17 | AMARAH CINTA

Start from the beginning
                                    

"Aku dengar dari Hansen."

"Hansen?"Hayden koyak sikit senyuman sinis. Dah agak dah! Tapi, dimana Hansen tahu benda ini? Kalau diikutkan, tiada siapa insan yang tinggal di Villa Salmonacreeks tahu perancangannya ingin berangkat ke Istanbul esok pagi.

"Kenapa pergi Istanbul? Ada business penting ke? Papa nak hantar kau tolong uruskan Chateau yang sedang mengalami masalah sekarang ni."Ungkap Datuk Raja Haidar.

"Buat masa sekarang , aku perlu pergi ke Istanbul."

"Why?"

"It is my own business, papa. I'm not a robot. Tolong, sekarang ni Hayden tak boleh nak fikir fasal apa yang sedang berlaku di Chateau. Dekat France masih ada lagi pihak pengurusan yang boleh handle benda ni dulu."

"Kau pergi Istanbul sebab Mawar?"Tebak Datuk Raja Haidar.

"Aku pergi Istanbul sebab nak jumpa kawan lama aku."Sangkal Hayden dengan cara membohongi Datuk Raja Haidar.

"Hayden jangan tipu papa. Kau boleh bawa Nathan balik ke sini tapi papa nak Hayden bertindak dengan wajar kali ini terhadap Mawar. Mawar tu tak boleh bernafas disebabkan kau kalau sikap kau masih tak berubah macam ni."

"What do you mean?"Hayden kecil kelopak matanya kepada Datuk Raja Haidar.

Datuk Raja Haidar tuding jari telunjuk kemas-kemas pada anak mata Hayden. Di dalam ayatnya bersalut tekanan yang dalam dengan gigi berkancing rapi sesama-sendiri. Geram dengan perangai keras kepala pemuda ini.

"Divorce her!"

Ceraikan Mawar?

Hayden beriak hairan tetapi masih tenang. "Kenapa? Kenapa tiba-tiba nak Hayden buat keputusan bodoh macam ni? Bukan ke semua ini yang papa nak? Selamatkan anak-anak Datuk Omar Mustapha dari dibelenggu masalah Pavillion yang dah rebah?"

"Papa tak kira. Biarkan Mawar bebas. Buat apa yang dia nak buat. Kau suami, tapi kau buat isteri kau macam ni?"

"Hayden tak akan ceraikan dia!"Tekan Hayden. Sehebat mana api benci yang marak dalam dirinya kepada Mawar, menceraikan Mawar bukan pilihannya. Biar sebesar debu Hayden tidak pernah menyimpan angan-angan untuk menggugurkan talak kepada Mawar. Walaupun berpoligami, Mawar perlu menelan segala kepahitannya. Ini harga yang Mawar harus pulangkan atas kematian Rossa Belladonna. Mawar tidak pernah bebas! Tidak pernah.

"Kau kahwin dengan dia sebab nak buli dia aje! Nafkah tak pernah bagi. Dayus!"Marah Datuk Raja Haidar.

Hayden mendiamkan diri. Memilih untuk mendengar apa saja cacian dan sumpahan dari Datuk Raja Haidar. Dia diam bukan dia dungu. Hayden pasti ini cara untuk menghukum Mawar.

"Kau bencikan dia, Hayden. Macam mana kau boleh hidup dengan perempuan yang kau tak cinta?!"Datuk Raja Haidar menggertak muka Hayden kasar. Selepas itu, langkah dicorak ke pintu.

"Hayden tak pernah benci dia. Dari mana papa tahu Hayden benci dia? Hayden memang tak pernah cintakan Mawar tapi benci dia memang tak pernah."Ulas Hayden bersahaja. Tidak berganjak dari tempat tadi.

"Fikir baik-baik, Hayden. Aku tak kuasa lagi nak nasihatkan kau. Kau dah besar. Bukan budak-budak sekolah lagi."Sebelum memulas tombol pintu, Datuk Raja Haidar
sempat memedaskan telinga Hayden.

MASUK hari ini, ini hari kelima Mawar bekerja di sebuah kedai bakeri iaitu Deniz Bey Bakery kira-kira jaraknya sekitar 250 meter dari kediaman Nadya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASUK hari ini, ini hari kelima Mawar bekerja di sebuah kedai bakeri iaitu Deniz Bey Bakery kira-kira jaraknya sekitar 250 meter dari kediaman Nadya. Hasrat ingin bekerja di Antalya bersama Puan Nare terpaksa dibatalkan kerana tiada kekosongan lagi di tempat kerja Puan Nare. Jadi, Nadya mengajak Mawar mencari mata rezeki di Hadimkoy saja. Lagipula, Mawar boleh saja berjalan kaki ke tempat kerjanya.


