Aku menutup buku itu dengan kuat dan penuh geram. Aku mengetap gigiku dan mula runsing dengan apa yang aku baru ketahui. Walaupun sukar untuk membawa mereka pulang kembali ke dunia mereka, mereka tak patut dibunuh dengan kejam. Sekarang aku dapat jawapan, satu-satunya untuk bawa mereka pulang adalah dengan mencari hell spider lily ni, dan bukan itu sahaja yang aku perlu buat. Selepas membawa mereka pulang, aku perlu lenyapkan rekod pemujaan ini dan semua generasi yang tahu cara memuja [heroes] supaya kejadian begini tak lagi berlaku. 20 tahun untuk bulan merah terlalu lama... ya, sememangnya tak ada jalan lain selain mencari hell spider lily tapi tulang naga. Adakah aku patut...? tak aku tak perlu fikirkan tentang tu lagi buat masa ni... Aku cuma perlu cari hell spider lily.

Aku melesapkan klonku dan kesedaranku kembali ke tubuhku yang asal dan putera itu masih cuba untuk memaksaku berada di bawah kawalannya dan tiba-tiba seseorang datang dengan kecederaan di matanya. Aku kenal lelaki itu dan nampaknya dia dipaksa untuk datang.

"Patik dengar abang dia mempunyai naga yang kuat jadi dia mungkin ada cara bagaimana dia boleh menjinakkan naga lagenda," ujar seseorang di belakang lelaki itu. Lelaki itu dipaksa melutut di hadapan puteranya. Aku melihat rantai lelaki itu dan ia kelabu tidak seperti sebelum ini.

"Oi... Beritahu beta bagaimana kau tundukkan naga lagenda?" Arah putera itu dengan tegas. Lelaki itu mengetap giginya geram dan enggan untuk bercakap. Aku mula rasa geram apabila aku langsung tidak merasai aura naga yang sepatutnya dia jaga.

"Oi Ashdi..." panggilku membuatkan Ashdi membutangkan mata dan mereka semua turut terkejut apabila aku mula mengeluarkan aura membunuhku.

"Mana Blizzard?" soalku sambil terus mengeluarkan aura membunuh. Pengawal istana mula berkumpul di sekeliling putera itu untuk melindunginya dari aku dan menjauhkan diri membiarkan Ashdi di hadapanku.

"Beritahu aku... mana Blizzard yang sepatutnya kau jaga?" soalku dan rantai yang mengikatku mulai retak dan magik kawalan untuk mengawalku dari menggunakan magik patah begitu saja. Putera ketakutan sehingga terduduk dan dia memaksa pengawalnya melindunginya. Ashdi menggigil ketakutan dan peluh dingin mengalir dari dahinya.

"A-aku diperangkap dengan ahli kumpulan aku sendiri... mereka ambil Bluey. Aku tak tahu apa yang mereka buat tapi aku tak dapat rasa pertalian antara kami... mungkin dia dah-"

".... Arghhhhhh!!!!!! HUMANA!!!!" jeritku sehingga bilik itu bergegar dan bumbung mula runtuh. Pengawal di situ terus membawa putera keluar dari bilik itu selepas melihat bilik itu hampir roboh. Ashdi menutup matanya dan hanya duduk seakan terima untuk berhadapan dengan kemarahanku. Sementara di luar, penduduk yang enggan pergi mula panik kerana tanah bergegar secara tiba-tiba dan mula bertempiaran lari ketakutan. Penduduk yang mengikut Miyu dan Sato meneruskan perjalanan mereka sehingga merasakan mereka cukup jauh. Dari kejauhan juga mereka dapat merasai gegaran itu. Batu-batu kecil di sekeliling mereka turut bergegar.

"A- apa dah jadi?" soal Raja mereka sambil menahan diri dari jatuh di meja makannya. Pahlawannya sentiasa berada berdekatan untuk melindungi raja dan keluarganya.

"LINDUNGI RAJA!!!" laung pahlawan itu dan membawa raja dan keturunannya keluar dari istana ke tempat yang selamat.

"TUANKU!!" jerit seseorang mula panik.

"AYAHANDA!!!" putera kedua pula datang dengan wajah ketakutan dan panik. Bunyi laungan naga kedengaran sehingga ke luar kota dan membuatkan makhluk-makhluk di hutan panik dan bertempiaran lari menjauhi kawasan kota manusia.

"Apa jadi?" soal raja itu pendek.

"Membalas kepada raja, nampaknya naga itu lebih kuat dari yang dijangka dan dia berada di luar kawalan," balasnya membuatkan mereka semua berpeluh dingin.

"Bawa semua harta dan bawa beta ke tempat yang selamat!!" arahnya membuatkan yang lain ragu-ragu.

"tapi rakyat tuanku..." ujar salah seorang pengawal memikirkan tentang rakyat yang akan ditinggalkan.

"Tiada masa untuk fikirkan mereka!! arahkan Gohan dan semua hero tak guna tu kawal naga ini semula!!" ujarnya lalu melarikan diri diikuti oleh pahlawan setianya. Askarnya cuba untuk bercakap namun arahan seorang raja adalah mutlak. Aku secara tiba-tiba keluar dari bawah tanah dan menutup cahaya matahari membuatkan seluruh kota itu gelap dan hanya wajah ketakutan kelihatan. 

Aku keluar daripada bawah tanah sambil memandang tajam ke arah raja mereka yang berwajah pucat tidak berdarah. Aku rasa seolah aku bukan lagi aku dan aku merasakan tubuhku hanya mengeluarkan aura hitam sehingga membuatkan kota itu kelihatan seolah malam. 

bersambung....

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

P/s: bagi sesiapa yang lupa siapa Ashdi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P/s: bagi sesiapa yang lupa siapa Ashdi... Ashdi adalah adik kepada Eiost dan pak cik kepada Bell. Dia adalah dragon tamer kepada Blizzard, naga ais.

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now