16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL

Start from the beginning
                                    

"Bekas suami kau ada tanya khabar dan beri nafkah dekat Nathan?"

"Ya, tiap-tiap bulan bekas suami saya akan beri nafkah untuk Nathan. Kenapa?"Mawar pelik. Pelik dengan Emeer yang tiba-tiba membangkitkan soalan begitu sensitif sedemikian rupa.

"Tak ada. Aku cuma tanya saja. Tak lama lagi aku dah nak graduate. Ada Oil and gas company dah offer aku kerja dekat sana. Bolehlah sara korang berdua sikit-skit."

Mawar tergamam. Muka tenang Emeer dijeling.

"Sorry? Maksud awak?"

"Maksud aku, aku nak sara korang berdua. Boleh ke?"

"Awak nak sara saya dengan Nathan? Tak apalah Emeer. Awak akan masih belajar. Minggu depan saya dah start kerja dah. By the way, congrats sebab awak belum tamat belajar company dah offer kerja."Datar Mawar menolak tawaran Emeer. Lagipula, dia tidak mahu menyusahkan Emeer. Cukup-cukuplah dia cuma merimaskan Nadya. Semalam ada juga Nadya memberitahu bahawa Emeer telah mendapat tawaran berkerja dengan gaji cukup lumayan sebagai jurutera petroleum dari Ayazli Gas Field , antara salah satu syarikat besar minyak mentah dan gas asli negara Turki berlokasi di Laut Hitam.

"Aku ikhlas nak tolong kau. Sumpah."

Terletus ketawa kecil Mawar. "Awak ni macam dah lama kenal saya pulak. Tak apa. Saya pergi sini sebab nak cari kerja juga."

"Kerja dekat kedai makan dengan Anne mana cukup."

"Kerja juga kan? Gaji kecil atau gaji besar tak jadi masalah pun. Asalkan halal."

"Kau tak percaya dengan aku ke?"

Mawar huraikan nafas dalam. Kemudian, dia masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderahati seperti lampu Turki, barangan antik, karpet , pinggan mangkuk , sejadah dan bakul-bakul anyaman. Kebanyakan barang yang hampir sama saja dijual di Grand Bazaar cuma harga saja berbeza.

"Bukan saya tak percaya dengan awak. Saya percaya dengan awak. Cuma sekarang ni saya tak nak susahkan sesiapa. Lagipun, Nathan tu manja sangat."Sahut Mawar kepada Emeer yang sedang mengikuti dirinya ke mana saja.

"Nathan pun selesa dengan aku. Semua tu tak jadi masalah. Bekas suami kau pun dah bahagia dengan isteri baru dia. Bagi aku, kau berhak dapat kebahagiaan kau sendiri."

"Awak ni bercakap seolah-olah awak ni nak nikah dengan saya."

Emeer menyengih.

"Kalau ya? Macam mana?"

Mawar berhenti sejenak.

"Ajaklah girlfriend awak kahwin. Kenapa nak ajak janda macam saya pula?"

"Tak ada girlfriend lah. Ada saja perempuan dekat kampus nak jadi girlfriend tapi aku tak nak. Aku nak kau aje."

"Why?"

"I think you're the right person."Serius nada Emeer.

"Hish! Dahlah Emeer. Tak payah bergurau macam ni. Saya jual awak dekat pakcik jual karpet tu nak?"Rasa tidak senang berkunjung ke lubuh hati, Mawar tutup segala kegugupan dengan satu gurauan. Takut hati Mawar. Emeer pula gelak-gelak nakal.

"Aku serius Mawar. Bolehlah..."Rayu Emeer.

"Hah,renyam dia start lagi dah..."Malas nak layan ngada Emeer, Mawar berlalu meninggalkan lelaki itu sedikit di belakang. Kalaulah Emeer tahu siapa dia sebenarnya tentu Emeer akan jijik dengan dirinya.

Tika bersesak-sesak dengan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan Grand Bazaar , Mawar tidak selesa dengan panahan mata beberapa orang lelaki yang melintasi dia dan Emeer sehingga dia mengambil keputusan mengajak Emeer keluar saja dari pasar terkenal seluruh dunia itu.

