𝐃𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 { 𝐒𝐏𝐌 }

Začať od začiatku
                                    

"Aku yakin kalau macam tu memang semua bengap habis. Lagi-lagi si Lucas ni. Aku tak percaya dia akan belajar dekat rumah" ucap Hyunsuk.

"Eh pakcik, Kau tu 2×5=10 je dengan aku!" Protes Lucas.

"Eleh sekurang-kurangnya aku ada jugak niat nak bukak buku. Kau tu? Niat pun takde!" Balas Hyunsuk.

"Kau niat tapi tak buat takde guna jugak bahenol!" Balas Minho(lee know).

"Jadi mula minggu depan lah kan kita kelas tambahan? Esok sampai jumaat cuti raya cina kan?" Tanya hendery.

"Iyooo. Tapi kita bukan boleh balik pun hiks" balas yeonjun.

"Duduk jelah asrama ni sampai mereput. Aku tak kisah asalkan aku dapat makan. Aku dengar cerita lah kan, kita dapat sponsor untuk sarapan tho! Macam sebelum ni. Tapi sebelum ni kan kita makan tengah hari tapi yang ni pagi" ucap Changbin.

"Kalau macam tu jimat lah duit aku! Uuuu senangnya dalam hatiii~ duitku tidak melayang~" ucap Hendery.

"Yer yer je kau! Entah betul ke tak tu. Mana kau tau? Entah-entah khabar angin je" Tanya Mark curiga.

"Betul lah! Aku ada scroll ig haritu! Katanya ada orang taja makanan kita tapi aku lupa. Haritu Puan Shin yang berlanja kan? Pastu Lee Sooman seongsaenim. Yang ni aku tak tau siapa. Dia akan taja sampai kita SPM tak silap aku" ucap Changbin meyakinkan.

"No bukti, Hoax!" Ucap Dejun.

"Suka hati koranglah. Aku cakap je" kalah Changbin.

[🏫]

Hari ini adalah hari kelima mereka menjalani kelas tambahan di sekolah. BTW, di asrama & sekolah ini ada mereka sahaja iaitu Pelajar tingkatan 5. Jadi agak takut sedikit. Tapi biasalah budak lelaki, mana kisah sangat pasal benda-benda tu.

Kelas mereka sepatutnya habis 12:30 tetapi mereka habis awal 30 minit untuk menyusun kelas.

"Baiklah kelas kita sampai di sini sahaja" ucap Chanyeol.

"Huh? Tapi saem, kelas kita habis 12:30 lah. Ada lagi 30 minit" ucap Jungwoo.

"Kejap lagi kita akan kemas kelas aras atas ni. Disebabkan S.O.P makin ketat, jadi kita kena susun meja dua meter. Jadi sekarang korang kemas barang-barang korang cepat" arah chanyeol.

"Dua meter?! Are you serious?!" Pekik Mark.

"Yes!" Balas chanyeol.

"Ni kes meningkat sebab orang yang degil degil lah ni. Dah suruh ikut S.O.P taknak. Bila dah kena PKPP bising pulak" bebel Dejun.

"Susah lah nak meniru nanti~" ucap Yeonjun.

"Itu yang kau fikir! Kemas barang sekarang!" Bebel Chanyeol lalu mengetuk kepala Yeonjun. Biar biul setahun!

Mereka semua mematuhi arahan chanyeol & mengemas barang-barang mereka. Setelah itu, mereka semua berkumpul di koridor depan kelas mereka sepeti orang tiada hala tuju. Chanyeol pula terpinga-pinga mencari Ji saem yang bertugas untuk memberi arahan.

"Saem, kita nak buat sekarang?" Tanya yeonjun.

"Korang sabar jap eh! Mana pulak mamat ni pergi" Ucap chanyeol.

"WOI MA FRIENDS!" pekik Lucas dari kelas hujung. Jadi mereka duduk kelas tingkat 2 disebabkan semalam dah susun dewan. Kelas mereka di dewan.

𝐇𝐨𝐬𝐭𝐞𝐥Where stories live. Discover now