"Cepat Mawar! Nathan dah tidur balik!"Nadya agak terkocoh-kocoh keluar dari kamar tidur sambil membawa sehelai baju sejuk The North Face berwarna hitam kepada Mawar. Pantas, disarungkan pada tubuh Mawar sementara Mawar masih tergesa-gesa memakaikan kasut boots kulit di kaki.

"Jangan lupa. Contact aku kalau ada apa-apa. Jaga diri."

"Okey, awak jaga Nathan baik-baik. Hari ini, Insyallah saya rasa balik awal sikit macam kelmarin."

"Dah-dah! Kau pergi sekarang. Kang bangun pulak budak tu."Nadya dorong tubuh Mawar hingga ke pintu utama.

Tiba-tiba, langkah Mawar dan Nadya terbantut apabila telinga mereka sama-sama menjamah jeritan Nathan di dalam bilik tidur. Alamak, Mawar tepuk dahi! Sama juga dengan Nadya.

"Auntie Mawar...Auntie Mawar..."Nathan keluar bilik bersama tangisan sedih. Sambil itu, mulutnya masih menyonyot puting susu botol.

"Nathan, kenapa menangis ni? Hmm?"

"Auntie Mawar, you want to leave me alone?"

"No, sayang. Auntie Mawar nak turun kerja. Nanti balik Auntie Mawar janji bawa toys , biscuits dengan tutu. Kalau Auntie Mawar tak kerja, siapa nak beli tutu?" (Susu)

"I'm lonely...Tsk! Tsk! Tsk!"Nathan menangis tersedu-sedu di depan Mawar yang sedang melutut separa ketinggiannya. Mata yang mengalirkan air mata hangat digosok-gosok.

"Auntie Nadya ada kan? Nathan, you're a tough man right?"

Nathan mengangguk.

"Jadi, lelaki kena menangis macam ni ke? Nathan ada tengok papa Nathan menangis macam ni? Tak ada kan?"Soal Mawar.

"No---"Nathan geleng kepalanya laju.

"Nak jadi tough man macam Iron Man?"

"Nak. Nak...Tsk! Tsk!" Sahut Nathan. Siapa tak nak Iron Man? Semua lelaki mengimpikan nak jadi hero macam Tony Starks kut! Terbang menggunakan mascot besi untuk menyelamatkan dunia dari dihancurkan oleh si raksasa,Thanos. Ah, asheeknya!

"Kalau nak jadi macam Iron Man Nathan ke berhenti menangis, okey?"Pujuk Mawar lembut. Belakang Nathan ditepuk-tepuk perlahan.

"Nathan nak jadi macam Tony Starks..."Nathan merintih serak dalam sisa-sisa tangisannya.

"Don't cry , okey? Janji?"

"Nathan janji--"Jari kelingking Nathan berpautan dengan jari kelingking Mawar. Air mata disapu dengan hujung pyjamas tidurnya.

"Auntie Mawar pergi dulu okey? Tak lama. Sumpah, demi Allah."

"Take care Auntie."

"Take care Nathan. Auntie sayang Nathan tau. Hug-hug!"Mawar terus mendakap tubuh anak kecil itu. Pipi Nathan dicium bertubi-tubi. Sebak dadanya ingin meninggalkan Nathan. Lagipula, Nathan tidak biasa tinggal dengan orang lain. Waktu berkerja yang berjalan selama 8 jam bagaikan menjalani waktu selama 24 jam pula.

"Nathan sayang Auntie Mawar. Bye Auntie Mawar!"Laung Nathan selepas Mawar berjaya menginjak kaki keluar pagar rumah.

Sehelai beanie pink dikorek dalam beg. Disaukkan pada kepala. Pagi yang sejuk di Hadimkoy. Mawar berjalan melewati sekitar rumah-rumah kedai yang berjajar sekitar perjalannya ke tempat kerja seperti kedai bunga, kedai cenderahati, kedai karpet, kafe dan kedai-kedai yang masih belum dibuka.

Encik Burak, branch Manager Deniz Bakery seorang yang sangat ramah dan memahami keluh-kesah pekerja bawahannya. Pada Mawar, dia bersyukur kerana bekerja di bawah Encik Burak. Tapi, satu hal yang membingungkan fikiran Mawar sekarang ini. Sebagai rakyat asing tidak mempunyai residence permit untuk bekerja di sini, jadi Mawar hanya bergantung kepada visa yang cuma memperuntukkan 30 hari saja tinggal di Turki.

Ah, malas nak fikir semua tu! Mawar buang jauh-jauh segala kekacauan dalam kepala. Yang penting, dia dan Nathan selamat dari mangsa cengkaman Raja Hayden Behzad!

Kira-kira 50 meter dia sudah jauh dari rumah Nadya, Mawar berasa tidak nyaman dengan sebuah kereta jenama Mercedez C200 yang sejak tadi seperti sedang mengekorinya dari belakang.

*****
01.02.2021
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now