10 | ARCHERY AND BOW

Start from the beginning
                                    

"Just do it, Mawar. Apa kau nak tunggu lagi? Biarkan sajalah Hayden tu. Lantaklah dia. Kau pun bukannya bahagia dengan dia. Dia bukannya cintakan kau. Jantan bangsat ni selagi tak terhantuk selagi itu tak tengadah."

"Tapi saya tak boleh, Hazel. Saya tak boleh tinggalkan Nathan. Itu anak kakak kandung saya."

"Wake up, Mawar. Peduli apa kalau hubungan korang bergantung ke, bertonggeng ke, kau tak payah ambil peduli. Kalau dia cap kau isteri derhaka, dia lagi derhaka. Perangai haram jadah!" Hazel mengomel sambil melihat tangan ke dada. Bengang dengan perangai kedua-dua suami isteri ini.

"Macamnilah, kita tengok saja perangai hantu tu dua tiga bulan ni. Kalau dia masih tak berubah, aku nak kau cau saja dari hidup jantan tu." Amaran Hazel. Macamlah Hayden tu bagus sangat. Piraah!

Mawar lepaskan nafas semput. Hilang kata. Buntu. Runsing. Ah, semuanya bergaul dalam satu rasa!

 Ah, semuanya bergaul dalam satu rasa!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA MINGGU KEMUDIAN

SUARA riuh rendah di luar kawasan Villa Salmonacreeks menyebabkan rasa ingin tahu bertunas dalam diri Mawar. Mawar selak langsir tingkap yang mendorong pandangan terus ke ruangan parkir Villa Salmonacreeks.

Di luar sana, kelihatan seorang lelaki segak keluar dari perut BMW dan seorang budak lelaki juga meloloskan diri sama. Patutlah kecoh semacam. Hayden dan Nathan dah sampai rupanya.

Mawar letakkan semula buku dalam pegangan di dalam rak semula. Sebelum memboloskan diri dari kamar, Mawar sempat berfikir dua kali sehingga dia memutuskan untuk berdiam diri saja dalam bilik dari menerima tohmahan Hayden kelak. Tambahan pula, dia tidak mahu dicap terlalu terlalu terhegeh-hegeh.

Semasa ketiadaan Hayden, Datin Medina juga tidak berapa menyukai keberadaan dia villa ini. Bagi Mawar dia lebih rela menutup mulut dari menggetirkan suasana kerana hubungan antara Hayden dan Datin Medina bagaikan api dengan api.

"Puan Mawar ada dekat dalam ke?"Tok! Tok! Mak Nab kedengaran mengusir lamunan Mawar yang sedang berlangsung.

"Ya, saya ada dekat dalam. Ada apa Mak Nab?"Mawar keluarkan sedikit kepala.

"Mak Nab ingat Mawar tak ada dalam bilik sebab dah berapa kali Mak Nab ketuk."

"Oh, saya tak dengar Mak Nab. Saya*
—saya baru bangun tidur sebab tu tak berapa dengar."Mawar menyengih.

"Tuan Hayden dah sampai."Ujar Mak Nab.

"Oh, ye ke? Kenapa saya tak tau?"Mawar tayang muka blur seperti manusia baru keluar tempurung.

"Tuan Hayden nak jumpa dengan Puan Mawar. Katanya, sekarang."Mak Nab sampaikan hasrat yang sebenar.

Mawar kelu sebelum mengangguk perlahan.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now