𝐃𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 { 𝐒𝐏𝐌 }

Start from the beginning
                                    

"Bising lah Lucas!" Marah changbin.

"Katanya ada susun meja. Kita nak susun macam mana ni?" Tanya hendery.

"Mana ku tahu~" ucap changbin & woojin.

Tak lama tu Ji saem datang ke arah mereka dan menerangkan cara penyusunan meja.

"Sekarang dalam setiap kelas ni, tinggalkan 9 meja & kerusi je. Meja cari yang lawa-lawa. Kalau yang lebih tu semua letak dekat kelas 2a1 dekat belah sana" terang Ji saem. Mereka mengangguk tanda faham.

Jadi kelas 5SC & 5VT pun mulakan kerja untuk mengemas kelas tersebut. Mereka membawa meja yang lebih di dalam kelas yang berada di aras tersebut lalu di pindahkan ke kelas 2a1.

Pelbagai karenah terdapat ketika mengemas kelas tersebut. Bising? Tak payah tanya. Memang bisinglah. Korang bayangkan si Lucas, Hendery, Jungwoo & Woojin buat lawak lepastu Hyunsuk, Minho, Dejun, Changbin, Jihoon & Mark gelak? Memang bising giler lah. Aras tu dipenuhi dengan suara Mark je.

Sambil menyusun, sambil tangkap gambar. Fotografer? Si Minho. Kan ada peribahasa 'sambil menyelam minum air'. Ambil masa 4 jam ke atas jugak, baru selesai aktiviti menyusun meja. Setelah selesai, mereka semua dibenarkan balik.

◦•●◉✿ ✿◉●•◦

(22/2/2021) Selasa,

Tibalah hari dimana Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebenar dijalankan. Semua pelajar duduk di kelas yang sudah ditetapkan sebelum menunggu untuk masuk ke dalam dewan. Beberapa orang pelajar nampak gelisah dan ada jugak nampak tenang untuk menduduki peperiksaan.

"Good luck anak-anak muridku semua~" ucap Chanyeol Saem.

"Gamsahamnida saem!" Balas semua.

"Do your best! Ginjanghajima!" Sambung Chanyeol.

"Nep!" Balas semual pelajar tingkatan 5.

"Good luck Jungwoo-yaa! Good Luck gengs!" Ucap Hyunsuk.

"Good luck hyunsukie! Good luck! Friends-ku!" Balas Jungwoo.

"Good luck anak-anak beroks!" Ucap Woojin.

"Good luck sahabat taguna" ucap Hendery.

"Good luck anak-anak tapir" ucap dejun.

"Good luck dearself " ucap Mark.

Kertas yang pertama ialah bahasa Melayu untuk hari pertama. Peperiksaan bermula pada pukul 8, jadi pelajar mesti sudah berada di dewan/bilik peperiksaan pada pukul 7:50 pagi.

Sekarang semua pelajar seudah berada di bilik peperiksaan/dewan yang ditetapkan mengikut angka giliran. Setelah itu, pengawas peperiksaan akan membacakan mengenai peraturan-peraturan di bilik peperiksaan/dewan. Pada pukul 7:55 pagi, kertas peperiksaan sudah berada di tangan pengawas peperiksaan dan akan mula diedarkan. Tepat pada pukul 8:00 pagi, peperiksaan sudah dimulakan dan berakhir pada 10:30.

[📑]

Tepat pada pukul 10:30 pagi, peperiksaan untuk kertas BM, kertas 1 sudah tamat. Setelah kertas soalan & kertas jawapan sudah dikutip, pelajar dibenarkan keluar untuk keluar dari bilik peperiksaan/dewan.

"Korang, macam mana tadi?! Okay tak?" Tanya Jungwoo.

"Soalan dia sumpah senang! Tapi....aku tak tau nak tulis apa. Aku hentam je. Nak buat pendahuluan pun aku ambil masa 30 minit. Menyesal pulak tak baca buku contoh karangan tadi. Padahal aku dah bukak" bebel Lucas.

"Kau bukak jelah kan? Kau tak baca~" ucap Minho.

"Haah. Aku bukak je" balas Lucas.

"Sumpah senang tho soalan dia! Aku yakin aku dapat A+. Perghh karangan aku panjang tho tadi! Banyak giler idea aku. Penuh buku jawapan tu" ucap Hendery berlagak.

"Kau tak dapat A+, kau belanja aku starbuck!" Ucap changbin.

"Aku pun tak pernah minum setarbuck tu. Ni pulak nak belanja kau. Eh memang tak lah!" Balas Hendery.

"Korang buat soalan berapa? Aku buat soalan 1. Cikgu kata jangan buat soalan 4 kan? Sebab tu fakta. Kalau kau jenis baca buku tak pelah. Tapi kalau jenis macam lucas atau woojin, baik aku ambil no.1. atau no.2" ucap minho.

"Eyy nak gaduh dia ni!" Ucap Lucas & Woojin.

"Nado! Nak cari isi dia senang. Panjang tho karangan aku tadi. Harap-harap markah tinggi" ucap jungwoo.

"Aku pun buat nombor 1. Karang korang panjang berapa? Aku nak dekat 500 ke atas tadi" ucap Dejun.

"Mark? Kau buat soalan nombor berapa? Mark, kalau kau ambil nombor 4 pun takpe. Kau jenis suka baca buku. Otak kau mesti penuh fakta" ucap Hyunsuk.

"Aku buat nombor dua. Nombor pun senang jugak tadi. Tapi aku blur sikit tadi. Masa lagi tinggal 10 minit, aku dah mula rush sebab aku baru buat 6 perenggan. Tinggal nak kesimpulan. Tak tahulah tisan jadi macam mana. Confirm buruk giler. Harap-harap pemeriksa tu fahamlah" ucap Mark.

"Sumpah tadi aku tengok tangan Mark laju giler bila pengawas tu kata tinggal 10 minit. Rush giler. Yang Lucas dengan woojin, aku tengok dah pengsan" ucap Minho.

"Siapa je tak rush, tinggal 10 minit kot. Aku rasa masa kejap giler tadi" balas Mark.

"Hurm lepas ni kertas 2 kan? Mula petang kan? Aku takut lah soalan novel. Peristiwa dia dah lah banyak aku lupa. Yang tingkatan 5 pun aku dah lupa apalagi tingkatan 4. Nggak usah ditanya" ucap Dejun.

"Kau baca je buku rujukan. Itu yang paling senang. Dah baca novel pun kau dah lupa, baca je buku rujukan yang cikgu bagi. Asal tau peristiwa, okay lah. Jangan risau ada masa lagi" cadang Changbin.

"Haah, jangan risau ada masa lagi. Pukul 2:00 petang baru mula. Banyak lagi masa. Kita tumpukan pada novel, prosa tradisional & cerpen. Kalau rumusan, peribahasa, bina ayat, kesalahan semua tu, kita dah power" ucap Mark.

"Betul jugak! Jarang changbin bijak" valas Dejun.

"Heh! Aku bijak setiap hari tau!" Protes Changbin.

"Iyolah~" balas Changbin.

𝐍𝐨𝐭 𝐚𝐥𝐥𝐨𝐰𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐢𝐭 𝐚𝐧𝐲 𝐩𝐥𝐚𝐠𝐢𝐚𝐫𝐢𝐬𝐦❌️

𝐇𝐨𝐬𝐭𝐞𝐥Where stories live. Discover now