"RAIN!!!" jerit Gohan terus membuatkan aku melihatnya. Gohan memandangku dengan pandangan resah. Di dalam runtuhan yang aku jatuhkan dengan libasan ekorku hanya putera dan ratunya tidak terselamat manakala raja sempat melarikan diri dan meninggalkan keluarganya yang berada di bawah runtuhan itu seakan lipas. 

"KAU PERLU PERGI!!! KITA TAK KAN JUMPA CARA UNTUK BALIK KALAU KAU TERUS MUSNAHKAN TEMPAT NI!" jerit Gohan namun aku menjeling mencari lipas yang melepaskan diri tadi. Nampaknya dia mengambil kesempatan menjadikan runtuhan banggunan ini sebagai tempat persembunyian.

"Aku dah tau cara untuk bawa kau semua balik," ujarku terus mencari lipas tadi dan Gohan terkedu apabila mendengar apa yang aku katakan. Apabila aku ternampak bilasan cahaya yang sama seperti lingkaran sihir untuk teleportasi tadi aku terus cuba memusnahkan kawasan itu dengan harapan dapat melenyekkan lipas yang menjengkelkan itu.

"Dasar naga bajingan!!!!" jerit seseorang cuba menyerangku dengan pedang perak. Melihat dari pakaiannya walaupun dikoyakkan sehingga paras lutut, aku masih dapat perasan bahawa dia adalah puteri yang dikahwinkan kepada Gohan.

"KAU BUNUH KELUARGA AKU!!!" jeritnya dengan mata berair sambil cuba menyerangku dengan libasan pedang menuju ke wajahku. Ia langsung tidak mencederakanku membuatkan aku cuba melibasnya tapi pada waktu itu, seekor chimera menghalangku dan menggigit leherku dan membuatkan aku terjatuh pada salah satu banggunan yang kosong.

"RAIN!!!!" jerit Gohan penuh risau. Aku dapat kesan beberapa orang ahli [summoner] yang pengsan tidak berapa jauh dari tempat aku berdiri. Memikirkan Chimera ini yang muncul secara tiba-tiba membuatku yakin bahawa mereka yang menyerunya.

"Puteri... Ikut patik ke tempat selamat," pinta salah seorang dari ahli magik. Namun dengan tegas dia menolak dan berkeras mahu membalas dendam atas kematian bonda dan adiknya lantas mengeluarkan aura dari pedang peraknya.

Peperangan antara dua makhluk lagenda membuatkan hampir seluruh kota itu musnah. Ini pertama kali aku dapat berlawan dengan lawan yang kuat sehingga aku rasa aku masih lemah. Aku mungkin naga yang terkuat tapi bila berhadapan dengan makhluk ini baru aku sedar aku masih bukan makhluk yang terkuat. Aku bangun semula dari jatuhku dan terus menggunakan magik aisku cuba membekukannya namun aku tidak sedar ekornya yang terbentuk seolah ular dan ia berjaya mematukku. 

[You have been poison]
[Purify poison failed]
[High poison have been found]
[WARNING!!]
[WARNING!!! purify poison failed]

Apa ni? Walaupun semua skill aku berada di tahap tertinggi, racun ni masih tak cukup untuk hilangkan racun tu. Mungkin tubuhku yang besar tidak dapat menghilangkan racun seperti biasa. Aku dapat rasakan badanku perlahan-lahan mengecil membuatkan aku perlu segera tamatkan peperangan ini. Aku cuba menggunakan [Quadra EL] iaitu tujuh magik elemen yang aku satukan untuk menamatkan peperangan namun waktu itu perempuan tadi muncul dengan aura lelaki berperisai gergasi ke arahku. Melihatku yang sukar untuk menyerang balas, ia menaikkan semangat pengembara lain dan mereka bersorak gembira. Pada mata mereka, aku adalah raksasa yang menyerang kota dan kejadian hari ini akan menjadi sejarah terulung untuk puteri ini tapi itu akan terjadi kalau aku ditewaskan.

