" Ayu !!"
Satu jeritan yang sangat lantang yang mampu didengari jiran sebelah.
"Yer mak! Ayu on the way ni !"
Balas aku sambil mengosok mata aku. Aku layan movie semalam sampai lewat malam. Bukan salah aku sebab citer tu memang best. Pasangan suami isteri berpegang tangan di tepi pantai dengan ditemani matahari yang hampir terbenam.
"Cepat lah Ayu!! Nanti lambat hari pertama kamu pergi U ni!!"
Jerit dia lagi.
"Yer mak!"
30 minit kemudian..
"Jaga diri kamu baik baik. Nanti lepas habis semua tu tepon mak. Jangan lupa tau. Jangan boros sangat beli makanan tu."
Pesan mak aku dengan tegas tapi ada nada perli pada akhir ayat tu.
"Ayu tak janji yg pasal makanan tu. Hehehe"
Tidak mungkin ku terlepas dengan makanan yang lazat itu. Akan ku berjuang habis habisan sehingga darah menitis.
"Dah pergi cepat. Nanti terlewat nak daftar nama."
"Ok mak"
Seolah-olah pelumba litar ,mak terus memecut laju pergi ke tempat kerja dia.
"Hmm,sekarang aku nak pergi mana yer. Menurut peta khimat ni aku kene pergi ke dewan besar."
Kata aku sendirian. Nasib U ni bagi peta sekolah.
"Ok jom kita mengembara mencari dewan besar!!"
"Errrr kakak, kakak tau tak kat mana dewan besar?"
Satu suara lelaki comel menyapa aku dari belakang. Dengan rasa baik hati aku toleh ke belakang.
"Kenapa panggil aku kak-"
Ya Allah! comel yer budak ni! dah lah putih,sopan lak tu,muka pon cam budak tak tau apa.
"Errr kakak? napa kakak diam ni? Oh kakak tak suka ke saya panggil kakak!? maaf maaf saya tak tahu!"
Soal dia dengan nada lembut. Dia tunduk kepala ke bawah seperti berasa sangat kesal.
"Eh mana ada lah!! kamu boleh panggil kakak ok. Kakak pon nak berasa jadi kakak maklumlah anak tunggal wahahaha!"
Kata aku dengan teruja.
"Adik ni course apa?
Soal aku. Aku ambil course Sains Biologi sebab memang minat aku dari kecil. Aku ingat lagi waktu aku umur 7 tahun aku tengok ulat jadi kempopong lalu jadi rama rama yang sangat cantik. Aku ingat kan ulat yang jadi kempopong tu memang cara dia mati.
"Errr kakak?"
Terus aku berhenti mengelamun.
"Hah yer saya. Sorry kakak ingat masa silam. hehehe"
Sengih aku
"Ooo, ah lupa nak cakap. Nama saya Zulfikri. Muhammad Zulfikri bin Azman dan saya ambil course Ekonomi".
Katanya dengan penuh senyum yang boleh buat hati cair.
"Ooo"
Itu je aku mampu kata.
"Ok jom kita pergi dewan tu,nanti terlambat lak."
"Ok kakak."
YOU ARE READING
7 BEST STUDENTS
RomanceMarilah sama-sama kita mengikuti kisah seorang gadis bernama Ayu berkawan dengan tujuh pelajar lelaki yang pelbagai perangai dan perwatakan unik. #Roncom #kitahappy2saje
