Bab 1

8K 384 4
                                    

Selesai saja menunaikan solat fardhu Asar, aku terus saja mencapai telefon pintarku yang sedari tadi berdering. Huh!! Ini tak lain dan tak bukan, mesti Raihana!

Hanya perempuan itu sahajalah satu- satunya yang berani ganggu hidup aku, Arissa Haura!

Tidak berlengah, aku segera menjawab panggilannya. Sempat aku buat muka tak puas hati. Yalah, geram! Rasa nak cubit-cubit aje tuan punya badan. Tak kira pagi, siang ke.. tengah malam, mesti dia akan call tak kena timing!

"Uit, buat apa itu?" tanpa salam, soalan itu diajukannya.

Aku sudah geleng kecil. Kalau si Raihana ni ada depan mata, sudah lama aku bagi penampar sekeping. Banyak kali dah aku ajar adab bagi salam tapi gadis itu, selalu sangat lupa.

Ehem.. nampak macam baik pula kan aku ni?

Putri Raihana merupakan kawan baik aku sejak aku di Tingkatan Empat. Dia lah kawan susah senang aku dan persahabatan kami berlanjutan sehingga ke universiti. Namun, kursus kami saja berbeza. Raihana lebih kepada kulineri manakala aku pula lebih kepada pengurusan.

Cuma.. walaupun berbeza aliran. Kami still together-gether. Kami pun banyak juga dapat kawan baru tapi itulah masing-masing pun sekarang sudah sibuk dengan kerjaya masing- masing. Raihana juga tidak terkecuali. Dia ada juga buka kafe manisannya sendiri dan perniagaannya itu memang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Aku?

Aku Arissa Haura. Gadis biasa yang baru saja nak berkecimpung dalam dunia perniagaan online. Aku adalah juga buat perniagaan surprise box tetapi masih suam-suam kuku lagi. Mungkin, ada lah kot yang aku lack! Tak apa, Rissa. Pelan-pelan kayuh.

"Kenapa?" soalku sepatah. Seakan tak berminat dengan pertanyaannya.

"Aku nak ajak kau keluar. Bath and Body Shop ada keluarkan promotion mur-mur weiyh!!! Last promotion esok tau!" ajaknya sudah meriah.

Aku sudah tayang muka malas. Sempat dahiku urut perlahan. Aih!! Malasnya lah nak keluar. Sudahlah badan aku penat sekarang. Dalam otak aku sekarang ini cuma nak tidur aje. Tak lebih dari itu!

"Esok boleh?" aku cuba meminda.

Namun, Raihana sudah menggerutu di dalam talian. "Aku tak bolehlah esok. Jadual aku memang pack betul weiyh, esok." dia sudah buat alasan untuk membangkang.

Aku ketap bibir. "Aku malaslah nak keluar hari ini." straight to the point! Kita kadang perlu jujur untuk sesetengah situasi.

Salah satu situasi yang perlu, adalah apabila menghadap kawan kau yang tak pernah putus asa nak ajak kau melabur duit pada perkara yang tak bermanfaat.

"Jomlah, Rissa....." dia sudah mendayu memujuk.

Aku cuba untuk tegar. "Nak tidur. Ajaklah kawan lain." aku cuba patahkan pujukan dia.

"Aku mana ada kawan lain. Kau ajelah  satu-satunya kawan yang aku ada Rissa. Kau tak kesian ke tengok aku? Botol minyak wangi aku dah banyak habis. Kau tak kesian tengok aku busuk jumpa pelanggan aku?" dia sudah mencipta seribu satu asbab.

Aku sudah mencebik. Ikutkan, memang aku nak jawab yang aku tak hairan tetapi itulah..... mulut ni masih lagi nak jaga perasaan kawan aku yang seorang itu.

Akhirnya aku beralah. "Yalah. Aku teman kau. Aku malas nak bawa kereta. Kau jemput aku, okay?!" aku buat tawaran.

Dan, dengan seronoknya Raihana terima tawaran aku itu.

Segera, talian dimatikan. Aku sempat merengek. Sudahlah penat dan malas. Dan, solusinya adalah tidur!

Tapi, Raihana pula potong line!

Dia PerempuankuWhere stories live. Discover now