Teaser 6

379 15 3
                                    

Teaser 6

Baru aku nak buka langkah. Dua susuk tubuh  yang aku sangat-sangat nak elak sudah pun mendekati kami.
“Hai Nisa..” wajah konon-konon ayu itu menyapa ceria. Meluatnya aku!
Aku senyum segarit sebab nak jaga air muka aku. Takkan aku nak menyombong buat tak tahu. Dah orang tegur kan? Tapi kalau orang perasan. Mesti orang tahu yang senyum aku itu lebih pada senyuman menyampah.
Jiya raih lengan Hadi di sebelah. Aku tau dia sengaja nak tunjuk kemesraan mereka depan aku. Hadi pula buat muka selamba. Macam tiada sejarah antara kami bertiga. Padahal baru aje beberapa minggu yang lepas dia patahkan hati aku.

“Cantik kau hari ni? Kerja kau macam mana? Kau dah dapat cari kerja ke belum?” Entah dari mana Jiya tahu yang aku dah tak kerja. Tapi orang macam Jiya ni. Biarpun kita tak sibukkan hal dia. Dia tetap sibukkan hal kita.
Aku malas nak jawab soalan dia. Tapi baru aku nak buka mulut. Dia pintas dulu.
"By the way, aku nak beritahu. Bulan depan kami dah nak nikah. Aku harap kau datanglah majlis kami nanti. Buat kat hotel tau." Dia lentok kepala kat bahu Hadi. Bekas pakwe aku tu.
"Iya? Tahniah. Korang memang sepadan pun. Happynya aku..." Aku tayang muka ceria konon teruja sebelum putar mata ke atas. Pleaselah! Ingat aku cemburu sangat ke? Aku ni kan. Sayang memang sayang. Bohong aku tak pernah sayang Hadi. Tak pernah sayang Jiya. Tapi bila kena khianat dengan mereka. Rasa sayang itu hilang serta merta. Di ganti dengan rasa menyampah dan benci. Tak salah kan aku rasa macam tu?
"Siapa sebelah kau ni? Kau sewa dia ke?" Sinis Jiya tanya aku.
"Ehamm!" Tiba-tiba Isaac berdeham di sebelah aku.
"It's that your ex?" Bisik dia meminta kepastian.
Aku toleh pada dia. Mana dia tahu ni?
Isaac pula sedang tersengih-sengih macam kerang busuk!
Dia angkat kening dua kali kemudian melirik ke lengannya. Eh, tangan aku sedang elok melelar lengannya. Bila pula aku kaut tangan dia ni? Aku rasa aku tarik tangan Mok De tadi.
"Ops sorry, mana Mok De?" Laju aku lepas tangan dari lelar lengan dia. Leher aku memanjang mencari Mok De dan yang lain.
"Mok De dan yang lain dah lama masuk dalam rumah Mak Andak. You aje yang tak perasan, baby." Isaac tegakkan tubuh semula. Tangannya di bawa ke belakang.
"Hello, Isaac. Boyfriend Nisha." Isaac tunduk sedikit mengenalkan dirinya pada Jiya. Pada Hadi, dia hulur tangan nak berjabat. Terkulat-kulat Hadi sambut.
Aku pula terkedip-kedip pandang Isaac. Dia cakap apa tadi?
"Are you sure? Boyfriend Nisa? Nisa... Nisa... Kut ya pun kau terdesak tak ada partner. Tak payahlah sampai habis duit upah mat saleh nak menunjuk yang kau tu senang dapat pengganti. Kelakarnya kau ni." Jiya geleng kecil sambil pandang aku atas bawah. Pandangan yang seakan menghina. Bukan itu aje, dia serkap jarang pula kata aku upah Isaac untuk jadi kekasih aku.
Aku cerun Isaac. Yang mat saleh seorang ni pun. Memandai mengaku boyfriend aku dah kenapa?
"Upah? You upah I ke baby? Wow! I tak mahu wang ringgit tau sayang. I nak you sampai mati." Isaac buat gedik pula sambil kenyit mata pada aku. Dia ni kan..

❤️❤️❤️

Satu lagi hero sengal. 😆 Gedik semacam Mr Duncan. Teman lelaki upahan giteww... 🤣

#kombobersemut
#tulangrusukmrduncan

#kombobersemut #tulangrusukmrduncan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Berminat boleh ws : 017-3255126

Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now