10 | ARCHERY AND BOW

Bắt đầu từ đầu
                                    

"Okey, saya datang sekarang."

Tika Mak Nab berlalu, andain pelik menerobos masuk ke dalam fikiran Mawar. Hayden nak berjumpa dengan dia? Jarang sekali manusia seperti Hayden baru menginjak anak tangga dah mencarinya seperti mencari anak kambing yang hilang dari kandang.

MAWAR mendekati seorang pemuda yang sedang membelek achery bow di sebuah pondok kecil backyard

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

MAWAR mendekati seorang pemuda yang sedang membelek achery bow di sebuah pondok kecil backyard. Hayden kelihatan begitu khusyuk mengacu anak panah pada bow target. Sap! Anak panah disasar tepat terkena pada dot merah.

"Saya tahu dari arwah Rossa awak seorang pemanah yang handal." Mawar berbasi-basi sebagai pendahuluan bicaranya.

Hayden turunkan busur panah selepas mendengar kicauan suara lunak seseorang di belakangnya.

"Awak tak maklumkan apa-apa fasal awak pergi ke Perancis dengan Nathan. Malam tu, awak yang selamatkan saya bukan Hansen. Now, saya nak tanya apa motif awak selamatkan saya sedangkan awak berdendam dengan saya? Awak—"

Mawar terjeda bila Hayden memusatkan anak panah pada tepat pada mukanya.

Hayden tarik kuat anak panah ke belakang. Pandangan tajam ditujukan tepat pada muka mata Mawar.

"Then, shoot me if you dare Raja Hayden Behzad."Mawar berbisik dalam getaran.

"Why? Kenapa awak tak lepaskan? Selepas awak tinggalkan saya dekat tepi jalan malam tu, saya pula hampir dirogol awak tak ada rasa bersalah langsung?"Menyedari diamnya si suami beku, Mawar semakin berani memanaskan diri Hayden. Keliru dan bingung.

"Kenapa? Kalau saya mati dibunuh pun, awak tak perlu selamatkan saya! Awak tak perlu buat saya macam sampah! Lelaki tak guna! Jantan mental! Sampah!"Tengking Mawar di depan lelaki itu.

Sapp! Mata Mawar terbeliak besar tika anak panah terbang laju ke mukanya. Tangkas kedua belah tapak tangannya menutup muka sendiri. Jeritan besar juga meledak sama. Sap! Anak panah lekat pada arrow target di belakang Mawar.

"Astaghfirullahazim!"Gadis itu mulai beristighfar berkali-kali. Syaitan nirojim punya suami. Mawar seakan hendak trauma. Hayden benar-benar nekad melepaskan anak panah.

Hayden turunkan lagi busur panah. Merenung Mawar yang sedang mahu pengsan. Perempuan bodoh tak pandai jaga tutur kata. Berkemut hebat rahangnya.

"Kau jadi perempuan, jangan bingai sangat. Aku tahu mulut kaum perempuan tu pedas tapi jangan tunjuk sangat. Tak semua lelaki boleh layan perempuan mulut bodoh."Hayden kedengaran mengeluarkan berdas tembakan yang datar kepada Mawar.

"Saya nak kepastian dari awak. Kalau awak bencikan saya, kenapa awak beria-ia tolong saya selepas awak tinggalkan saya dalam bahaya? Saya nak kepastian tu saja! Awak tak faham ke?!"Mawar membentak muka Hayden. Makin lama makin bengkak ulu hatinya dengan diri Hayden. Mawar tidak mahu berdiam. Entah kenapa hari ini dia mempunyai kekuatan untuk menengking lelaki tersebut.

Senyap. Kicauan burung saja mengeruhkan keadaan mereka selama seminit dua. Mawar terduduk di atas sebuah kerusi. Rambut dikuak ke belakang. Stress. Mutiara jernih yang mula bertakung terus diseka.

"Hayden, ceraikan saya."

Hayden toleh ke belakang semula mengadap Mawar sekilas.

"Tak boleh."

"Kalau awak tak nak ceraikan saya, saya akan buat sesuatu. Ya, saya akan pergi dari sini buat selamanya dan awak boleh bahagia dengan Noora,"

Mawar benar-benar kecewa. Sepertinya Hayden memperlekehkan arwah Rossa. Kata Hayden, Rossa lah wanita pertama dan terakhir tapi itulah lelaki. Natijahnya, kaum lelaki lebih cepat lupa akan janji sendiri. Kedua, Mawar tahu Nathan tidak semudah itu menerima kehadiran ibu tiri.

"Jadi,kau dah pandai membantah?" Lelaki itu akhirnya membidas.

"Saya tak bantah. Saya tak hak nak membantah. Tahniah."

"Kau boleh berambus dari rumah ni kalau kau tak setuju dengan keputusan aku."

"Ya, saya akan pergi."

Hayden letakkan busur panah di atas meja. Kolar baju Mawar dipulas.

"Boleh. But ,not now. "Bisik Hayden keras dalam telinga Mawar.

"Lepaskan saya! Saya akan bawa Nathan pergi sebab saya kesian Nathan ada bapa macam awak. Bapa yang mementingkan diri sendiri dan egois! Saya tak akan biarkan Nathan menderita kerana sikap awak."

Hayden himpit tubuh Mawar pada dinding pondok. Pulasan pada kolar baju Mawar semakin dikuatkan sehingga terangkit sedikit demi sedikit tubuh Mawar.

"Kau nak larikan diri dari aku dan lenyapkan Nathan dari mata aku sekali? Boleh. Tapi , ingat. Aku akan buat apa saja untuk bawa kau balik dekat aku biarpun aku terpaksa bunuh kau!"

"Saya tak peduli! Sebab apa? Sebab lelaki pengecut macam awak hanya berani dengan perempuan dan buat keputusan membuta tuli. Argh!" Mawar merengus keras bila Hayden memusingkan tubuh langsingnya. Tangan Hayden cepat merangkul kemas pinggangnya dari belakang sementara busur panah ditahan pada leher jinjangnya.

Mawar kerit gigi. Terdiam tanpa kata Mawar bila merasakan nafas panas Hayden bermain-main di sekitar tengkuknya.

*****
01.10.2020
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