Aku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Hari ini hari pertamaku bersekolah di SMK Sungai Besi. Ayah aku seorang tentera, manakala ibuku seorang suri rumah. Oleh itu atas faktor tugas ayah aku berpindah ke Kuala Lumpur.
" Aisyahh... dah siap belum? Nanti lambat ke sekolah. " Jerit ibu
Aku cepat-cepat membetulkan tudung dan mengambil beg sekolah. Aku melangkah keluar dari bilik.
"Kejap buu.. "
"Nah stokin, haish dah tingkatan 5, semua nak ibu sediakan. " bebel ibu
Aku senggih. Ibu buat muka.
"Ala buu, Aisyah kan sorang je anak ibu. hehehe."
Aku seorang anak tunggal. Oleh itu, aku sangat manja dengan ibu bapaku kerana tidak berkongsi kasih.
Setelah siap memakai kasut. Aku salam dan cium tangan ibu.
"Dah cepat ayah dah tunggu dalam kereta, belajar rajin-rajin tahun ni spm. " Pesan ibu
" Inn Shaa Allah ibu. byee ibu muah. "
Aku cepat-cepat masuk dalam kereta.
"Buat apa lama sangat aisyah. " Tegas ayah
"Errrr sorry ayah. "
"Hmm " pendek saja jawab ayah.
Aku melihat tingkap cermin kereta. Sungguh berbeza suasana bandar dan pekan. Sebelum pindah di KL ayah aku bertugas di kem tentera Port Dickson. Sungguh aku rindu dengan air pantai di sana. Macam mana lah kawan-kawan aku disana.
Kereta ayah berhenti di pintu pagar sekolah. Aku mengalas beg sekolah. Ayah mematikan kan enjin lalu keluar dari perut kereta bergitu juga aku.
Kami masuk ke dalam sekolah lalu pergi ke pejabat. Ayah memberikan beberapa dokumen kepada kerani sekolah. Selesai sahaja urusan itu, ayah balik.
Aku tersenyum kearah guru aku.
"Adira Aisyah awak boleh ikut cikgu ye. " Kata cikgu Wawa
"Baik cikgu. "
Kami berjalan pergi ke kelas, semasa berjalan cikgu Wawa banyak pertanyakan soalan berkenaan dengan diri aku, aku hanya menjawab dengan tenang. Kami masuk ke bilik kelas Sains A.
"Bangunnnnn.." Jerit ketua kelas. Semua pelajar bangun.
"Assalamualaikum cikgu. " Sambungnya lagi dan diikuti pelajar lain.
"Walaikumsalam duduk semua. " Semua pelajar duduk. Semua mata mereka memandang ke arah aku. Aku menunduk malu.
"Hari ini kita ada pelajar baru. Boleh perkenalkan diri awak sekarakang."
Aku mengangguk kecik. " Asssalamualaikum, nama saya Adira Aisyah. Selamat berkenalan semua. "
"Nak panggil apa?" Tanya salah seorang
"Panggil Ad je ". Jawabku. Itu adalah panggilan aku .
"Okay Adira awak boleh duduk di sebelah Fina. " Arah Cikgu Wawa.
Aku melihat seseorang melambai tangan dan menunjuk jari di meja kosong sebelahnya. Mungkin itu Fina. Aku berjalan menunju ke arah Fina yang duduk di belakang. Entah mengapa aku terpandang sepasang mata yang merenungku yang duduk belakang berdekatkan dengan pintu belakang kelas. Aku mula rasa tidak selesa.
Aku menarik kerusi lalu duduk di sebelah Fina.
"Hai nama aku Affina, panggil Fina je." sapa Fina riang. Kami mula bersalaman.
YOU ARE READING
Iqbal Amsyar
ActionPertemuan di kenduri perkhawinan Affina membuatkan hati Adira Aisyah kembali berdarah. Sungguh Adira Aisyah tidak sangka akan bertemu kembali cinta pertamannya yang jadi racun kepadanya. 'Tak sangka saya akan jumpa awak balik....' Desis hati Adira...
