Semuanya bermula apabila Wan Nur Fatihah aka Cincau menyewa sebuah rumah agam misteri. Banyak kisah kisah seram dari penduduk kampung tentang rumah misteri itu tapi dia tetap dengan pendiriannya iaitu ingin menyewa di rumah itu.
Selama seminggu, dia...
Semuanya bermula apabila Wan Nur Fatihah aka Cincau menyewa sebuah rumah agam misteri. Banyak kisah kisah seram dari penduduk kampung tentang rumah misteri itu tapi dia tetap dengan pendiriannya iaitu ingin menyewa di rumah itu.
Selama seminggu, dia menyiasat tentang kemisterian rumah itu namun dia masih tak jumpa apa apa sehinggalah munculnya lelaki yang mengaku dirinya hantu dan bernama Ifad Haziq
"Kau siapa juga ni? aku nak tahu sangat kau ni siapa?" - Cincau
"Kau yang tu sape? Datang datang rumah aku tanya aku sape." - Ifad Haziq
"Aku cincau." - Cincau
"Then aku kacang soya, kita bersaudara sebab jenama kita sama walaupun perisa kita lain." - Ifad Haziq
Ifad Haziq, bagi seorang Cincau lelaki ini terlalu aneh dan misteri. Sepanjang dia bercuti dalam rumah agam itu ada beberapa perkara yang Cincau tak tahu tentang Haziq.
"Kalau kau nak tahu kau adalah insan yang terpilih untuk tolong dia selesaikan kes beberapa tahun lalu."
Ayat Haziq membuatkan Cincau terkedu. Selama ini dia berkawan dengan hantu crack walaupun tampan. Dalam mereka cuba merungkai kes kematian 'dia', banyak perkara lucu dan aneh yang terjadi sehingga tanpa Cincau sedar yang hatinya sudah terpaut dengan perangai crack Ifad itu.
...
"Aku cintakan kau." - Cincau
"Kita tak boleh jatuh cinta sebab aku hantu dan kau manusia. Dunia kita berbeza walau mungkin rasa kita sama. Aku takkan lama hidup. Lepas je perkara ni settle 'dia' akan bunuh aku." - Ifad Haziq
...
Mampukah mereka bersama saat dunia mereka berbeza? Siapakah 'dia' ?