Bab 1

19 3 1
                                        

"Ayah.." Seorang gadis tertunduk mencium dahi ayahnya. Air matanya berderai laju menandakan hati yang sedang pilu. Jenazah Encik Fariz kini dibawa ke tanah perkuburan. Maisarah jatuh terduduk, menangis meraung sambil memegang gambar ayahnya.

"Nak.. Sudahlah tu. Redha sahaja dengan ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti akan menghadap-Nya." Ujar Mak Cik Leha. Mak Cik Leha memeluk Maisarah. "Mak Cik.. Sarah dah takde keluarga lagi Mak Cik.. Sarah keseorangan.. Kalau boleh Sarah nak ikut ayah.." Kata Maisarah.

"Sarah tak baik cakap macam tu. Yang pergi kita redhakan, kita yang masih hidup ni teruskan kehidupan. Sudahlah nak, jangan nangis lagi." Mak Cik Leha menyeka air mata Maisarah.

Di satu sudut, seorang wanita memandang Maisarah dengan rasa jengkel. "Panas duduk kat sini, Laila jom pergi luar. Tak kuasa aku nak menengok si yatim piatu tu! Air mata je lebih!" Wanita itu bangun, besar suaranya berkata demikian menunjukkan belangnya kepada anak tirinya itu. "Jomlah mak! Menyampah tengok Sarah tu!" Laila dan ibunya, Zubaidah melangkah keluar keluar rumah.

Mak Cik Leha menggelengkan kepala. "Nak, lepas ni kalau ibu tiri kamu tu ada buat apa-apa tak baik, bagitahu Mak Cik ya. Jangan pendam." Nasihat Mak Cik Leha. Sarah hanya mengangguk.

▪️▪️▪️

"Mana you nak pergi?" Christina yang sedang membaca majalah di ruang tamu menegur suaminya yang keluar membawa kunci kereta. "I nak makan kat luar. " Jawab suaminya, Alvin. "Why? Bibik tak masak ke?" Tanya Christina.

"Bibik tu bukannya isteri I, yang I nak makan ialah air tangan you bukan bibik." Bidas Alvin. Christina membuat muka jengkel. "Alah makan je lah apa yang ada. I bukannya pandai masak!"

"Tak pandai pun cubalah belajar.." Alvin memandang isterinya. "Eh dahlah! Nak keluar pergilah, I malas nak bertekak ngan you!" Christina memalingkan muka.

Alvin mengeluh. Seperti biasa, dia makan di luar.

"Orang tanya sepatah, seribu patah dia jawab. Pusing!" Christina membebel. Christina mengambil handphone miliknya lalu mendail sesorang. "Hey jum keluar!"

▪️▪️▪️

Setelah beberapa jam upacara pengebumian berakhir, Sarah masuk ke dalam biliknya lalu duduk di bucu katil. Air matanya dari tadi tidak berhenti mengalir, mengenangkan nasib dirinya yang kini yatim piatu. Ibu tirinya pula benci dengannya.

Maisarah menyeka air matanya sendiri. Kalau diikutkan hati dia ingin meraung menjerit namun terpaksa dia pendam dan tahan.

"Sarah!!! Sarah!!! Maisarah!!!!!" Zubaidah menjerit memanggil Sarah. Sarah segera berlari ke luar bilik. "Sarah!!! Mana betina ni! Dah mati bapa terus pekak ke?!" Zubaidah bercekak pinggang.

"Ya ibu?" Lembut Maisarah menanya. "Hah tu pun kau! Eh cawan pinggan mangkuk ni bersihkan, tu lantai tu mop. Tak kuasa aku nak menginjak bekas tapak jenazah ayah kau kat situ!" Zubaidah menunjuk ke arah ruang tamu. Laila pula tersenyum sinis mendengar Zubaidah memarahi Maisarah.

"Ibu.. Tak baik cakap macam tu.." Tegur Sarah. Dia terkilan dengan ibunya. "Oii! Siapa mak kau?! Mak kau dah mati! Aku ni bukan mak kau lah betina! Eh kau dengar sini, mulai hari ni kau jangan panggi aku ibu. Aku geli tahu tak? Geli!"

"Ibu.."

PPAK!!!

Satu tamparan hinggap di muka Maisarah dari Zubaidah. "Hah.. Kau ni sah pekak. Aku cakap jangan panggil aku ibu!" Zubaidah berlalu dari situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Secret AffairStories to obsess over. Discover now