-Skip-

Rain POV

Aku rasa kepalaku agak berat namun aku tetap bangun dan duduk dari baringku. Keadaan agak sunyi membuatkan aku keluar dari rumahku dan menuju keluar.

"Ah! Tuan muda perlukan apa-apa?" soal Angura agak terkejut dengan kemunculan aku yang tiba-tiba keluar. Aku melihat sekeliling yang hampir tiada sesiapa.

"Mana semua orang?" soalku keliru terus membuatkan wajah Angura berubah pucat.

"Mereka berkumpul di rumah penghulu, dipercayai humana sedang dalam perjalanan ke tempat di mana mereka bertemu dengan tuan muda waktu pertama kali dulu tapi mereka dapat mengesan kedudukan hero jadi dijangkakan mereka akan ke sini dalam masa 4 hari lagi," terang Angura resah. Aku memicit kepalaku pening disebabkan tindakan terburu-buruku, aku sendiri meletakkan mereka semua dalam bahaya.

"Mari... Saya mahu dengar rancangan mereka," ujarku serius dan mula berjalan menuju ke rumah Predat tapi dihalang Angura.

"t-tapi tuan muda masih perlukan rehat! Tuan muda baru sahaja terjaga," ujar Angura lagi risau.

"Tiada masa untuk rehat, lagipun disebabkan saya kita semua dalam bahaya," ujarku kesal. Angura cuba menenangkanku dan cuba untuk membuatkan aku tidak menyalahkan diri sendiri tapi dengan situasi ini sememangnya tiada masa untuk aku berlawan dengannya.

"Saya dah okey, saya penjaga kampung ni jadi saya nak turut serta," ujarku membuatkan Angura tidak dapat melawan. Aku ke rumah Predat dan ternyata seperti yang dikatakannya mereka semua berkumpul di situ malah kelihatan seakan ada sedikit pergaduhan.

"Apa jadi?" Soalku membuatkan perbalahan tadi secara serta merta berhenti dan perhatian beralih kepadaku.

"T-tuan muda... Macam mana keadaan tuan muda?" Soal Tyra sambil merapatiku dengan wajah resah.

"Kalau tuan muda perlukan magik penyembuhan, saya akan buat," ujar pula Ixcel turut resah dan merapatiku.

"Saya okey, apa jadi sebenarnya di sini?" Soalku menenangkan mereka dan kembali menanyakan apa yang sedang terjadi.

"Erm... Tuan muda, saya faham yang tuan muda mahu tolong mereka tapi mereka adalah humana dan mereka membahayakan nyawa kita semua. Dengan rendah diri, saya syak ini sememangnya rancangan mereka untuk hapuskan kita," Ujar Redeth dengan penuh resah dan ia disokong oleh yang lain.

"Aku dah beritahu banyak kali!! Kami bukan bersama raja! Raja pun menggunakan kami! Kami cuma mahu pulang! Kami tak tahu pun yang mereka boleh kesan kedudukan kami!" Jelas pula salah seorang dari hero dengan tegas sambil ditahan dengan beberapa dari mereka. Perbalahan kembali berlaku antara mereka dengan beberapa penduduk cuba menghalau mereka keluar.

"Kamu semua masih mahu bertengkar di hadapan tuan muda?! Di mana adab kalian?!" Jerit Frangis sambil menepuk meja dengan tegas turut membuatkan aku tersentak kerana terkejut.

"Maafkan kami atas sikap kami yang biadap tuan muda," ujar Frangis sambil menunduk hormat kepadaku membuatkan aku kekok.

"T-tak apa... Saya tak apa-apa ahha," ujarku kekok.

"Jadi... Ehem! Mula-mula... Saya minta maaf... Semua ni terjadi kerana sikap terburu-buru saya. Saya terlalu mengambil mudah dan terlalu yakin dengan kuasa saya sehingga tak memikirkan kesan selepas perbuatan saya," ujarku lalu menunduk memohon maaf membuatkan mereka terkejut.

"Tu-tuan muda... Ia bukan salah tuan muda. Tuan muda tak perlu menunduk!" Ujar Luna mula cemas.

"Tak... Kali ni sememangnya salah saya. Kalau saya tak terburu-buru waktu tu perkara ni takkan terjadi dan kita dapat hidup dengan tenang," ujarku penuh kesal dan mereka semua kelihatan tidak selesa menerima tundukan maaf dari aku.

"Erm... Aku tak menolak yang kau menghapuskan kota tu sememangnya agak melampau. Ramai pengembara mati dan sekarang penduduk di kota tu kehilangan tempat tinggal tapi... Ia bukan salah kau mereka dapat mengesan kami di sini," Ujar Gohan lalu pengikutku terus memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kematian bangsa kami lebih ramai dari para pengembara tu. Kami pun kehilangan tempat tinggal kami. Kalau bukan sebab tuan muda mengumpulkan kami di sini... Kau fikir kami masih selamat? Memang patut kota kau para humana yang tamak tu dimusnahkan," balas salah seekor pengikutku penuh geram. Mereka yang lain turut setuju dan memandang tajam ke arah mereka.

"Tenang Runa... Raja kita masih di sini," ujar Tyra tenang membuatkan dia mendengus dan memalingkan pandangan cuba untuk memendam rasa geramnya.

"Haih... Bagaimana mereka dapat mengesan kau?" Soalku ingin tahu.

"Pada pendapat aku, mungkin ia dari larva kematian yang ada dalam tubuh kami. [Summoner] mengesan kedudukan kami melalui parasit tu. Melihat dari pandangan lain, dia masih ingin gunakan kami," ujar Gohan sambil mendagu. Aku menghampirinya lalu memotong jariku sendiri membuatkan semua yang ada di situ terkejut besar.

"Kau ingat lagi apa yang aku kata aku boleh buang sumpahan tu? Sekarang minum," ujarku sambil tersenyum senget membuatkan Gohan dan lain-lain tergamam.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now