PAK! Sekeping gambar dihempas atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAK! Sekeping gambar dihempas atas meja. Hayden sangat menyirap dengan apa yang telah didengarinya sebentar tadi. Mawar benar-benar melampau! Berbalik kepada gambar Mawar dan seorang lelaki yang tidak dikenali tadi, Hayden seratus-peratus dihempap kebingungan. Dimana Nathan? Kenapa tidak ada bersama Mawar? Apa yang Mawar lakukan kepada anak kecil tidak tahu apa-apa itu?

Lampu neon Kota Kuala Lumpur dijelajah dengan mata hazelnya. Mencari sedikit ketenangan untuk meredakan badai hatinya. Kemudian, punggung direhatkan pada kerusi kulit semula. Wajah dua orang penyiasat persendirian iaitu, Baaqi dan Ghaffar yang telah dihantar ke Turki minggu lepas dipandang seorang demi seorang.

"Siapa lelaki tu?"Hayden sedut dalam nafasnya.

"Emeer Hakeem. Pelajar tahun tiga University Bozagici."Ucap Ghaffar.

Hayden diam sejenak.

Emeer Hakeem?

Jantan Bangsat...

"Apa hubungan dia dengan student tu?"

"Itu kami tak pasti Tuan. Berdasarkan keterangan Noah, isteri dan anak tuan memang menumpang di rumah Nadya sekarang ni. Yang juga salah seorang pelajar di universiti yang sama."

"I want both of you make a research about Nadya's family background."Pinta Hayden. Envelop nipis yang terkandung dengan gambar Mawar tersebut dilempar atas meja. Tiada kuasa dia hendak membelek satu-persatu gambar itu. Menyakitkan hati.

Hayden menyapu muka sendiri dengan tapak tangan. Macam-macam perkara telah terjadi kebelakangan ini. Belum selesai lagi masalah Mawar melarikan Nathan ke Turki , baru-baru ini Chateau De Vollini menjadi tajuk perbualan di media Perancis kerana mengeluarkan wain yang telah menyebabkan keracunan.

"Baik Tuan. Tak ada masalah. Apa-apa hal lain kami beritahu kemudian sementara menunggu info team kami di Istanbul sekarang ni."

Hayden mengangguk faham.

"Saya tunggu. Tak apa, korang berdua boleh keluar sekarang. Jangan lupa panggil PA saya dekat luar."

"Terima kasih Tuan. Selamat malam."

Lesapnya bayangan dua orang penyiasat persendirian tersebut, fikiran Hayden menerawang ke alam lain semula. Tidak mungkin Emeer Hakeem dan Mawar tidak mempunyai hubungan yang istimewa. Jika dilihat pada gambar, Mawar sangat bahagia di sisi lelaki itu. Perempuan sundal. Mawar benar-benar perempuan sundal...

Bergegar tangan Hayden mengepal menahan baran yang sedang menggelegak sekarang ini. Kalaulah Mawar ada di depan mata sekarang ini, pengajaran yang setimpal sudah lama dia berikan kepada wanita itu.

Tok! Tok! Pintu kayu diketuk datar.

"Masuk."

"Kenapa boss?"

Hayden bingkaskan punggung.

"Kamal, aku nak kau buat satu benda. Aku nak kau sediakan tiket ke Istanbul esok pagi. Urgent."Ucap Hayden.

"Baik Tuan."Balas Kamal. Urgent? Kamal diburu rasa hairan. Jika berdasarkan jadual majikannya itu, rasanya Hayden tidak ada urusan luar negara kerana semua hal berkaitan perjumpaan dengan klien segalanya diuruskan oleh manager dan assistant manager.

Mendengar persetujuan daripada Kamal, Hayden terus mengatur pergi dari bilik tersebut selepas menyambar kot hitamnya. Menapak ke arah dua orang pengawal peribadinya yang siap-siap menunggu di depan pintu sejak tadi.

Apa yang dimahukannya Hayden sekarang ini adalah Mawar tidak lama lagi akan mendapat habuannya!

*****
01.02.2021
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now