Tolong! Saya minta maaf. Saya janji saya akan berubah!"Mawar kaku bertentangan mata dengan mata tajam Hayden.

"Aku rasa kurung kau dekat sini tak berbaloi. Jadi, lebih baik aku hapuskan kau saja lepastu buang mayat ke dalam sungai. Mungkin ada biawak tengah kelaparan nak makan mayat kau..."

"Hayden, dengar penjelasan saya dulu. Hayden—"

"Selamat tinggal Mawar. Till we meet again."

Hayden tarik picu Colt Single Action Army miliknya. Tika trigger guard dipaut, disitu Mawar mulai menjerit sekuat anak tekak. Tubuhnya terasa ingin terhempas pada permukaan konkrit menyebabkan dia terbangun dari mimpi buruk itu dengan berpeluh-peluh dahsyat!

Mawar termengah-mengah dalam ketakutan seraya teraba-raba suis lampu. Gelap gelita dunianya. Bila segalanya terang-benderang, barulah Mawar sedikit lega tapi bukan mudah dia bertarung menenangkan diri. Kedua-dua belah lutut dipeluk kemas. Dan akhirnya, Mawar menangis sepuas-puasnya.

MPV Hitam berjenama Vellfire kelihatan sedang menyusur ke dalam halaman parkir Villa Salmonacreeks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MPV Hitam berjenama Vellfire kelihatan sedang menyusur ke dalam halaman parkir Villa Salmonacreeks. Tika itu, Hayden dan Datuk Raja Haidar yang sedang bermain catur di gazebo dikejutkan dengan sapaan seorang amah rumah akan kehadiran dengan kereta besar kurang dikenali masuk ke dalam ruangan parkir. Lalu, mereka semua keluar dari villa itu beramai-ramai. Siapa yang datang? Masing-masing tercengang sendiri.

"Hades?" Datin Medina hampir terjelepok di depan pintu gerbang. Tidak percaya sama sekali dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Penantian yang cukup menyeksakan setelah tiga tahun tidak melihat wajah anak terunanya itu. Sudah puas mereka menjejaki selepas Hades mengambil keputusan untuk menghilangkan diri.

Hayden dan Datuk Raja Haidar menumpu jelingan di antara satu sama lain. Satu fenomena yang kurang baik jika Hades pulang semula ke tempat asalnya. Maka, dua lelaki itu hanya berdiri di belakang bila Datin Medina dan Hera mendapatkan Hades. Memeluk Hades dan mencium pipi Hades bagi melampiaskan rasa rindu mereka kepada Hades.

"Assalamualaikum, papa."Hades menyalam tangan Datuk Raja Haidar usai tangan dihulurkan kepadanya. Nampaknya, Datuk Raja Haidar masih terkejut akan kedatangannya yang tidak diduga.

"Walaikumsalam."Balas Datuk Raja Haidar.

"Papa sihat?"

"Sihat. Kau?"

"Alhamdulillah."Ujar Hades sebelum menapak ke giliran pada adik tirinya, Hayden Raja Behzad.

Macam kebiasaan, tiada bunga-bunga senyuman pada wajah Hayden. Datar dan sikit berjaga. Hayden tidak pernah berubah. Hayden melirik tajam pada wajah Hades. Begitu juga turut terlukis sinis bibirnya.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now