Semua [dragon slayer] yang ada berkumpul untuk menyokong puteri dari belakang, satu demi satu serangan mereka perlu aku tahan malah ada antara mereka mempunyai bakat yang tinggi sehingga membuatkan aku menghadapi kesukaran. Mataku juga semakin kabur dan diserang pula dengan chimera yang berupa singa berekor ular secara bertalu-talu. Aku cuba membayangkan hanya  chimera itu yang wujud di sini dan mengabaikan mereka yang lain. Aku perlu fokus seranganku kepada... AH! mungkin... cara tu boleh berjalan. 

Aku membuka mod sageku dan membekukan seluruh kawasan itu dan tiba-tiba chimera itu berhenti bergerak begitu juga dengan mereka yang menyerangku. Aku lupa tentang skill ni, ia boleh menundukkan semua makhluk kecuali keturunan diraja maknanya selain dari puteri ini mereka yang lain akan menunduk pada aku. 

"Menyerah kepadaku," ucapku penuh dingin sambil melebarkan sayap. Chimera itu terus berhenti menyerang dan menunduk begitu juga para pengembara yang lain. Mereka terus menjatuhkan senjata mereka dan menunduk hormat meninggalkan puteri yang keliru dengan apa yang baru sahaja berlaku.

"Apa yang kau semua buat?!! Serang dia!!" jerit puteri itu dan cuba menyerangku membuatkan aku terus menyerangnya dengan magik anginku dan menerbangkannya sehingga menghentak dinding. Aku menghancurkan pedangnya dan terus aura lelaki berperisai gergasi tadi lenyap. 

"Mustahil... ini tak adil," ucap puteri itu dalam keadaan lemah. Hatiku mula terdetik rasa kasihan melihat puteri yang tidak bermaya itu tapi rasa serbasalah dan kasihan adalah racun untukku meneruskan misiku yang sememangnya kejam. Adakah dia tahu apa yang dilakukan oleh ayahandanya kepada [heroes] yang lain. Aku membuka semula mahkota emas yang dipakai dan lantas saizku kembali kepada asal malah racun yang tadi aku gagal untuk pulihkan kembali pulih.

[You wear off the 'Golden Crown']
[All your stats come back to normal]
[Poison have been purify]

[Item] ni... agak bahaya. Walaupun ia meningkatkan stats aku tapi ia melemahkan skill aku. Nasib baik skill [Monarch] aku tak ada tahap. Melihat mereka yang masih menunduk kepadaku aku rasa seolah aku yang terkuat di sini namun kekuatan aku masih gagal melindungi mereka yang aku perlu lindungi. Aku menukarkan diriku kepada manusia agar mudah untukku menghilangkan diri.

"Rain!!" jerit Gohan sambil diikuti oleh dua orang lagi rakannya. Aku memandang sekeliling dengan senyap. Terdapat banyak mayat pengembara yang bergelimpangan membuatkan aku menekup mukaku. Air mataku mula mengalir rasa bersalah melihat diriku yang sememangnya bertingkah seolah binatang buas.

"Sekarang aku betul-betul raksasa," ucapku perlahan. Mereka masih menunduk hormat tapi sebaik sahaja aku batalkan kuasaku mereka akan kembali melawanku. Kuasa ini hanya dapat digunakan sementara tapi ia tak kan dapat membuatkan mereka setia kepada aku.

"Gohan, bawa aku balik... sekarang," ucapku dan hampir terjatuh. Gohan segera memapahku dan membawaku pergi dari situ dengan menggunakan teleportasi sehingga ke luar kota. Sebaik sahaja aku hilang, mereka yang lain turut seakan baru tersedar dari pengawalanku.

"Apa jadi?" soal mereka dan mencari kelibatku yang secara tiba-tiba hilang. Hanya kesan dari pergelutan yang tinggal. Namun peperangan dan kemusnahan itu seakan sia-sia kerana mereka tak dapat apa-apa habuan darinya.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲


Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now