16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL

Start from the beginning
                                    

"Merhaba, memnum oldum Mr. Yigit."(Hai, gembira berjumpa awak Encik Yigit)

Mawar sambut perlahan tangan jejaka Turki segak itu. Wajahnya ada iras-iras pelakon Turki, Can Yaman. Tapi, memang tidak dapat dinafikan pemuda-pemuda Turki rata-rata mempunyai wajah tampan berkelas dunia. Walhal tukang cuci pinggan mangkuk pun berwajah sesegak model terkenal.

"Mawar Maripossa. Such a lovely name. Cok guzel." (Cantik) Yigit Haroun sempat memuji Mawar.

"Sorry? I can't hear you over the noise."Mawar dekatkan telinga sikit kepada Yigit Haroun yang sedang tersengih-sengih tidak malu.

"Sen Cok guzel." (Awak cantik)

"Tesyekkur ederim." (Terima kasih)

"I'm falling in love in you--"Yigit semakin galak mengusik.

"No, man. She is married. Dah, Mawar. Kau tak perlu layan sangat dengan Yigit tu."Eemer menyampuk. Geleng kepala saja dengan perangai Yigit yang tidak pernah duduk diam saat melihat seorang perempuan.

"Gercekten mi?"(Betulkah?) Yigit hambur rasa tidak percayanya. Kalau dilihat, Mawar seperti bukan wanita belum berkahwin saja. Spontan air mukanya dilagak seperti orang tengah kecewa.

"Ne kadar?" (Berapa harga?) Emeer menyeluk beberapa helai wang di dalam dompet.

"No, Nevermind. Enjoy yourself brother."Yigit tepuk bahu Emeer.

"Alright. Pray for me."Gumam Emeer seraya menjilat sedikit aiskrim buatan Yigit Haroun.

"How?"Tanya Yigit kepada berkaitan rasa aiskrimnya.

"Good. Yes. Just—good."Mawar menukas sambil terangguk-angguk. Aiskrim Yigit memang sedap. Rasa kesejukan Mint begitu menyerap masuk ke dalam hidung.

"Thanks Yig. See you nextime bro."Ucap Emeer memandangkan sebelum mengorak kaki pergi dari gerai Yigit.

"Okay, gule-gule."Yigit lambaikan tangan kepada Mawar dan Eemer yang telah mengorak kaki pergi dari gerai aiskrimnya kerana banyak pelanggan sudah sedia menunggu giliran mereka untuk dilayan.

"SEPANJANG kau dengan bekas suami kau bercerai , Nathan ada cari ayah dia tak?"Tiba-tiba soalan itu mengejutkan Mawar yang sedang membelek anting-anting yang diperbuat dari manik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SEPANJANG kau dengan bekas suami kau bercerai , Nathan ada cari ayah dia tak?"Tiba-tiba soalan itu mengejutkan Mawar yang sedang membelek anting-anting yang diperbuat dari manik.

Seulas senyuman pahit terhias pada bibir Mawar.

"Er—saya tak ada. Nathan dah biasa."Bohong Mawar kerana belum sedia lagi untuk mendedahkan perkara sebenar kepada orang lain kecuali Nadya. Malah, Encik Tamriks dan Puan Nare juga tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada dia dan Nathan sekarang ini.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now